BTC USD 62,662.0 Gold USD 4,292.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DJ Lin elak pergi Bazar Ramadan

my360cam

Active Member
Messages
1,625
Joined
Oct 6, 2017
Messages
1,625
Reaction score
65
Points
30
image.JPG

BERBANDING tahun-tahun sebelumnya, Ramadan kali ini begitu mencabar buat penyampai radio Suriafm, DJ Lin yang kini turut terikat dengan tugas dan tanggungjawabnya sebagai Pengurus Program Radio.

Kesibukannya dengan tugasan baharu itu telah membuatkan banyak rutin yang menjadi kebiasaannya pada bulan Ramadan terpaksa dikorbankan.

“Tahun ini pertama kali saya menyambut Ramadan sebagai Pengurus Program di Suria dan semestinya tanggungjawab sudah bertambah terutamanya masa dan tumpuan saya yang banyak dihabiskan di pejabat.

“Ramadan sebelum ini semuanya berlangsung dalam keadaan yang OK di mana saya hanya fokus pada satu benda tanpa perlu nak fikir banyak.

“Setiap hari saya akan berada di pejabat bermula jam 10 pagi saya sudah berada di pejabat untuk memulakan rutin tugasan sebagai pengurus program Suria dan melunaskan tanggungjawab sebagai penyampai pada sebelah malam sehingga jam 1 pagi,” kata DJ Lin kepada Sinar Harian.

Menurut DJ Lin disebabkan kesibukan itu juga menyebabkan dia tidak dapat berbuka puasa dengan anak-anaknya kerana hampir setiap hari berbuka puasa di pejabat.

“Anak sulung saya tinggal di asrama, jadi tidak ada masalah sangat. Cuma anak lelaki sayalah yang kasihan terpaksa berbuka puasa seorang diri di rumah.

“Sebelum keluar bekerja saya akan tinggalkan duit untuknya membeli juadah berbuka di bazar Ramadan yang berdekatan dengan rumah.

“Alhamdulillah, anak dah besar dan dia faham kesibukan saya. Malah dia juga sering meringankan kerja di rumah kerana tahu ibunya penat bekerja,” jelasnya.

Dalam pada itu, kata DJ Lin, dia turut mengambil kesempatan untuk diet sempena bulan puasa ini.

“Selalu saya kalau pergi bazar Ramadan, memang rambang mata. Macam-macam juadah nak beli selagi ada duit dalm beg. Bila dah beli kenalah makan, nanti membazir.

“Jadi tahun ini saya cuba elakkan untuk pergi bazar Ramadan. Jadi bolehlah kawal makan sikit.

“Bagaimanapun bila balik kampung, berbuka puasa dengan adik-beradik ramai-ramai, terus lupa diet,” katanya.
 
knape x pergi pasar? byk makanan tu haha.
suka sgt makan chicken chop,kuih-muih . sedap-sedap belaka.
 
Mak Jan ke nih? Anak kena bebuka sensorang kat umah...
 
knape x pergi pasar? byk makanan tu haha.
suka sgt makan chicken chop,kuih-muih . sedap-sedap belaka.

Kalau tak ada masa pergi pasar, boleh online shopping beli bahan makanan juga. Sekarang bukannya ada honestbee, kau blh pesan bahan makanan secara online dan bahan makanan tu akan deliver ke rumah u pd hari yg sama.
 
ohye , lupa pulak .
tapikan yg online order kena tengok tempat kan?? biasanye KL banyak. kalau tempat kecil mungkin xde.
 
knape x pergi pasar? byk makanan tu haha.
suka sgt makan chicken chop,kuih-muih . sedap-sedap belaka.

dugaan pergi bzaar beli dari ko nk beli kuih ketayap ko trlajak beli lamb chop. lagi aku mls nk g bazaar bila dah mcm2 bau bole hidu.dah prut kosong .lagi brcampur aduk bau nye, bawang kari maggi segala
 
comelnye , pergi bazaar pon ade dugaan hahaa.
aduh ,kalau gitu boleh mintak org lain belikan x? atau masak kat rumah ok jugak.
 
Lahai biasa la tu dugaan kat bazaar ramadhan. Puasa ni bukannye pasal tahan nafsu lapar je. Kene tahan nafsu berbelanja jugak. Silap2 satu bazaar tu bawak balik rumah.
Pastu tak habis rugi je
 
knape x pergi pasar? byk makanan tu haha.
suka sgt makan chicken chop,kuih-muih . sedap-sedap belaka.

Huish pergi pasar lagi bahaya. Lagi banyak barang dengan barang2 mentah lagi. Nanti lagi banyak belanaja. Harga bawang skrg pun dah murah. Silap2 kalau pergi pasar bawak balik satu gunung
 
Back
Top
Log in Register