cinderella
Active+ Member
- Messages
- 4,553
- Joined
- Aug 21, 2008
- Messages
- 4,553
- Reaction score
- 13
- Points
- 25
KUALA LUMPUR: Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menikmati kadar dividen sebanyak 4.5 peratus bagi tahun lalu, berbanding 5.8 peratus, tahun sebelumnya berikutan peningkatan peruntukan rosot nilai pelaburan kesan penurunan mendadak harga pasaran ekuiti global yang tercetus akibat daripada krisis kewangan dunia,.
Angka itu diumumkan Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman, dengan kelulusan Menteri Kewangan, semalam.
Menjelaskan penurunan terbabit, beliau berkata, keadaan itu disebabkan kejatuhan menjunam nilai pasaran ekuiti disebabkan kemerosotan ekonomi dunia.
“KWSP perlu menyediakan peruntukan rosot nilai ekuiti sebanyak RM4.69 bilion berikutan penurunan menjunam harga pasaran ekuiti yang dicetuskan oleh krisis kewangan global.
“Peruntukan ini menyebabkan pengurangan ketara pendapatan bersih KWSP. Bagaimanapun, peruntukan ini masih tidak nyata kerana KWSP belum menjual saham terbabit. Apabila pasaran ekuiti pulih nanti, peruntukan ini akan dimasukkan semula ke dalam akaun KWSP.
“Pun begitu, kadar dividen KWSP adalah lebih baik berbanding kadar simpanan tetap yang ditawarkan mana-mana bank di negara ini. Contohnya, kadar simpanan tetap semasa bank-bank Malaysia bagi 12 bulan sebanyak 2.50 peratus. Selain itu, jumlah yang perlu dibayar kepada ahli bagi satu peratus dividen juga turut meningkat bagi 2008 iaitu sebanyak RM3.18 bilion bagi satu peratus dividen berbanding hanya RM2.89 bilion pada 2007,” katanya.
Bagaimanapun, Samsudin berkata, KWSP berjaya mencatat rekod tertinggi membabitkan pendapatan kasarnya sejak ditubuhkan 58 tahun lalu.
“Tahun lalu, KWSP merekod pendapatan kasar sebanyak RM20 bilion, meningkat 9.36 peratus berbanding RM18.29 bilion pada 2007.
“Ini menunjukkan portfolio pelaburan KWSP dari segi pendapatan kasar mencatat prestasi lebih baik berbanding 2007,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya menjangkakan perolehan kadar dividen bagi tahun ini mencatat jumlah sama atau lebih rendah berbanding tahun lalu.
“KWSP bersedia berdepan tahun 2009 yang lebih sukar kesan daripada krisis kewangan global yang terus dirasai. Kami jangkakan tahun 2009 akan menjadi tahun yang amat mencabar.
“Sehubungan itu, kadar dividen bagi 2009 juga dijangka tidak akan lebih tinggi berbanding 2008,” katanya.
KWSP adalah dana pencen terulung di Malaysia yang menyediakan jaminan asas kewangan bagi persaraan yang sentiasa komited dalam menjamin dan meningkatkan simpanan ahlinya melalui amalan terbaik pelaburan dan tadbir urus korporat.