feer6452
Super Active Member
- Messages
- 8,855
- Joined
- Apr 23, 2011
- Messages
- 8,855
- Reaction score
- 26
- Points
- 70
Kuala Lumpur: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan agihan pendapatan Amanah Saham Didik (ASD) sebanyak 6.80 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2013.
Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, jumlah agihan itu mencatatkan peningkatan berbanding 6.60 sen seunit bagi tempoh sama pada tahun lalu.
Menurutnya, kadar agihan pendapatan itu membabitkan peruntukan RM307.36 juta iaitu peningkatan 11 peratus berbanding RM276.92 juta yang dibayar pada 2012.
“Melalui strategi pelaburan berhemat, tabung ASD berjaya menjana pendapatan yang masih memuaskan meskipun dalam suasana pelaburan mencabar,” katanya pada majlis pengumuman agihan pendapatan ASD di sini, semalam.
ASD adalah tabung ekuiti pertumbuhan berharga tetap bermatlamat memberi peluang pelaburan yang mampu menjana pulangan dan pertumbuhan jangka panjang berpatutan kepada pemegang unitnya.
Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, pada keseluruhannya ASNB mampu memberi agihan sehingga 11.30 sen seunit namun membuat keputusan untuk menjadikan lebihan pendapatan itu sebagai simpanan.
AHMAD Sarji (kiri) dan Hamad Kama Piah mengumumkan pengagihan pendapatan ASD pada sidang media di Menara PNB, semalam.
“Jika keadaan ekonomi tidak menentu, simpanan ini boleh digunakan untuk membeli dan menguruskan unit pelaburan saham pada masa akan datang,” katanya.
Ketika ditanya mengenai saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Invest Malaysia 2013 supaya syarikat pelaburan berkaitan kerajaan melabur dalam saham bermodal sederhana (mid-cap stocks), beliau melihat perkara itu secara menyeluruh dan tidak menetapkan jenis pelaburan yang akan dilakukan meskipun bagi saham bermodal rendah.
“Apa yang penting, kami akan melihat prestasi syarikat terbabit supaya ia mampu menjana setiap portfolio pelaburan syarikat,” katanya.
sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Dividen6_80sen/Article