BTC USD 81,091.8 Gold USD 4,046.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

----------------------{ditutup}---------------------------

lepas 30 taun apa jadi...kena kuarkan la

Salam tuan Nemo. Lepas 30 tahun, sampai lah masa utk menuai tabungan duit kita tu. Kalau simpanan RM100 tiap2 bulan akan dapat balik duit simpanan tu jumlah RM36,000 dan juga dividen lebih kurang RM30,000 (tu pun anggaran berdasarkan 9% setahun, kalau lebih maka berbaloi2 lah lagi simpanan tu..):D. Polisi kalau tak claim, bagi balik...tak rugi pun. Kalau masih layak dan nak sambung..boleh la sambung atau bagi kat anak2 pulak ka.:).
 
TT,

ni saya rasa pelan ini adalah untuk manfaat kematian sahaja iaitu RM60,000 + pelaburan. betul tak?

Had umur = Jumlah Perlindungan Insurans
1 bulan - 15 tahun = RM72,000
16 tahun - 25 tahun = RM66,000
26 tahun - 35 tahun = RM60,000
36 tahun - 45 tahun = RM42,000

Polisi Perlindungan yg kita dapat akan cover 36 jenis Penyakit Kritikal termasuk kematian. Penyakit Kritikal bermaksud mana-mana 36 penyakit seperti yang telah di tetapkan dan memenuhi tahap/kriteria seperi mana yang di terangkan di dalam polisi. Senarai penyakit kritikal adalah :

1. Serangan Jantung
2. Penyakit Koronari Arteri yang memerlukan pembedahan
3. Strok
4. Kanser
5. Kegagalan Ginjal (Buah Pinggang)
6. Penyakit Lumpuh
7. Pemindahan Organ Utama
8. Sklerosis Pelbagai/Berbilang
9. Hepatiti Virus Fulminan
10. Hipertensi Arteri Pulmonari Utama
11. Koma
12. Buta
13. Penggantian Injap Jantung
14. Pembedahan Aorta
15. Penyakit Alzheimer
16. Hilang Pendengaran / Pekak
17. Hilang Kebolehan Bertutur
18. Kebakaran Parah
19. Penyakit Membawa Maut
20. AIDS Akibat Transfusi Darah
21. Penyakit Motor Neuron
22. Penyakit Parkinson
23. Penyakit Hati Yang Kronik
24. Penyakit Paru-Paru Kronik
25. Anemia Aplastik
26. Distrofi Otot
27. Poliomielitis
28. Meningitis Bakteria
29. Tumor Otak Benigna
30. Ensefalitis
31. Full Blown AIDS
32. Lain-Lain Penyakit Koronari Arteri Yang Serius
33. Pembedahan Otak
34. Sindrom Apalik
35. Trauma Kepala Utama
36. Kehilangan Tangan Atau Kaki.

Lepas buat tuntutan (kalau perlu), nak ambik balik duit simpanan atau nak sambung buat simpanan pun boleh.

Terima kasih tuan Sontra, saya tengok post tuan semua ttg insurans, mesti otai ni..:D. Insyallah kita sama2 berkongsi maklumat. Kalau ada yg salah tolong betulkan..:D
 
TT,

ini pandangan peribadi saya... kalau salah betul kan sebab saya tak mengikuti talk utk program ini.

ini merupakan seperti skim MLM... bukan beri kesedaran kepentingan insurans kepada orang ramai. dalam hal ini cuma cara bagaimana nak gandakan pelaburan. byk dah topik pasal insurans. insurans bukan tempat pelaburan tetapi more pada perindungan.

insurans adalah 1 medium peralihan bebanan tanggungjawab breadwinner mati... oleh itu adalah penting seseorang itu mengira berapa jumlah duit yang perlu dalam masa 10 tahun akan datang misalnya utk menanggung anak isteri makan.

saya bukan nak kondem program ini tapi saya tak nampak ketelusan dalam kepentingan insurans terhadap orang yang menyertainya. dari TT punya cth sblm ini dengan RM100 (Dapat Perlindungan Insurans RM60K + Dividen 9%*) --> manfaat kematian kalau beli saja boleh cecah RM200,000... kalau tak percaya tanya agen Allianz...

dan satu lagi saya buka danapadu.co.cc... katanya ianya bukan MLM, skim cepat kaya, wang kutu, jual produk fizikal, pelaburan haram,INSURANS dan unit trust...

dah kalau bukan insurans apo bondo nye ni????:-?
 
Terima kasih tuan Sontra, saya tengok post tuan semua ttg insurans, mesti otai ni..:D. Insyallah kita sama2 berkongsi maklumat. Kalau ada yg salah tolong betulkan..:D

den bukan otai... agen den otai... den tanyo jo kat dio... seb baik dio layan... lagi pun saya ni byk dah membaca... tapi baca dari luar saja.. ni cam rasa terpanggil
 
den bukan otai... agen den otai... den tanyo jo kat dio... seb baik dio layan... lagi pun saya ni byk dah membaca... tapi baca dari luar saja.. ni cam rasa terpanggil

Elok tu rasa terpanggil...kalau cam tu demi kebenaran dan kebaikan semua..jemput la datang berjumpa dgn pengurusan iFM, ajak sama kawan ejen tu sekali...ajak jugok la otai2 ejen tu samo..:D.
Dapatkan maklumat demi kebenaran...sebab dok pusing roundabout kot sini banyak kali dah..tak sampai2 gak,...:D:D
Minta jugak kawan ejen tuan call Vincent, Regional Sales Manager Allianz, minta dio tanya Vincent apo ko bondo yg iFM dok buek ni ..:)..iyo ko mlm. Bukanya apo...nak ngelakkan fitnah la pulak nanti..
Minta check betul2 kalau ado yg salah, wajib kita betulkan...Kalau kawan ejen tuan tu kat Soromban, elok sgt dah tu..rabu depan malam ajak dio datang ko ofis Allianz di Soromban 2...kalau yg tak betol tu nak jugok minta tolong tegur2kan depan2...afdhal la jugok kan..:D
 
Last edited:
Asas Program adalah Simpanan sekurang2nya RM100 sebulan dan diberikan Perlindungan Insurans Percuma. Tempoh matang simpanan adalah minima 10 tahun. SIMPANAN!!!...:D
 
Simpanan adalah 100% milik kita. Tempoh minima matang 10 tahun. Agensi Insurans iFM akan berkongsi komisen yg diterima dgn ahli2 yg aktif memperkenalkan Plan Simpanan Danapadu ni. Dia bagi payout 23% tiap bulan selama 2 tahun. Semua urusan pentadbiran dan khidmat susulan dibuat oleh iFM. Kursus dan latihan juga disediakan oleh iFM.
 
Kalau umur 24 tahun. Simpan RFM100 tiap bulan, dapat Insurans Perlindungan RM66K. Lepas 10 tahun boleh ambik balik duit simpanan semua dan dividen sekali.
 
Back
Top
Log in Register