eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUALA LUMPUR Seorang wanita warga China dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan menggigit anggota polis dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas, awal bulan ini.
Tertuduh, Kuang Yilan, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu yang dibacakan jurubahasa mahkamah.
Majistret Suriatey Mohamed Yusoff membenarkan tertuduh yang berkerja sebagai peniaga teh Cina diikat jamin RM2,000 dengan syarat pasportnya diserahkan kepada mahkamah.
Tertuduh juga diperintahkan melapor diri dan memperbaharui pas lawatan setiap bulan di balai polis berdekatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shasitah Mohamed Hanifa manakala tertuduh diwakili peguam bela, S Narasimhan.
Terdahulu, Shasitah menawarkan ikat jamin RM3,000 serta pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.
Bagaimanapun, Narasimhan memohon mahkamah mengurangkan jumlah ikat jamin yang dikenakan kerana penjamin tertuduh hanya membawa RM2,000.
Mengikut pertuduhan, Kuang didakwa menggigit lengan kanan dan kiri Lans Koperal Saiful Bahri Selamat sehingga lebam dan berdarah di Bangunan Ace Mall, Jalan Pasar, di sini, jam 7.20 malam pada 5 Mei 2010 lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjarakan sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua yang berlaku di tempat sama, tertuduh didakwa menghalang penjawat awam menjalankan tugas dengan menggigit anggota polis itu ketika menjalankan tangkapan.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Difahamkan anggota polis itu cuba menahan Kuang kerana dia disyaki terbabit dengan kegiatan pelacuran. Bagaimanapun, tertuduh kemudian didakwa bertindak menggigit lengan anggota polis itu.
Mahkamah menetapkan 22 Jun 2010 sebagai tarikh perbicaraan.