BTC USD 60,259.9 Gold USD 4,318.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ditindih kereta tiga hari

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
pix_middle


SYDNEY: Seorang nenek yang terperangkap dalam keretanya yang terbalik akibat kemalangan pada Hari Krismas lalu, begitu terdesak untuk melepaskan diri hingga terfikir untuk memotong kakinya sendiri.

Menurut polis semalam, bateri telefon bimbitnya mati dan Deborah McKnight tidak dapat membuat panggilan kecemasan apabila keretanya terbalik di benteng di laluan kampung di kawasan terpencil, Ahad lalu.

Kata anak perempuannya, Ebony, Deborah cuba berbuat demikian tetapi tidak dapat memotong tulangnya.

Katanya dia tidak tahu senjata apa yang mahu digunakan untuk memotong kakinya.

“Saya tak mahu memikirkannya,” katanya.

Ebony berkata, ibunya tidak tahu bagaimana dia boleh selamat.

“Katanya, dia hanya fikirkan anak dan cucunya. Dia sangat tabah,” katanya.

Deborah memandu berhampiran Batlow di tenggara Australia apabila keretanya terbabas ketika mengelak seekor kangaroo.

Keretanya kemudian melanggar pagar penghadang dan terus menjunam ke gaung.

Kereta jenis Holden Commodore itu terbalik dekat sebatang pokok menyebabkan separuh tubuh Deborah berada di luar kenderaan itu manakala kaki kirinya terhimpit antara bumbung kereta dan darat.


Dia akhirnya ditemui oleh seorang ramaja yang berjalan menuju ke rumah jirannya petang kelmarin apabila mendengar Deborah mengerang kesakitan. -AFP

sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Ditindihkeretatigahari/Article
 
Nasib baik x kena mkn ngn binatang buas
 
Keciannya kat kangaroo tuu..nseb selamat sempat elak..
 
Dah la tua, ni kna potong kaki utk lepas, kesian btol. Nasib baik ada org lalu.
 
Back
Top
Log in Register