ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
DENPASAR, Bali - Misteri kehilangan seorang kanak-kanak perempuan di daerah ini yang menarik perhatian media dan menteri Indonesia hampir sebulan lalu akhirnya terungkai selepas mayat budak berusia lapan tahun itu ditemui membusuk di bawah reban ayam di rumah pengasuhnya pada Rabu lalu.
Pihak berkuasa yang menemui mayat Angeline pada awalnya curiga dengan longgokan tanah tidak padat dan ditimbun sampah-sampah di rumah pengasuh kanak-kanak itu, Margareta di Jalan Sedap Malam Denpasar.
Akhirnya rasa curiga itu terjawab selepas mendapati di bawah longgokan tanah itu sebenarnya tersembunyi mayat Angeline yang hilang sejak 16 Mei lalu.
Portal Merdeka.com melaporkan, mayat kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan menyedihkan iaitu sambil memeluk anak patung kesayangannya.
Penemuan mayat murid darjah dua itu, sekali gus menggemparkan penduduk Denpasar dan mendorong mereka datang ke rumah pengasuh Angeline.
Tidak kurang juga guru Angeline yang menjadi histeria dan menangis teresak-esak dengan penemuan mayat anak muridnya.
“Iblis...iblis.... ibu macam apa ini, Angeline, ini ibu Angeline,’’ teriak Ibu Sri sambil dipeluk salah seorang rakan guru yang turut menangis.
Sebelum ini, dua menteri yang cuba membuat tinjauan di rumah pengasuh Angeline, Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak, Yohana Susana Yembise dan Menteri Pemberdayaan Aparatur Negara dan Reformasi Birokrasi, Yuddy Crisnandi turut diusir pengasuh kanak-kanak itu.
Polis Daerah Denpasar telah menahan suspek utama dalam pembunuhan kanak-kanak itu, Agus, 25, yang pernah menjadi pembantu rumah di kediaman mangsa.
“Hasil pemeriksaan kami mendapati daripada tujuh orang yang disiasat, Agus telah melakukan kekerasan terhadap Angeline termasuk dipercayai melakukan jenayah seksual terhadap mangsa,’’ kata Ketua Polis daerah, Komisioner Anank Agung Sudana.
Mayat kanak-kanak ditanam di bawah reban ayam