lempeng
Fun Poster
- Messages
- 895
- Joined
- Dec 16, 2005
- Messages
- 895
- Reaction score
- 145
- Points
- 23
(Cerita disampaikan oleh seorang pemancing tegar bernama Azwan. Kisah ni berlaku sekitar tahun 2009. Lokasi di rahsiakan atas permintaan.)
Azwan, 29 waktu tu, seorang kaki pancing tegar yang dah jelajah sungai dan lombong separuh semenanjung. Tapi ada satu tempat yang dia tak pernah jejak: Paya Linggi.
Tempat tu bukan tak cantik, malah airnya jernih, penuh dengan ikan baung, haruan, belida. Memang syurga untuk para pemancing. Tapi orang kampung sendiri tak berani nak memancing kat situ.
"Tempat tu tempat ‘mereka’ tinggal. Yang tau, taulah.”
Azwan rasa tu semua tahyul. Dia mengajak dua kawan dia: Bob dan Man untuk merasai pengalaman memancing kat situ pula. Mereka bertiga pergi ke sana menaiki motor masing-masing, bawa khemah dan joran.
Sampai di tempat yang dituju, mereka terpaksa memakir motor di tepi trail jalan masuk ke paya yang terletak agak jauh jaraknya dari paya. Kemudian mereka berjalan kaki hingga tiba ke satu kawasan tepi paya yang difikirkan sesuai untuk dijadikan tapak perkhemahan.
Bila sampai je situ, suasana memang terasa lain. Sunyi sangat. Tiada langsung bunyi unggas.
Airnya memang jernih macam kaca. Tapi dasarnya hitam. Ada bau pelik macam bau kemenyan yang dah lama terpadam dekat situ.
Mereka pasang khemah, pasak pancing. Hari cerah, cuaca cantik. Tapi… langsung tak dapat ikan. Dari pagi sampai ke petang, takde seekor pun yang mengena.
Bob: “Wan, kau pasti ke ni air ada ikan? Ke kita je yang tersilap tempat?”
Man pulak makin banyak termenung, macam hilang semangat. Pukul 6 petang, mereka berhenti dan masak mi segera. Sambil makan, Man tiba-tiba cakap:
“Aku rasa macam kita kena perhatikan je dari seberang sana tu…”
Dia tunjuk ke arah satu pokok besar yang separuh tenggelam dalam air paya.
Azwan menoleh ke arah yang Man tunjuk tu. Eh, betullah. Macam ada bayang-bayang orang sedang berdiri memerhatikan mereka dari jauh. Tapi bentuknya terlalu tinggi tak macam manusia biasa.
Dalam pukul 1 pagi, Bob dikejutkan oleh bunyi orang perempuan sedang menangis teresak-esak lagi mendayu-dayu dari arah paya.
Mula-mula Bob cuma terfikir: "Orang kampung ke tu? Ada eksiden ke apa? Ke ada laki bini bergaduh tengah-tengah malam buta ni?" Dia kejutkan Azwan.
Dia suruh Azwan dengar. Tapi yang peliknya, “Aku tak dengar apa-apa pun.” Kata Azwan, lepas tu dia sambung tidur balik.
Bob rasa tak sedap hati. Tapi dia tetap nak tau jugak apa bendanya tu dan pergi berjalan sorang-sorang ke arah bunyi tu datang. Tapi bila sampai ke tepi paya, bunyi tu terus berhenti.
Tiba-tiba… air paya berkocak kuat dan bergelora, seolah-olah ada sesuatu yang besar sedang bergerak di bawah permukaan. Bob terkejut dan terus tercegat di situ.
Di permukaan air, tiba-tiba muncul satu kepala. Wajah seorang perempuan. Tetapi matanya hitam, rambut mengurai panjang, penuh dilekati dengan lumpur. Dia tersenyum menyeringai memandang Bob.
Bob lari lintang pukang. Dia jatuh tersungkur, bila bangun semula dan toleh ke belakang— semua sunyi balik. Dia terus masuk ke dalam khemah, tutup muka dengan sleeping bag.
Esoknya, Bob ceritakan kejadian semalam kat Azwan dan Man. Tapi Man… langsung tak ada sebarang respon. Dia hanya diam sambil merenung ke arah pokok yang sama yang dia kata nampak orang perhati semalam tu.
Muka dia pucat, mata pulak merah macam tak tidur langsung. Azwan pegang bahu dia – badan dia sejuk.
Man cakap perlahan dengan suara garau lain macam, “Dia nak aku datang malam ni. Dia janji nak bagi aku sesuatu…”
“Dia? Siapa dia? Kau cakap pasal siapa Man?” tanya Azwan. Tapi Man tetap tak beri sebarang reaksi.
Man pergi duduk termenung kat tepi paya, pandangannya kosong. Azwan cuba pujuk tapi Man tetap ulang-ulang cakap sendirian “…dah janji nak ikut dia.”
Waktu ni memang meremang, Azwan dah dapat rasa ada sesuatu dah merasuk Man.
Azwan dan Bob dah panik dan ambil keputusan untuk pulang saja. Mereka paksa Man balik. Tapi Man mengamuk. Katanya, “Aku dah janji!”
Azwan tak nak ambil risiko. Dalam sekitar pukul 5 petang dia suruh Bob pergi letakkan barang perkhemahan mereka kat motor dan start motor siap-siap sementara dia cabut semua khemah – terpaksa tinggalkan Man kejap tapi sesekali dia menoleh ke arah Man nak pastikan dia tak apa-apa.
Tapi bila dia angkat kepala sekali lagi dan toleh ke arah tempat Man duduk…
Man dah takde.
Azwan menjerit dan melaung-laung panggil nama Man sambil berlari ke tempat Man duduk tadi. Bob datang semula dan mereka jerit panggil Man serta cari sama-sama, namun gagal kesan di mana Man berada. Tiada kesan tapak kaki. Tiada sebarang bunyi. Hanya tinggal seutas tali guni lembap dan bekas lumpur hitam tempat Man duduk tadi.
Azwan dan Bob buat laporan polis, tapi Man tak pernah dijumpai semula.
Polis dan orang kampung dah lancarkan pencarian selama beberapa hari. Tapi gagal menjejaki Man.
Kata orang kampung:
"Bukan semua yang masuk ke Paya Linggi, akan pulang. Malah kadang-kadang tu ada benda yang akan mengikut balik.”
- Man terkena 'seruan' entiti air — panggilan yang cuma boleh didengari oleh ‘orang terpilih’ sahaja.
- Paya Linggi adalah ‘pintu perantara’ — tempat jin dan syaitan menyamar dan memperdayakan mangsa melalui perjanjian tak sedar.
- Bob nampak jembalang air yang menghuni kawasan paya tersebut.
Kawasan paya, lombong tinggal dan sungai-sungai terpencil memang selalu dikaitkan dengan kehilangan pelik — ada yang ‘hilang’ kejap, tapi tak sedar dah 2–3 hari berlalu. Ada yang jumpa balik tapi “bukan orang yang sama”. Ada juga macam Man ni… tak pernah dijumpai langsung.
Cerita-cerita dalam koleksi ini adalah adaptasi peribadi yang dikumpul dari internet (forum/blog/media sosial) dan diolah semula dalam gaya penulisan aku sendiri.
Kalau rasa cerita ni "macam familiar je" sebab pernah tengok kat tempat lain — mungkin sebab ada yang suka salin, tapi tak pernah faham jiwa.
Dalam dunia konten, idea ibarat nyawa — Tapi bila kau salin tanpa rasa, yang tinggal cuma kulit.
-lempeng-