BTC USD 60,726.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Diskaun PTPTN tidak diteruskan - Menteri

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
143,166
Paid Membership
Joined
Jun 3, 2013
Messages
143,166
Reaction score
25,934
Points
2,866

Diskaun PTPTN tidak diteruskan - Menteri​

Oktober 4, 2023 @ 5:12pm
Kementerian Pendidikan Tinggi tidak bercadang meneruskan pemberian diskaun pembayaran balik pinjaman PTPTN. - Foto BH


Kementerian Pendidikan Tinggi tidak bercadang meneruskan pemberian diskaun pembayaran balik pinjaman PTPTN. - Foto BH


PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tidak bercadang meneruskan pemberian diskaun pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).



Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata keputusan muktamad berhubung perkara itu tertakluk kepada Kementerian Kewangan.
"Setakat ini, kita sudah tidak lagi meneruskan (pemberian diskaun PTPTN) itu.

"Apa-apa pun mengenai hal itu, tertakluk kepada keputusan Kementerian Kewangan," katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Akademia dan Bulan Akademia Peringkat Kebangsaan di sini, hari ini.




Beliau berkata demikian ketika ditanya sama peminjam PTPTN mungkin mendapat khabar gembira dalam pembentangan Bajet 2024 pada 13 Oktober ini.
Pada pembentangan Bajet 2023 pada Februari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan pemberian diskaun kepada peminjam PTPTN bermula 1 Mac hingga 31 Mei lalu.

Antara insentif pembayaran semula untuk peminjam ialah diskaun 20 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh dan diskaun 15 peratus bagi sekurang-kurangnya separuh jumlah pinjaman.

Mengulas lanjut mengenai Bajet 2024, Mohamed Khaled berharap kerajaan dapat menyokong permohonan kementerian itu untuk menerap pendigitalan dalam menjayakan, mengurus serta mentadbir ekosistem pendidikan tinggi negara.

"Kedua ialah penekanan kita dalam soal penyelidikan dan inovasi kerana kita percaya ini mampu melonjakkan pertumbuhan ekonomi dan ketiga ialah soal kediaman kondusif untuk pelajar," katanya.

Ditanya mengenai kos sara hidup yang semakin meningkat dan memberi kesan kepada pelajar, Mohamed Khaled memberi jaminan kadar yuran pengajian tidak akan dinaikkan.

"Saya suka nyatakan dari segi KPT, kita tidak menyumbang kepada kenaikan kos. Kita akan pastikan yuran (pengajian) berada pada tahap yang sama. Tak ada niat untuk menaikkannya.

"Namun, soal (kos) makanan itu, semua orang pun (terkesan)," katanya.
 

Belanjawan 2024: Diskaun hingga 15 peratus bayaran balik PTPTN bermula esok​


Oktober 13, 2023 18:37 MYT
Belanjawan 2024: Diskaun hingga 15 peratus bayaran balik PTPTN bermula esok

Anwar berkata, ia adalah selari dengan usaha kerajaan untuk membina sikap tanggungjawab dalam kalangan pelajar. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan bersetuju memberikan diskaun sehingga 15 peratus bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selama lima bulan bermula 14 Oktober ini.
Beliau berkata, ia adalah selari dengan usaha kerajaan untuk membina sikap tanggungjawab dalam kalangan pelajar.

"Hutang mesti dibayar. Bagi membina sikap bertanggungjawab dalam kalangan peminjam, Kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat, di sini, pada Jumaat.

Pemberian kadar diskaun adalah seperti berikut:
  • Diskaun 10 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.
  • Diskaun 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
  • Diskaun 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual

Khairul Azri

8 hours ago ·

Masa sibuk kejar kuasa. Hasut Pendidikan itu tempat kroni kaut untung.

Sebab itu kita kena buat pendidikan percuma.

Kalau tak dibendung nanti golongan muda terbeban, yang kaya saja mampu belajar, miskin ketinggalan.

Bagi formula terhebat, boleh hapuskan hutang PTPTN dengan kerajaan tanggungkan selama 20 tahun.

Kos tahunan untuk Pendidikan percuma di peringkat universiti setahun hanya RM6 billion.

Dibandingkan dengan projek infra rakyat yang bagi pekerjaan, dan tambah hasil pendapatan negara seperti MRT dan TRX seolah sebagai projek gah membazir.

Ketika di tanya mana nak ambil wang ini semua?

Matematiknya kalau tak ada ketirisan, rasuah dan paling penting tak ada Najib Razak sebagai kunci untuk buat semua benda ini sangatlah mudah.

Petronas untung setahun RM55 bilion ketika itu, takkan tak boleh belanja sedikit untuk rakyat sendiri kata mereka.

Harini usai berkuasa, Najib di penjara, MRT pun dah siap, TRX pun diangkat projek yang baik dan membanggakan.

Petronas pula sudah untung lebih RM101 Billion setahun.

Apatah pendidikan percuma? Hatta diskaun PTPTN untuk pelajar pun mahu dihapuskan.

Barangkali, mungkin meraka rasa golongan muda kini sudah senang, dan orang miskin sudah tiada masalah untuk belajar di universiti seperti orang kaya seperti yang mereka risaukan 10 tahun dahulu.

Kita bersangka baik.



1696509227847.png





8iuTX4LlGZO.png
Author
Khairul Azri
Sumber:
Dia mintak bantu sebarkan.
https://fb.watch/ntX9-PnVIN/?mibextid=Nif5oz


1696509289605.png
 

Khairul Azri

7h ·

"Haa dia ada hutang PTPTN tak habis bayar lah tu semangat sangat sampai 2,3 post."

Fuh komen.

Sobat,
Ya aku ni memang pinjam PTPTN, tapi 2 semester saja sebelum aku dapat tawaran biasiswa JPA bermula dari semester 3 sampai habis belajar.

Dan keduanya 2 semester yang aku dapat pinjaman PTPTN itu juga telah dikecualikan bayarannya oleh PTPTN.
Jadi syukur alhamdullilah aku memang tak ada hutang belajar sesen pun.

"Habis sebab apa kau semangat sangat sampai 2,3 post?"

Hairan aku, aku nak post ni memang kena minta izin dulu dengan engkau ke sekarang ni?

Tapi takpa aku jawab,
Aku memang akan 'work-up' bila isu PT ni naik lagi lagi bila diskaun pun nak dimansuhkan.

Sebab apa?

Sebab aku rasa bersalah, kenapa rasa bersalah?

Sebab masa Rafizi dan konco konco PH, termasuk juga PAS ketika bersama PR pada 2013 yang bawak naratif pasal mansuh hutang belajar ni aku diam. Aku tak kata apa.

Walaupun aku tahu benda ni hampir mustahil nak buat, sebab ekosistem hutang PTPTN itu sendiri, ditabur segala janji hapus hutang tanpa faham besarnya beban hutang kepada kerajaan, melebihi lebih 10% perbelanjaan setahun kerajaan ketika itu, siapa pemiutang PTPTN? KWSP, GLIC dan GLC kerajaan yang akan efek kita juga pada akhirnya.

Dan aku rasa sistem PTPTN ketika itu yang bagi diskaun kepada siapa yang bayar awal, bagi percuma kepada yang berusaha dapat kelas pertama itu adil. Upah Ujrah pula lebih rendah dari mana mana pinjaman yang lain.
Tapi aku tak komen, aku pilih untuk diam, sebab pertamanya aku dah lepas, keduanya aku rasa rakyat taklah sengal sangat untuk percaya naratif tah pape ni.

Malangnya aku silap. Dan kita semua tahu apa yang berlaku.

Maka sejak 2018 benda pertama yang aku tulis niche politik ni adalah hutang negara. Sebab dah boleh bau, sebelum Guan Eng kata Jho Low curi sebab tu tak boleh PT free, atau Wan Jan Saiful yang masa tu penyokong PH puja terpaling pandai terpaling IDEAS buat buat terkejut tanggungan PTPTN adalah 40 bilion..

Aku dah boleh bau bahawa yang naratifnya adalah berkenaan hutang dan beban, tak boleh buat semua benda yang dijanjikan.

Dan nak tahu antara hutang dan liabiliti pertama yang aku sentuh dalam tulisan aku ketika itu tak sampai 4 hari tukar kerajaan adalah apa?

Ya, hutang PTPTN.

And ternyata dah aku betul. Tapi sayang ianya sudah terlambat.

1696510377462.png




8iuTX4LlGZO.png
Author
Khairul Azri
9/5/2018 PRU14
13/5/2018
1f447.png

1696510418230.png
 
Back
Top
Log in Register