BTC USD 63,489.3 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Diskaun harga Viva hingga RM5,300

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mengurangkan harga bagi semua varian Viva dengan potongan sehingga RM5,300, selaras dengan usaha membawa nilai lebih baik secara keseluruhan pemilikan kepada pelanggan.

Selain penurunan harga, Perodua memberi bonus tunai RM800 kepada mereka yang mendaftar pembelian Viva bermula 17 Jun dan 31 Ogos tahun ini.

Selain itu, turut ditawarkan pakej harga Perodua Viva baharu lebih murah sehingga RM6,100.

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, selain pembelian berkenaan, pelanggannya juga berhak untuk mendapat pakej perkhidmatan percuma tiga tahun yang ditawarkan kepada semua pelanggan Perodua baharu.

Pengurangan harga bermula 17 Jun lalu di semua 181 cawangan jualan di seluruh negara.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/stailo/diskaun-harga-viva-hingga-rm5-300-1.293844
 
takmo beli gak :D
 
Intetest bank compom x naik ke, bleh dpt bwah 2.8 ke?
 
kereta yang x lepas safety specification...tapi boleh dijual...only in mesia
 
Back
Top
Log in Register