eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUANTAN: “Setiap petang sejak hari pertama berpuasa, mak (mangsa) akan menghantar kurma dan kuih ke Masjid Jamek Batu 8 untuk dijamu kepada jemaah tetapi semalam (kelmarin) tidak datang.
“Saya fikir mungkin dia sakit dan pergi ke rumahnya di sebelah masjid untuk berziarah tetapi terkejut apabila menemuinya dia duduk atas kerusi dalam keadaan mengerikan apabila bermandi darah manakala lehernya hampir putus,” kata bilal masjid itu, Mohd Bazar Zakaria, 61, di sini, semalam.
Mohd Bazar menceritakan semula detik penemuan mayat seorang tukang masak, Syamsidar Abdul Malik, 61, yang dipercayai mati dibunuh selepas lehernya disembelih manakala kedua-dua tangannya dikelar.
Menurutnya, dia pergi ke rumah mangsa yang dipanggil mak sebaik selesai menunaikan solat Jumaat bersama-sama beberapa jemaah lain kira-kira jam 2 petang untuk bertanyakan khabar warga emas itu yang tinggal bersendirian selepas kematian suami.
Katanya, sebaik tiba di depan rumah mangsa, dia melihat pintu rumah terbuka sebelum memberanikan diri bersama jemaah lain untuk masuk menjalankan pemeriksaan.
“Sebaik melangkah masuk, saya hampir pitam apabila terpandang mangsa duduk atas kerusi dalam keadaan kepala terkulai sebelum menghubungi polis.
“Saya segera keluar dari rumah itu kerana tidak sanggup melihat keadaan mayat mak yang mati dalam keadaan menyedihkan.
“Kami sedih dengan keadaan menimpa mak. Apa salah dia hingga pembunuh sanggup menyembelihnya. Malah, setahu saya dia tidak pernah bermusuhan dengan sesiapa,” katanya.
Menurutnya, kehilangan mangsa begitu dirasai beberapa ahli kariah masjid kerana mangsa begitu dikenali dengan sikapnya yang peramah serta rajin selain suka membantu.
Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff, berkata mangsa tinggal seorang diri di rumah berkenaan sejak tiga tahun lalu.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, mangsa yang berasal dari Indonesia mendapat taraf pemastautin tetap dipercayai dibunuh sebelum mayatnya ditemui jemaah masjid.
Katanya, mangsa kali terakhir dilihat berjalan seorang diri menuju ke rumahnya sambil membawa dulang berisi kuih yang akan dihantar ke masjid itu, kira-kira jam 6 petang, kelmarin.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan, polis menemui barang kemas dan wang tunai kepunyaan mangsa yang disimpan di rumah itu selain dulang berisi kuih dan bekas air yang mahu dihantar ke masjid, kelmarin, tidak terusik.
“Mangsa dipercayai disamun berikutan barang kemas dipakainya hilang, bagaimanapun, polis masih meneruskan siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif sebenar pembunuhan kejam itu,” katanya.