BTC USD 83,126.9 Gold USD 4,179.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Disebalik Misteri Paranormal Lake Lanier

lempeng

Fun Poster
Messages
895
Joined
Dec 16, 2005
Messages
895
Reaction score
145
Points
23
1743062313185.png



Lake Lanier terkenal dengan kisah-kisah misteri dan laporan paranormal. Sejak pembinaannya pada tahun 1957, lebih daripada 700 kematian telah direkodkan di tasik ini, termasuk kes lemas, kemalangan bot dan insiden lain yang tidak dapat dijelaskan.

Sejak beberapa tahun kebelakangan, terdapat 10 kes lemas yang misteri dalam tasik ini. Kesemua mangsa ditemui dengan tanda lebam di pergelangan tangan, seolah-olah ada sesuatu yang menarik mereka ke dasar.

Beberapa teori paranormal dan cerita rakyat tempatan menyebut tentang "tarikan" misteri di dasar tasik, tetapi ini lebih kepada spekulasi dan kepercayaan masyarakat. Faktor seperti struktur tenggelam, arus air yang tidak stabil, dan objek tersembunyi di dasar tasik lebih mungkin menjadi punca sebenar kemalangan tersebut.

Salah satu kisah paling terkenal ialah tentang "Lady of the Lake," di mana dua wanita hilang pada tahun 1958 selepas kereta mereka terjunam ke dalam tasik. Mayat salah seorang wanita itu hanya ditemui setahun kemudian, manakala yang seorang lagi masih kekal hilang hingga ke hari ini dan ia menimbulkan misteri.

Banyak penyelam melaporkan pengalaman yang tidak menyenangkan, termasuk perasaan disentuh oleh sesuatu di bawah air. Struktur lama seperti jambatan dan rumah yang tenggelam masih wujud di dasar tasik, menambah elemen misteri kepada tempat ini.



Kampung yang Tenggelam Timbul Kembali dan Kejadian Paranormal Makin Aktif


Menurut laporan, sejak kemarau melanda kawasan tersebut baru-baru ini, paras air tasik turun mendadak pada tahap terendah sejak tahun 2017, dengan penurunan hampir lapan kaki di bawah paras penuh.

Ini menyebabkan struktur lama seperti jambatan kayu, rumah2 kecil, gereja serta batang2 pokok mula kelihatan semula di permukaan. Fenomena ini menarik perhatian ramai penduduk dan penyelidik.

Penduduk sekitar melaporkan bahawa bunyi-bunyi aneh seperti ketukan dan tangisan kini semakin kerap terdengar, terutama pada waktu malam. Beberapa pengunjung tasik mendakwa melihat bayangan menyerupai manusia berdiri jauh di tengah tasik, tetapi bayangan itu segera menghilang apabila didekati.

Beberapa penyelam profesional telah melaporkan bahawa dasar tasik tersebut bukan sahaja menyimpan struktur lama, tetapi ada tanda-tanda ritual purba seperti lingkaran batu dengan simbol aneh. Disebabkan ritual asal tidak pernah sempurna, kini ada ketakutan bahawa roh-roh tersebut semakin "kuat" dan mampu mempengaruhi dunia luar. Tasik ini dianggap kawasan berbahaya, tetapi larangan aktiviti rekreasi hanya meningkatkan keinginan orang ramai untuk menerokanya.

Walau bagaimanapun, Tasik ini kekal sebagai destinasi popular untuk aktiviti rekreasi seperti memancing dan berkayak, tetapi tragedi dan sejarah gelapnya mencipta aura yang menyeramkan.


Nak tahu lebih lanjut pasal asal-usul tasik ni? Skrol lagi ke bawah untuk baca:




== Latar Belakang Secara Ringkas ==


♦ Lake Lanier, atau secara rasmi dikenali sebagai ‘Lake Sidney Lanier’, adalah tasik empangan buatan manusia yang terletak dekat dengan bandar Gainesville, Georgia, Amerika Syarikat. Tasik ini dibina oleh U.S. Army Corps of Engineers pada tahun 1956 menggunakan aliran air dari Sungai Chestatee.

♦ Tasik ini dibina dengan tujuan utama untuk kawalan banjir, bekalan air, dan penjanaan kuasa hidroelektrik. Proses pembinaan melibatkan pembelian lebih daripada 56,000 ekar tanah yang menyebabkan lebih daripada 250 keluarga terpaksa berpindah keluar.



== Kampung Oscarville ==

♦ Sebelum tasik
ini dibina, kawasan tersebut adalah sebuah penempatan kecil bernama ‘Oscarville’, yang merupakan sebuah komuniti yang didominasi oleh penduduk kulit hitam.

♦ Pada tahun 1912, insiden yang dikenali sebagai "pembersihan etnik" berlaku di Forsyth County. Komuniti Black yang tinggal di kawasan itu menjadi sasaran keganasan selepas tuduhan serangan terhadap seorang wanita kulit putih.

♦ Tanpa bukti kukuh, beberapa lelaki Black dihukum mati, dan keganasan oleh kumpulan mob kulilt putih menyebabkan hampir semua penduduk kulit hitam di daerah itu diusir secara paksa. Bagaimanapun, Komuniti Black ini kemudiannya membuka perkampungan Oscarville yang masih terletak dalam Forsyth County.

♦ Pada 1957, kampung ini akhirnya tenggelam sepenuhnya apabila tasik mula dipenuhi air.

♦ Namun, beberapa penduduk kampung enggan meninggalkan kawasan itu kerana mereka menganggap tanah tersebut sebagai warisan nenek moyang. Dilaporkan sekurang-kurangnya 30 orang mati tenggelam apabila air mula memenuhi kawasan kampung.

♦ Selain itu, 20 tanah perkuburan juga dipindahkan, tetapi terdapat khabar angin bahawa tidak semua kuburan berjaya dipindahkan sepenuhnya.

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register