BTC USD 60,797.8 Gold USD 4,365.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dirotan senior lewat hadir program keagamaan.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
Balik Pulau: Akibat lewat menghadiri program keagamaan di surau, seorang pelajar lelaki membuat laporan polis, kelmarin selepas dirotan pelajar senior di sebuah sekolah agama di sini.

Kejadian berlaku jam 7.30 malam Khamis lalu apabila mangsa berusia 13 tahun sampai di surau berkenaan sebelum dipanggil seorang pelajar senior lelaki berusia 16 tahun.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Lai Fah Hin berkata, berdasarkan siasatan yang dilakukan, kejadian berlaku Khamis lalu sewaktu mangsa tiba lewat di surau dan sebagai denda dia dirotan di bahagian kaki oleh seorang pelajar senior.

Beliau berkata, pada mulanya mangsa tidak menceritakan kepada keluarganya mengenai kejadian yang berlaku ketika pulang ke rumah hujung minggu di rumahnya.

“Bagaimanapun, bapa mangsa terlihat kesan lebam pada kaki mangsa lalu bertanyakan mengenai kejadian sebenar dan mangsa memberitahu dia dirotan pelajar senior.

“Bimbang akan kejadian buli berlaku di sekolah anaknya, bapa mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Balik Pulau jam 12 tengah hari semalam (kelmarin) untuk siasatan lanjut,” katanya.

Lai berkata, berikutan laporan polis yang dibuat bapa mangsa, satu pemeriksaan dibuat di sekolah agama berkenaan untuk mengenal pasti punca kejadian sebenar.

Beliau berkata, polis turut menahan suspek yang disyaki memukul mangsa selain mengambil keterangan dan hasil siasatan awal, suspek mengaku memukul mangsa dengan menggunakan rotan.

“Suspek memberitahu kejadian berlaku mangsa lewat datang ke surau untuk menyertai aktiviti diadakan dan polis turut merampas rotan yang digunakan untuk memukul mangsa.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan sekiranya sabit kesalahan boleh dipenjara tiga tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada seksaan itu,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/node/7947
 
Bo.dohnya mak bapak.
Bo.dohnya polis.

Ini bukan buli.
Ini denda.

Siapa suruh lewat ke program agama?

Macam mana ummat nak maju kalau kena rotan dah lapor polis?

Hina sungguh polis tersebut. Kes rasuah juta2 diam.

Kes macam ni siap nak bagi akta bagai.

Apa nak jadi dgn malaysia negaraku tercinta ini.

Pondan pun dah ada hak. Haktui!
 
aku kena batang paip ngan senior xde nk mgadu bagai....
makin lama budak makin naik kepala sebab manjakan sgt
 
Bo.dohnya mak bapak.
Bo.dohnya polis.

Ini bukan buli.
Ini denda.

Siapa suruh lewat ke program agama?

Macam mana ummat nak maju kalau kena rotan dah lapor polis?

Hina sungguh polis tersebut. Kes rasuah juta2 diam.

Kes macam ni siap nak bagi akta bagai.

Apa nak jadi dgn malaysia negaraku tercinta ini.

Pondan pun dah ada hak. Haktui!


Spe yg bg kuasa kpd senior utk mghukum?
 
Bo.dohnya mak bapak.
Bo.dohnya polis.

Ini bukan buli.
Ini denda.

Siapa suruh lewat ke program agama?

Macam mana ummat nak maju kalau kena rotan dah lapor polis?

Hina sungguh polis tersebut. Kes rasuah juta2 diam.

Kes macam ni siap nak bagi akta bagai.

Apa nak jadi dgn malaysia negaraku tercinta ini.

Pondan pun dah ada hak. Haktui!

sabaq sabaq.. esok jenis nie la buang mak pak tepi bus stop ngan welfare..
 
mcm2 skrg ni..
ak dlu pon kene rotan gak kt kaki..
kes same spt budak ni..
tp ni tuk pengajaran..
lg pulak aktiviti kegamaan..
dende untuk menjadikan kita lbih berdisiplin..
jgn la mnje sgt...alahai...
 
setahu aq, rotan ni hukuman, bukan denda.
denda sebagai peringatan, hukuman sebagai balasan

ka aq salah tafsir? denda n hukuman itu sama?

hihihihi
 
kalau xleh kena hukuman,sila ikut peraturan..manja sangat
 
kalau guru yang rotan ada justifikasi dan ada pertimbangan. biasanya lebih kepada hukuman bersifat matang. walaupun ada kalanya terbabas kepada emosi hingga berbirat2:))

kalau senior yang baru nak up yang merotan...sapa yang jamin perbuatan tu ada justifikasi dan pertimbangan:-?
 
Back
Top
Log in Register