BTC USD 82,481.8 Gold USD 4,131.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dirotan sampai berdarah

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg



ALOR GAJAH - Hanya kerana mengejek seorang rakan, seorang pelajar Tingkatan Dua di sebuah sekolah tahfiz swasta di Alor Gajah, dirotan sebanyak 10 kali oleh gurunya sehingga berdarah.
Kejadian berlaku di sebuah kelas di sekolah berkenaan, kira-kira 7.30 pagi, Khamis lalu, mengakibatkan Amir Azamuddin Abd Rahim, 14, lebam dan calar balar di bahagian belakang badan, kedua-dua bahu serta betis.

Guru berkenaan yang dipanggil mereka sebagai ustaz menjatuhkan hukuman di hadapan pelajar lain dengan menggunakan rotan sebesar ibu jari tangan yang dibalut pita pelekat di hujungnya.

Bapa mangsa, Abd Rahim Abdul Wahid, 37, berkata, anaknya memberitahu, kejadian berpunca daripada seorang rakannya mengadu kepada guru berkenaan mengenai perbuatannya mengejeknya, sehari sebelum itu.

“Ustaz berkenaan datang berjumpa anak saya dan tiga rakannya sebelum merotan kesemua mereka. Bagaimanapun, hanya anak saya seorang dirotan sehingga 10 kali, sementara yang lain dirotan sebanyak tiga dan empat kali.

“Akibat tidak tahan, anak saya lari keluar dari kelas dan mendapatkan pertolongan rakan saya,” katanya.

Abd Rahim berkata, dia dihubungi isterinya, Meme*dalina Abu, 34, yang berada di rumah kira-kira 12 tengah hari, selepas dimaklumkan kejadian itu oleh lelaki terbabit.

“Saya pergi ke sekolah berkenaan untuk membawa pulang Amir Azamuddin. Di dalam kereta anak saya menceritakan segalanya sebelum saya terus membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, kira-kira 3 petang,” katanya.

Menurutnya, ketika di IPD, guru berkenaan turut dipanggil polis untuk memberi keterangan dan sempat meminta maaf atas perbua**tan*nya, serta mengakui bertindak mengikut emosi.

“Saya tidak kisah anak saya dirotan kerana kesalahannya, tapi hukuman sebegitu adalah keterlaluan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Abd Rahman Jid berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/dirotan-sampai-berdarah-1.29224
 
cikgu dan murid sekarag dah keterlaluan le.
 
kegagalan mengawal emosi....apa bole buat...kita ni hanya manusia yang lemah dan pelupa....
 
ganas nye,klu la bapak budak tu panas baran:-?:-?:-?
 
hmmm....itu lah manusia skrg...anak br kena rotan dah nak report polis...ustaz tu rotan suka2 je ke?....mana pergi pepatah org dulu2 yek...syg anak di rotan2 kan....
 
manja benar....aku kena sebat masa dulu2 pon rilek ajer...:D
 
Setakat berbalar dan pecah darah sikit kat kaki tu...akupun pernah kena zaman sekolah dulu dan dah jadi biasa bila kena rotan...tapi aku tak pernah kena rotan ngan bapak aku...sekali pun tak pernah...tapi kalo penampar tu...dah kerap sangat...:D

Tapi itu zaman dulu...zaman sekarang dah berubah...hukuman begini dah dianggap keterlaluan...nak mendidik anak orang zaman sekarang kena beragak2...tak boleh main sedap tangan je nak balun...yg mana boleh handle tu...baguslah...kalau dah tak boleh...biarkan je la...pas je pada guru besar atau pengetua...nanti menyusahkan diri sendiri...
 
Back
Top
Log in Register