BTC USD 82,886.6 Gold USD 4,125.15
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dirotan sampai berdarah

biasalah saya pun kena sebat macamtu jugak
budak sekarang kena skt pun ....
banyek manja

Tiap org berbeze, mgkn bro tk kisah coz tergolong geng budak dh bese kne sebat time sekolah dulu
Tp bg yg tk biase?
Bukan soal mnje, cume tiap perkre ade had
Kalau rotan smpai camtu sekali, ibu bape mane yg tak sakit haty?
Mgkin ibu bape yg jns taw kerje dan tk peduli anak saje tk peduli
Tp bukan sume ibi bape cam tu
 
Aku sokong apa yang Cikgu tersebut lakukan terhadap muridnya.
Mengejek adalah perbuatan yang tidak bagus. Hanya berguna kepada ahli politik
Yang ingin menyakitkan parti politik lain.


Mengejek menyebabkan hati manusia rasa sakit. Apabila hati sakit ia membawa kepada
Bisikan syaitan. Sayaitan hanya perlu meniup sedikit bisikkannya .. membuatkan api kemarahan membuak-buak seperti gunung berapi meletus dan menghancurkan rumah fred flinstone dan membunuh nenek moyang Barney.

15 tahun selepas ini, Amir Azamuddin Abd Rahim akan menyebabkan ramai terkorban. Dia akan membesar menjadi pemuda tampan dan mempunyai kerjaya berpangkat tinggi. Malah dia mempunyai kekasih yang bekerja sebagai pelakon popular di Hollywood. Namun, Amir Azamuddin Abd Rahim masih mempunyai tabiat buruk iaitu suka mengejek.

Malah, kerana mendapat sokongan bapanya yang tidak peduli dengan tabiat buruknya.. skill mengejek semakin tinggi. Dia menjadi seorang yang sangat terer mengejek. Ramai orang jahat dan ahli politik kotor ingin berguru dengannya dan membayarnya supaya dapat belajar skill mengejek.

Pernah sekali dia mengejek seorang perempuan femuk di Syarikatnya. Esoknya perempuan gemuk tersebut terus tidak datang kerja dan tidak berani keluar rumah. Perempuan gemuk tersebut terpaksa bekerja online dan melakukan segalanya dengan internet online. Dia tidak berani keluar dari rumahnya.

Pada 16 May 2027, Amir Azamuddin Abd Rahim bersiar-siar di sebuah Shopping Kompleks terkemuka di ibu Negara. Tiba-tiba dia ternampak seorang lelaki yang mempunyai wajah seperti Hitler. Misainya juga seperti Hitler. Amir Azamuddin Abd Rahim ketawa terbahak-bahak lalu mengejek lelaki tersebut. Lelaki tersebut terdiam apabila di ejek oleh Amir Azamuddin Abd Rahim. Setitik air matanya mengalir, namun dia cuba menahan malu dan marahnya terhadap lelaki yang tidak dikenali yang tiba2 mengejeknya.

Orang ramai mula memberiakn perhatian terhadap ejekan Amir Azamuddin Abd Rahim, mereka turut tersenyum dan ada yang berbisik sesame sendiri melihat lelaki berwajah seperti Hitler. Lelaki berwajah Hitler menutup mukannya lalu berlari meninggalkan lelaki yang mengejeknya.

Lelaki tersebut adalah Ahmad Baharom. Dia bukan Hitler. Malangnya semasa Ibunya melakukan permadian berhadas, setitik klon Hitler jatuh ke dalam telur ibunya. Dan ini menyebabkan 90% wajahnya serupa dengan Hitler.

Ahmad berasa amat marah. Dia cuba menenangkan dirinya, dia masuk ke dalam kenderaannya. Dia melihat kepada tong gas yang berisi Gas CH24X yang di hasilkan di LYNAS. Dia sepatutnya membuat penghantaran sample gas tersebut kepada saintis yang menunggunya di Mamal di ibu Negara. Namun dia teringat hari ini adalah hari jadi kekasihnya. Maka dia berhenti sebentar di Shopping Komplex ini untuk membeli hadiah untuk bakal tunangnya.

Baru sahaja dia membeli sebuah kotak music antic yang berharga sebulan gajinya, dia mendapat SMS dari bakal tunangnya untuk berpisah. Hatinya remuk. Tiba2 muncul seorang pemuda mengejeknya dan menyebabkan orang sekeliling turut tersenyum menyindirnya.

Ahmad membawa tong yang berisi gas hasil gabungan teknologi nuclear dan bio keluar dari kenderaannya. Dia masuk kedalam Shopping Kompleks lalu cuba mencari pemuda tersebut. Puas dia mencari, kakinya terasa sangat penat. Dari jauh dia nampak pemuda yang mengejeknya tadi sedang berada di dalam kedai menjual yogurt. Dengan pantas dia berlari menuju ke arah pemuda yang mengejeknya tadi yang kelihatan sedang relaks menikmati frozen yogurtnya. Namun, sikap terburu-terburu selalu mengundang parah. Ahmad tidak sedar bahwa kedai tersebut mempunyai dinding lutsinar. Ahmar terlanggar cermin tersebut dan bedebuk Ahmad jatuh tergolek dan tong gas tersebut jatuh terhempas. Letupan sekala 000000.9 terhasil lalu menyebabkan 15 orang albino yg berada di dalam shopping kompleks mati. Ini kerana gas tersebut hanya menyerang mereka yang mempunyai genetic albino sahaja. Ahmad sangka gas tersebut boleh meracun semua orang lalu ngin menggunakannya pada pemuda yang mengejeknya tadi.

Huh.. bagaikan tiada apa yang berlaku Amir Azamuddin Abd Rahim, keluar dari kedai Frozen yogurt. Dia terkejut melihat keadaan di luar kedai yang huru hara dan melihat beberapa orang terbaring di lantai. Dan sekali lagi dia terlihat lelaki yang serupa dengan Hitler. Lagi sekali dia mengejek lelaki tersebut yang kelihatnnya binggung akibat terlanggar dinding kaca lutsinar.

Amir Azamuddin Abd Rahim keluar dari Shopping kompleks tersebut lalu menuju ke destinas lain untuk mencari mangsa lain untuk di ejek.

-sekian-

p/s: just rekaan semata2. :D
 
sikit jer tu....:)), pakcik dulu lagi teruk, bukan badan pakcik lebam tapi kayu pemukul pakcik tu patah,...degil tahap gaban..:))
 
jgn la sampai rotan berdarah2 skali...
kan dah sampai jadi kes mak bapak...
 
Kalau cheq cikgu... Mampoh pegi lah anak murid cheq nak tidur dalam kelas ke, nak panjat siling ke, nak guling2 atas lantai kelas ke cheq buat tak tau je. Cukup bulan cheq ambil gaji.
 
budak sekarang manje... takat kena 10 kali rotan berbirat sikit dah tak tahan, bila wat salah tak ingat dunia. diorang tak kena dgn cikgu dulu2... perghhh... pembaris kuning tu patah 4 pun takut nak report kat bapak, takut kena dgn pucuk senduduk lak kat umah nanti kah kah... tu pasal la aku tak jadi cikgu kot :eek:
 
bebudak sekarang manja..

aku dulu kena rotan sampai berdarah lengan, tak berani nak bagitau ayah sebab takut dia tambah nasik lagi...

baru2 ni aku ada jumpa ngan cikgu yang rotan aku dulu tu, dia cakap, "saya rotan awak dulu sebab nak suruh awak jadi orang"

alhamdulillah, sekarang ni aku berjaya gak jadi orang... :)
 
kalo stakat kena rotan camni dah nak repot polis.. habisla rosak budak ni bila dah besar esok.. aku kecik2 dulu, punya la nakal.. kena rotan dgn talipinggang dgn emak aku.. he he
 
Back
Top
Log in Register