BTC USD 62,775.4 Gold USD 4,336.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dirogol ketika ponteng sekolah.

cyber99

Fun Poster
Messages
827
Joined
Mar 5, 2011
Messages
827
Reaction score
97
Points
30
Dirogol ketika ponteng sekolah

MAHANG (Kulim) - Seorang bapa berusia 56 tahun yang dipanggil ke sekolah untuk berjumpa guru anak perempuannya berusia 16 tahun terkejut apabila dimaklumkan anaknya dirogol dua pelajar lelaki.

Rahsia perlakuan sumbang itu terbongkar apabila mangsa dipanggil seorang guru lelaki untuk membuat pengakuan terhadap kejadian yang berlaku kepada diri mangsa. Bapa mangsa yang kecewa dengan kejadian itu kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Mahang.

Pada hari kejadian, mangsa bersama dua rakan perempuannya mengambil keputusan untuk ponteng sekolah. Mereka turut ditemani tiga pelajar lelaki lain. Setelah berbincang, mereka bersetuju untuk pergi ke sebuah rumah dalam ladang kelapa sawit.

Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa dirogol dua pelajar lelaki berusia 15 tahun di hadapan seorang rakan perempuannya.

Rakan mangsa tidak berbuat apa-apa dan terus merahsiakan tentang kejadian itu. Selepas dirogol, mangsa terus balik ke rumah.

Jurucakap polis berkata, memandangkan mangsa masih di bawah umur, kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.


http://www.sinarharian.com.my/sh/utr/content/story9380186.asp
 
apa bengap pi ikut masuk ladang............
 
nie suke same suke nie...tp sebb bwh umur dicaj sebagai merogol...
 
dah sapa suruh gedik sgt nak ponteng pastu jalan pula dgn 3 laki..****s
 
mcm2 lah.....................tak tau lah apa nak buat.Sat lagi kuar lah 3gp dia :))
 
Back
Top
Log in Register