BTC USD 63,787.9 Gold USD 4,466.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Diragut selepas sidai kain

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


REMBAU – Seorang warga emas terkejut dan trauma apabila dia menjadi mangsa samun di hadapan rumahnya sendiri ketika baru sahaja menyidai pakaian di Rumah Rakyat Chengkau, dekat sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 11.20 pagi itu, mangsa, Halifah Ghani, 60, didatangi seorang lelaki berusia awal 20-an dan berkulit hitam membonceng sebuah motosikal jenis Yamaha 125 bertanyakan arah jalan menuju ke Kuala Pilah, sementara seorang lagi menunggu di motosikal.

Menurutnya, dia kemudiannya bertanyakan kepada jirannya, Norhazira Zanior, 25, arah jalan berkenaan dan sebaik menoleh secara tiba-tiba lelaki berkulit hitam berkenaan terus menyentap gelang tangan emasnya yang dianggarkan bernilai RM6,000.

"Mak cik terkejut dan sempat menghalang budak lelaki berkenaan, namun dia memegang pergelangan tangan begitu kuat.

"Selepas gelang emas direntap, mak cik ditolak ke belakang dan dia bersama tiga lagi rakannya kemudiannya melarikan diri dengan motosikal jenis Yamaha 125 berwarna hitam serta merah," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Halifah berkata, dia sudah menetap di lokasi berkenaan sejak 30 tahun lalu dan kejadian berkenaan membabitkan samun pada waktu siang itu pertama kali berlaku sedangkan sebelum ini tiada kenderaan mahupun motosikal mencurigakan berlegar-legar di sini.

"Namun hari ini (semalam) makcik terperanjat dan tidak menyangka akan menjadi mangsa samun," katanya.

Sementara itu, Norhazira berkata, pada pagi kejadian, dia sememangnya sudah berasa tidak sedap hati dan duduk di hadapan pintu pagar sebelum kejadian samun berkenaan berlaku dalam sekelip mata.

Menurutnya, dia tidak sempat membantu Halifah walaupun sudah menjerit akibat risau melihat dua lagi rakan penyamun berkenaan yang menaiki sebuah lagi motosikal menunggu di belakang dan menunjukkan tanda isyarat supaya diam.

"Selepas penyamun berkenaan melarikan diri, saya bergegas mendekati mangsa untuk menenangkannya.

"Bagaimanapun saya hanya dapat mengecam jenis motosikal dan warnanya sahaja kerana nombor plat yang digunakan begitu kecil," katanya


SUMBER:http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/diragut-selepas-sidai-kain-1.52046
 
Dah bukan rezki nak wat cmne makcik...
 
sidai kain pon pakai gelang riban2..
anggapla ada hikmahnya makcik..
gelang dh xdak ni atleast xpayah dh byr zakat emas.
 
pasni kalo nk berhias pakai jerklah tiruan punye kalo kena ragus pun xdelah terkilan hehehehe.
 
Zaman ketika ekonomi sedang membangun, pemikiran masyarakat kini memikirkan kehidupan untuk duit.. Jalan singkat, meragut!!.. Kesian mokcik tu, xpela.. banyak-banyak bersabar..
 
pasni kalo nk berhias pakai jerklah tiruan punye kalo kena ragus pun xdelah terkilan hehehehe.

gelang korea kat wakaf che yeh pon rm5 hinggit je..kilat gile..
 
wow rm6k x berat ke mc cik sidai kain 2
 
kesian makcik ni....bawa bersabar aje laaa....mujur selamat
 
Back
Top
Log in Register