wa alaikumsalam tuan
saya sebenarnya secara jujurnya tak berapa tahu sangat mengenai diploma in law, sebab biasanya pelajar kursus undang undang ni terus belajar di peringkat ijazah sarjana muda iaitu degree..
cuma setakat yg saya tahu, diploma in law ada ditawarkan oleh Uitm,
pastu kolej kolej swasta seperti
http://www.bac.edu.my/
brickfields asia college
Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (External) University of London (UOL)
http://www.atc2u.edu.my/
saya tiada pengetahuan dan maklumat mengenai tempat belajar Diploma In Law yg paling murah di Malaysia, dan paling senang nak masuk (tak banyak hassles).
tuan boleh contact tempat pengajian di atas dulu dan boleh bertanyakan staf dibahagian Admission tentang yuran pengajiannya dan syarat syarat kemasukan.
Orang yg berusia 45 ke atas boleh diterima belajar kursus undang undang.
Dan adakah pembelajaran dilakukan setiap hari secara kuliah kelas?
berkenaan soalan ni, tuan perlu bertanyakan staff di tempat pengajian tu sendiri, bagaimanakan method pengajiannya utk org yg bekerja...
cuma kalau tuan mmg berhasrat utk menjadi peguam, tuan perlu mengambil kursus undang undang ijazah sarjana muda iaitu degree dengan kelulusan LL.B (Hons)
kalau peringkat diploma, tu belum lagi complete utk jadi peguam. tuan kena sambung ke peringkat Advanced pulak.
tuan kena pastikan apabila tuan complete Advanced tu, tuan berjaya dapat Hons atau dengan kata lain Honors
.
sebab ada yg tak dapat Hons. dia dapat LL.B sahaja.
kelayakan LLB tanpa Hons tak melayakkan seseorang tu utk menjadi peguam.
lepas tuan complete kan pengajian Ijazah Sarjana Muda Undang Undang LLB.Hons tu, tuan dikehendaki buat chambering/ pupillage kat firma pulak selama 9 bulan atau 12 bulan di Sabah dan Sarawak.
kemudian tu barulah tuan berjaya menjadi seorang peguam..
tu dulu info stakat ni yg saya boleh bagi. kalau ada info lain nanti saya tambah lagi, insya Allah..
Assalamualaikum warga CG.. saya mohon bantuan, sekiranya ada sesiapa yg tahu kat mana tempat belajar Diploma In Law yg paling murah di Malaysia, dan paling senang nak masuk (tak banyak hassles)?
Boleh ke orang yg berusia 45 ke atas diterima belajar?
Dan adakah pembelajaran dilakukan setiap hari secara kuliah kelas?
Apakah karier sebagai peguam adalah karier yg baik di Malaysia?
Terima kasih kpd yg sudi menjawabnya...