BTC USD 62,807.3 Gold USD 4,464.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dipijak suami tidak puasa

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
Kuala Lumpur: Seorang kerani berusia 21 tahun dipijak suaminya hanya kerana menegur lelaki terbabit yang tidak berpuasa di rumah mereka di Sungai Long, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.45 petang itu, selain dipijak, mangsa juga ditumbuk dan dibaling botol kaca oleh lelaki terbabit.


Menurut sumber, kejadian itu bermula apabila mangsa yang pulang dari tempat kerja menjumpai sisa makanan di dapur.

“Ketika itu, mangsa masuk ke dapur bagi menyiapkan juadah berbuka puasa sebelum menemui sisa makanan yang ditinggalkan di atas meja,” katanya.


Sumber berkata, mangsa yang mempunyai seorang anak lelaki berusia setahun itu bertanya suaminya sama ada dia berpuasa atau tidak.


“Lelaki terbabit memberitahu dia tidak berpuasa sebelum mangsa menegurnya supaya berubah dan insaf atas perbuatannya itu.

“Teguran mangsa menyebabkan suaminya tiba-tiba naik angin lalu menumbuknya dan dibaling dengan botol kaca,” katanya.


Sumber berkata, ketika diperlakukan demikian, mangsa hanya mampu menutup kepala menggunakan dua tangannya.

Katanya, suspek hanya berhenti memukul isterinya itu apabila melihat mangsa terbaring di lantai.



sumber;http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Dipijaksuamitidakpuasa/Article/index_html
 
amende la laki mcm ni..kesian plak si perempuan 2..hmmm..
 
N bagus kalau ada hudud ni. kasi rotan depan public
 
agaknya sebab ni lah kot kenapa ramai pempuan malaysia pilih orang luar..
 
agaknya sebab ni lah kot kenapa ramai pempuan malaysia pilih orang luar..

xbyk pompuan yg pilih org luar..tp org luar dari yg xramai tu pun dah mcm2 hal jugak..:D..kalau ikut nisbah,ok lagi kot org tempatan..pada pandangan aku la..
 
keluarga ni dah lama bermasalah kot.
kalau tidak mcm mana boleh jadi mcm ni.
laki tu xsuka bini dia dan bini dia mungkin xsuka laki dia.

lagi pulak bini dia kerja kerani
 
cerita harian metro nie susah betul aku nk percaya....
asal sume cite lain macam jer gempak....
 
Suami dayus.. Suaminye datang period kot. tu yang hangin lain macam
 
Back
Top
Log in Register