BTC USD 63,539.1 Gold USD 4,480.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Diperangkap teman lelaki

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.gif


MELAKA - Gara-gara sayangkan kekasih, seorang gadis terpaksa meringkuk dalam penjara selepas diperangkap teman lelakinya sendiri atas kesalahan mengeluarkan cek palsu.

Joanna (bukan nama sebenar), 25, diperdayakan teman lelaki yang baru dikenalinya di Johor Bahru menerusi seorang teman pada 2009 sehingga tidak menyedari nama dan MyKadnya digunakan untuk mengeluarkan lima keping cek palsu berjumlah RM20,000 setahun kemudian.

Menurut Joanna, wang tersebut dikatakan untuk menjamin tiga rakan kepada teman lelakinya yang ditahan polis akibat satu kesalahan undang-undang.

“Ketika itu di Johor Bahru, dia menggunakan nama dan MyKad saya untuk diletakkan dalam cek bagi membayar jaminan rakannya itu. Pada masa itu, saya tidak mencurigai tindakannya, sebelum dimaklumkan bahawa cek tersebut sebenarnya palsu,” katanya.

Joanna berkata demikian semasa ditemui Sinar Harian pada Majlis Jalinan Kasih di Kompleks Penjara Sungai Udang, dekat sini.

Joanna berkata, akibat tindakan teman lelakinya itu, dia terpaksa menerima hukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah ketika dihadapkan ke mahkamah.

“Buntu fikiran saya apabila mengenangkan apa yang dilakukan teman lelaki saya itu. Saya tidak ada bukti untuk mendakwa cek itu bukan saya lakukan. Bagaimanapun, teman lelaki saya sedikit pun tidak rasa bersalah dengan apa dilakukan kepada saya selepas saya didakwa di mahkamah,” katanya.

Joanna yang merupakan anak sulung dari empat beradik yang juga mempunyai seorang kembar lelaki juga mengakui langsung tidak mengenali tiga rakan teman lelaki yang dijaminnya itu.

“Sepanjang kira-kira setahun saya mengenalinya, saya tidak pernah kenal mana-mana rakannya. Malah, dia akan kawal setiap pergerakan saya walaupun apabila saya hendak ke tempat kerja di sebuah kilang di Singapura,” katanya.

Menurutnya, pada awal perkenalan, teman lelakinya itu tidak pernah menunjukkan sikap panas baran. Bagaimanapun, keadaan berubah kira-kira tiga bulan selepas itu apabila sering melenting dan berselisih faham.

“Namun, saya buta kerana menyayanginya tanpa merasakan diri saya dalam bahaya,” katanya.

Joanna kini terpaksa menghabiskan dua tahun lagi dalam penjara berkenaan mengakui menyesal dan sedar dengan kesilapan diri serta mahu keluar nanti dengan semangat kehidupan baru.

Dia turut menasihatkan orang ramai terutama anak-anak gadis berhati-hati berkawan supaya tidak terjerumus dengan situasi seperti itu hanya disebabkan terlalu sayangkan teman lelaki sehingga tidak menyedari akhirnya diperangkap.

“Mujur keluarga saya tidak pernah meminggirkan saya kerana mereka percaya saya tidak sejahat itu,” katanya.


sumber: http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/diperangkap-teman-lelaki-1.24028
 
tak pasal2 duduk jel 5thn..... celaka tul mamat tu.

ni la akibat cinta punya pasal.
 
jgn cepat pecayakan org even kawan baik skali pun....(pesanan tuk diri sdri jgk....:(()
 
Mcm mana boleh berlaku mcm tu....yg buat tu boleh lepas lah pula....Maknanya undang2 di Msia ni mcm tak kena saja
 
Mcm mana boleh berlaku mcm tu....yg buat tu boleh lepas lah pula....Maknanya undang2 di Msia ni mcm tak kena saja

sebab tu kalau lawyer terlalu byk adalah bahaya :)) :))
 
Common story sekarang!Setiap hari pun ada cerita pasal KERANA PERCAYAKAN,pastu kena tu la kena ni la
 
tu la akibatnyer..
baru je kenal dh pecaya dh jd teman lelaki..
 
Back
Top
Log in Register