BTC USD 62,374.1 Gold USD 4,473.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dinding buluh beratap gelam.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
Pasir Puteh: Seorang bapa mendakwa terpaksa membina rumah daripada buluh dan batang pokok gelam selepas tidak mampu menyewa akibat kesempitan hidup.

Walaupun rumah dibina di Kampung Banir Belikong, Selising agak daif , namun Che Isa Che Daud, 43, terpaksa menebalkan muka semata-mata untuk perlindungan dan keselamatan ahli keluarganya.

Menurutnya, rumah itu akan didiami isteri Maskah Awang, 35, dan tiga anak berusia dua bulan, 18 dan 20 tahun serta seorang anak saudara yang dipelihara ketika berusia 18 tahun.

Katanya, rumah itu menjadi kediaman mereka sekeluarga kerana tidak mempunyai tempat tinggal lain kerana tidak mampu membayar sewa.

Che Isa yang bekerja kampung berkata, pelbagai kerja dilakukannya demi mengubah kehidupan keluarga, namun masih tidak berubah.

“Saya dan keluarga bernasib baik kerana masih ada tanah kecil milik ibu untuk membina rumah berkenaan.

“Disebabkan tidak mempunyai pekerjaan tetap menyebabkan saya tidak berani menyewa, sebaliknya bertekad membina rumah sendiri sejak sebulan lalu,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, RM600 dibelanjakan untuk membeli atap nipah, simen dan bahan lain manakala buluh dan pokok gelam dicari sendiri di hutan berhampiran.

“Dinding rumah diperbuat daripada buluh yang sudah dipecah-pecahkan manakala tiang daripada batang pokok gelam.

“Lantai konkrit dibuat secara berperingkat kerana tidak mampu membeli simen dalam kuantiti banyak sekali gus,” katanya.

Katanya, dia masih belum memikirkan kemudahan lain untuk rumah berkenaan seperti bekalan elektrik, bilik tidur, tandas dan bilik air.

“Apa yang penting saya perlu siapkan segera rumah ini bagi membolehkan keluarga berlindung.

“Saya tidak peduli apa orang kata asalkan saya dan keluarga tidak menyusahkan mana-mana pihak, malah setiap hari saya berdoa semoga hidup kami sekeluarga dipermudahkan,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/node/16230


15hma23.transformed.jpg
 
Abam pndai berdoa je

Tp kerja abam x pandai
 
Back
Top
Log in Register