Ini saya akan 'paste' kan jawapan dari seorang otai besar dinar Iraq.. enjoy...;
Saya dapat email daripada seseorang ini. Apa yang saya nak katakan, mereka sebenarnya terkeliru dan mungkin tak tahu apa yang mereka cakapkan
1) KENYATAAN 1 : Rakyat dan kerajaan Iraq menggunakan USD dalam urusniaga
- JAWAPAN SAYA : Kenyataan ini salah dan tak betul sama sekali. Rakyat dan kerajaan Iraq pakai matawang mereka sendiri. Kalau tak, takkan mereka cetak matawang mereka. USD memang digunapakai di sana. Macam di negara kita juga (dan dia mungkin kerja dengan syari...kat minyak, memang dibayar dengan USD, sama macam orang kerja di pelantar minyak negara kita). USD memang digunapakai di seluruh dunia. Sebab ia matawang rizab dunia.
Seluruh dunia akui US Dollar termasuk di Iraq. Kenyataan bahawa IQD tak laku adalah dangkal dan tak munasabah. Saya sendiri pernah ke Iraq dan jual beli dengan IQD yang ada pada sekarang. Siap yang ada conteng dan circulated lagi. Takkanlah kerajaan Iraq kurang akal cetak matawang mereka tapi tak boleh pakai. Kos untuk cetak matawang bukannya murah.
2) KENYATAAN 2 : Semua contract minyak dalam USD
- JAWAPAN SAYA : memang semua kontrak minyak dalam USD. Sebab ia perdagangan global. Macam Petronas kalau urusniaga pun pakai USD. Harga satu tong minyak pun dikira USD, bukannya ringgit atau IQD
3) KENYATAAN 3 : Kerajaan Iraq telah menyatakan Dinar Iraq tak laku di mana2 negara hanya di dalam Negara Iraq
- JAWAPAN SAYA : Tak pernah ada statement rasmi daripada kerajaan Iraq. Si pengeluar kenyataan ini jelas menipu kerana banyak negara menerima IQD. Antaranya di Arab Saudi, Iran, Hong Kong, Kuwait hatta di US sekalipun menerima IQD. Saya sendiri ke Jordan dan tukarnya di sana. Dan mereka bayar dalam bentuk dinar jordan. Jadi apa yang tak lakunya.
4) KENYATAAN 4 : Hutang Negara Iraq ke amerika 10 tahun lagi tak habih bayaq
- JAWAPAN SAYA : Ini satu lagi statement yang jelas tak benar. Kerajaan Iraq tak pernah berhutang dengan US. Hanya dengan Kuwait sahaja. Buat apa kerajaan Iraq berhutang dengan US. Bukannya dia yang serang US dan kena bayar pampasan. logiklah sikit
5) KENYATAAN 5 :Kalau anda bawak 20 ribu dinar masuk Iraq akan ditangkap dan 20 tahun dok dlm jail
- JAWAPAN SAYA : Ini lawak antarabangsa. Seolah-olah IQD duit palsu. laipun 20 ribu dinar berapa sahaja nilai berbanding duit kita. Seolah IQD ini macam bawa dadah. Saya tak kena pula tangkap bawa IQD ke Iraq walupun nilainya lebih kepada 1 juta
6) KENYATAAN 6 : dimanakah anda hendak menukar duit yg banyak itu dan siapakah yg akan menerimanya
- JAWAPAN SAYA : Banyak tempat yang boleh menukar IQD (mungkin dia tak tahu atau duduk dekat pelantar minyak sahaja). Macam saya kata sebelum ini, banyak negara boleh menerima IQD dan sekarang ni banyak penerbangan antarabangsa direct dari Iraq ke luar negara. Kalau tak laku, macamana ada penerbangan antarabangsa dan ia menunjukkan ianya boleh ditukar. Kenyataan bahawa senang bawa USD ke sana memang benar. Sebab IQD susah nak dapat di sini tetapi USD berlambak ada di sini. Nak bawa IQD pun boleh. Kenapa bank-bank global mcm Citbank dan Standard Chatered buka cawangan di Iraq sejak penguguran Chapter Seven. Jawapannya adalah untuk memudahkan transaksi matawang dan ia jelas menunjukkan bahawa IQD sah laku di sana.
7) KENYATAAN 7 : Pastinya Iraq akan memperkenalkan matawang baru jika mahu diapungkan kerana duit yg berada diluar Negara akan menghancurkan nilainya
- JAWAPAN SAYA : Semua negara perkenalkan matawang baru. Kita pun ada keluarkan duit RM 20 baru-baru ini. Duit rm 1000 (macam kat dalam gambar), dahulu pun ada. Kalau keluar note baru sekalipun, tempoh penukaran akan diberikan. Bukannya mansuh macam tu sahaja. Kenapa duit luar akan hancurkan nilai matawang?? Pelik betul. Bukan hanya kerajaan Iraq yang menerima IQD. Kerajaan seluruh dunia pun akan menerima juga. Macam George Soros dulu simpan matawang ringgit, dia sekarang masih boleh jualnya di mana-mana sahaja. Dekat maybank luar negara macam di Singapura atau Indonesia pun boleh jual. Tak perlu bawa duit tu masuk Malaysia balik.
KENYATAAN 8 : Dinar Iraq yg dibeli di Malaysia akan menjadi duit daun pisang.
- JAWAPAN SAYA : Dia tak tahu kot apa itu duit daun pisang atau mungkin tak pernah kot tengok duit pokok pisnag. Duit pokok pisang menunjukkan duit yang diperkenalkan oleh kerajaan Jepun di tanah melayu. Ini duit penjajah walaupun ada gambar pokok pisang yang banyak dekat negara kita waktu itu. Duit itu memang tak laku kalau penjajah itu keluar dari negara tersebut. Ianya jauh berbeza dengan IQD. IQD adalah matawang sah dan dikeluarkan sendiri oleh Bank Negara Iraq. Siap ada signature Gabenor Bank negara mereka sendiri macam kita. Ianya duit yang sah dan bernilai. Sekarang nak tukar pun ada nilai. Bukannya macam kertas kosong. Jadi fikirkan dahulu sebelum keluarkan kenyataan.
9) KENYATAAN 9 : Kerajaan mana2 negara tidak boleh ambik tindakan ke atas sindiket jual duit Iraq ini kerana Dinar Iraq sudah diperakui tak laku mana2 negara di dunia ini selain Iraq.
- JAWAPAN SAYA : Saya hairan kenapalah dia mengeluarkan kenyataan ini. Istilah sindiket seolah-olah kami ni satu kumpulan penjahat antarabangsa yang sedang menipu orang ramai. Saya minta dia tarik balik kenyataan dia dan jangan sampai ALLAH balas kejahatan kita. Kalau saya salah seorang anggota sindiket, apa kami tak fikir ke soal halal dan haram. Macam kita kebulur sangat duit orang ramai (saya sendiri ada bisnes sendiri yang lebih jauh besar incomenya). Buat apa kita nak menipu. Kita tak pernah paksa orang membelinya. Lagipun saya sendiri ada akses di Iraq dan kami mampu eksportnya ke sini dengan pelepasan daripada pihak kastam.
Kalau kenyataan bahawa IQD tak laku, meh sini jual pada saya dan saya tukarkan balik pada ringgit. Nak USD pun boleh. Ianya laku dan banyak tempat boleh tukarnya. Saya sendiri simpan IQD lebih banyak daripada orang lain. Kami menjualnya apabila ada permintaan. Bukannya terhegeh-hegeh macam salesman jual barang.
Sebab kita yakin ianya akan naik. Naik 0.10 sen dah banyak sebenarnya. Pelanggan saya sendiri terdiri daripada polis, pegawai bank. Bahkan ada juga pegawai bank negara. Mereka sendiri tahu dan kenal saya. Dimana lokasi rumah dan ofis saya. Mereka dahulu declare ini scam kalau ianya tak betul, bukannya macam kita yang kekurangan ilmu. Bahkan rakyat US sendiri banyak melabur dalam IQD. Tak perlu polis kita declare ianya scam. Kerana CIA atau FBI boleh sahaja declare ini scam kalau ia benar-benar tipu. tapi hakikatnya adalah tidak.
Simpan IQD macam simpan matawang lain. Kenapa orang trade forex boleh untung ribu-ribu satu hari kerana mereka niagakan matawang yang setiap saat berubah nilainya. Macam Dinar Iraq, ianya amatlah istimewa kerana ia sedang murah sekarang dek kejatuhannya kerana perang. Lagipun Iraq negara kaya raya dan sejarah menunjukkan bahawa 1 dinar pernah bersamaan dalam 3.20 usd sebelum perang. Jadi kalau nak kata ia scam. Orang anggap scam sebab tak pernah simpan matawang asing. Mereka kekurangan ilmu dan tak nak orang lebih daripada diri mereka. Sifat hasad dengki dan iri hati amatlah tinggi bagi individu ini. Jadi kalau dia boleh persoalkan keabsahan IQD ini, kita pun boleh persoalkan balik apa yang diperkatakannya itu. Tepuk dada, tanya iman dan ilmu. Barulah betul jalannya.See More