Salam otai-otai sekalian.
mohon tunjukajar
saya mula belajar berforex dalam 4 bulan yang lalu
setelah 2 bulan belajar berdagang di demo akaun
CG adalah guru yang terbaik
saya bermula dengan akaun live usd100
laverage 1:500, pada hari pertama, saya berjaya mendapat usd38, pada hari kedua berjaya lagi mendapat usd30, saya menjadi sangat teruja kerana berjaya mendapat lebih 50% dalam hanya 2 hari sahaja. Lalu saya membuka lebih banyak post
saya enter market berpandukan kepada indikator-indikator yang dicadangkan oleh otai-otai, memang sangat membantu malangnya pada hari ke 5 berdagang, saya telah mendapat MC
kemudian saya topup lagi usd50
berjaya mendapat usd 24 dalam satu malam sahaja
saya mendapat keyakinan kembali untuk menebus kekalahan pertama
malangnya MC sekali lagi pada hari ketiga
sekarang saya balik belajar di demo akaun lagi
mohon pandangan otai-otai
dimana salah saya
adakah kerana saya menggunakanlaverage yang besar
adakah saya seorang yang terlalu tergesa-gesa
adakah saya seorang yang tamak
adakah ada sebab-sebab lain
atau adakah broker tu yang dengki kat saya?
harap dapat membantu