Assalamualaikum CGrians , saya bercadang nak beli smartphone.bajet dalam RM 2000 ke atas.saya ni masih pelajar & on the way nak sambung belajar di IPTA/matrik.
antara ciri smartphone yang saya mahu adalah skrin 5 inci ke atas , processor quad core ke atas , mudah untuk mencari maklumat dari internet , versi android yang sentiasa boleh diupdate ,camera yang superb , speaker yang bagus , long lasting battery life , display HD atau full HD.
saya lihat sejak kebelakangan ni , kebanjiran smartphone telah berlaku.saya memang tergoda apabila SONY memasarkan Xperia Z yang kalis air & dust proof also.Tetapi menurut kawan saya Xperia Z ni bateri dia built in & problem pun banyak.
kemudian , saya tetap cuba survey handphone idaman saya , galaxy note 2.memang cukup ciri2 yang saya mahu cuma lack pada bilangan 'core' , display & camera.Apabila S4 dipasarkan , saya teringin untuk membeli S4 tetapi saya kecewa kerana S4 tidak mempunyai S-Pen seperti note 2 dan juga harganya agak mahal.
kesimpulannya , saya berharap CGrians boleh membantu saya dalam mencari smartphone yang terbaik bagi diri saya kerana saya sudah keliru habis untuk membuat pilihan yang terbaik.