BTC USD 104,069 Gold USD 3,180.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Man United Dilema Kewangan Manchester United

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
454,797
Paid Membership
Top Poster #4
Joined
Mar 15, 2010
Messages
454,797
Reaction score
37,550
Points
2,836
Awards
2
1000471561.jpg


๐——๐—ถ๐—น๐—ฒ๐—บ๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ๐˜„๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐—ป๐—ฐ๐—ต๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ฒ๐—ฟ ๐—จ๐—ป๐—ถ๐˜๐—ฒ๐—ฑ

Dalam dunia bola sepak moden, kelab bukan sahaja perlu mengejar kejayaan di atas padang tetapi juga memastikan keseimbangan antara keuntungan dan kelestarian kewangan. Untuk berbelanja dalam jendela perpindahan, sesebuah kelab memerlukan dua perkara utama:

1. Kelonggaran/ruang boleh belanja dalam kiraan Peraturan Kewangan Saksama (FFP)

2. Wang tunai yang mencukupi untuk menampung pembelian pemain

Di Manchester United, realiti kewangan semakin terasa. Walaupun jendela perpindahan Januari telah dibuka, kelab ini masih belum membuat sebarang pembelian kerana mereka perlu memastikan keseimbangan antara pemain yang masuk dan keluar.

๐—”๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—ธ ๐˜„๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐˜๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ฝ๐—ถ ๐—ฏ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ถ๐—ป

Sekilas pandang, laporan kewangan terbaru menunjukkan United berada dalam kedudukan yang kukuh. Sehingga akhir September, mereka mempunyai baki tunai sebanyak ยฃ149.6 juta. Ia merupakan jumlah paling tinggi sejak pandemik Covid-19.

Pada bulan lepas, Sir Jim Ratcliffe telah menyuntik ยฃ79 juta sebagai sebahagian daripada pelaburan $300 juta yang dijanjikan. Suntikan itu meningkatkan pegangan sahamnya kepada 28.9%.

Dengan wang sebanyak itu, secara logiknya United sepatutnya mempunyai dana yang cukup untuk memperkuat pasukan, termasuk membeli seorang bek-kiri untuk Ruben Amorim. United telah mengadakan rundingan dengan Lecce untuk mendapatkan Patrick Dorgu.

Namun, terdapat satu masalah besar: wang tunai itu bukan hasil yang dijana oleh kelab secara tulen.

๐—ฆ๐˜‚๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐—ฑ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ต๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ธ๐—ฒ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป

Sebahagian besar dana yang dimiliki United datang daripada dua sumber:

1. Pinjaman jangka pendek, yang mempunyai faedah dan perlu dibayar semula.

2. Pelaburan/suntikan daripads Ratcliffe. Dana itu pada asalnya diperuntukkan untuk menaik taraf kemudahan di Old Trafford dan Carrington. Dana itu bukan untuk membeli pemain.

Menurut laporan kewangan yang dikeluarkan pada September, United masih berhutang ยฃ319 juta dalam bentuk ansuran yuran perpindahan pemain yang telah dibelinya sebelum ini.

Sekurang-kurangnya ยฃ154 juta perlu dibayar dalam tempoh setahun ini.

Pakar kewangan bola sepak, Kieran Maguire menjelaskan, di bawah pemilikan keluarga Glazer, United sering membeli pemain secara hutang atau membayarnya secara ansuran.

๐—จ๐—ป๐—ถ๐˜๐—ฒ๐—ฑ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ท๐—ฎ ๐—น๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ต ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ธ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ฎ๐—ป

Selama lima tahun berturut-turut, United mengalami kerugian kewangan akibat prestasi yang tidak konsisten di atas padang dan pendapatannya yang tidak meningkat. Untuk terus membeli pemain, mereka terpaksa menggunakan pelbagai strategi kewangan seperti:

- Menangguhkan pembayaran perpindahan
- Berbelanja secara hutang
- Menggunakan pelbagai kaedah pembiayaan

Menurut Maguire, โ€œMereka menjalani gaya hidup Liga Juara-Juara dengan pendapatan Liga Europa.โ€

๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป: ๐—œ๐—ฎ ๐˜๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐—ฏ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ป

Walaupun United masih merupakan jenama besar dalam bola sepak, struktur kewangan mereka tidak boleh bertahan jika perbelanjaannya terus melebihi pendapatan.

Apabila dibandingkan jumlah wang yang kelab peroleh dengan jumlah yang mereka belanjakan, agak jelas mengapa mereka perlu mengimbangi buku kewangan sebelum berbelanja besar dalam jendela perpindahan.

Buat masa ini, realiti kewangan di Old Trafford lebih sukar dari apa yang disangka. Disebabkan itu lah baru-baru ini United secara terbuka bercakap akan menjual mana-mana lepasan akademinya seperti Alejandro Ganarcho dan Kobie Mainoo.

Sebelum ketibaan Dorgu, Antony telah dikeluarkan secara pinjaman dan 84% gajinya akan dibayar oleh Real Betis. Bil gaji Marcus Rashford dan Casemiro boleh menjadi penghalang kepada kemasukan baharu.


Zuraimi Zukri
 
Sponsored Post

1000471562.jpg


๐—ž๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ ๐— ๐—ฎ๐—ป๐—ฐ๐—ต๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ฒ๐—ฟ ๐—จ๐—ป๐—ถ๐˜๐—ฒ๐—ฑ ๐—ธ๐—ฒ๐—ธ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐˜๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ถ?

Seperti kelab bola sepak lain di Liga Perdana Inggeris, Manchester United juga memerlukan wang untuk membayar gaji pemain, yuran perpindahan, cukai, faedah pinjaman serta menaik taraf stadium dan pusat latihan mereka.

Biasanya, United mendapat wang melalui jualan pemain dan hasil pendapatan harian kelab. Namun pada musim lepas, walaupun mereka berjaya mengumpul ยฃ159 juta melalui ยฃ118 juta daripada operasi kelab, ยฃ37 juta daripada jualan pemain dan ยฃ4 juta rebat cukai namun jumlah itu tidak mencukupi.

๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐˜„๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ถ๐˜๐˜‚ ๐—ฑ๐—ถ๐—ฏ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป?

1. Bayaran Faedah Pinjaman (ยฃ36 juta)

United masih menanggung hutang besar sejak keluarga Glazer membeli kelab itu pada 2005. Sebahagian besar wang hasil jualan pemain terus habis untuk membayar faedah pinjaman ini.

2. Naik Taraf Stadium dan Pusat Latihan (ยฃ18 juta)

United membelanjakan wang untuk membaiki fasiliti di Old Trafford dan Carrington. Ia adalah pelaburan jangka panjang yang sepatutnya dilakukan lebih awal dan ia menjadi kos yang perlu ditanggung.

3. Pembelian Pemain (ยฃ191 juta)

United melakukan perbelanjaan besar untuk membeli pemain baharu seperti Rasmus Hojlund, Mason Mount, dan Andre Onana. Mereka juga perlu membayar ansuran untuk perpindahan pemain sebelumnya yang dibeli secara hutang.

๐—ž๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ ๐—จ๐—ป๐—ถ๐˜๐—ฒ๐—ฑ ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ต ๐—ธ๐—ฒ๐—ธ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐˜๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ถ?

Jika dihitung, wang yang masuk tidak cukup untuk menampung semua perbelanjaan diatas. Malah, terdapat defisit besar iaitu sebanyak ยฃ86 juta antara wang yang masuk dan wang yang keluar.

Masalah ini bukan baru. Pada penghujung musim 2022-23, United juga mengalami defisit ยฃ44 juta yang menyebabkan baki wang dalam bank mereka berkurang daripada ยฃ121 juta kepada ยฃ76 juta.

Nasib baik Sir Jim Ratcliffe sebagai pemilik baharu telah menyuntik ยฃ159 juta. Ini membantu menutup jurang kewangan dan memastikan United menamatkan musim dengan baki wang tunai ยฃ74 juta.

๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป

Manchester United mengalami masalah kewangan kerana mereka berbelanja lebih banyak daripada pendapatan yang diperoleh. Hutang lama, kos menaik taraf fasiliti dan perbelanjaan besar untuk pemain baharu menyebabkan mereka perlu bergantung kepada suntikan wang daripada Ratcliffe untuk terus stabil.


Zuraimi Zukri
 
1000471563.jpg


๐—ง๐—ฎ๐—ป๐—ฝ๐—ฎ ๐˜„๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ถ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐— ๐—ฎ๐—ป๐—ฐ๐—ต๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ฒ๐—ฟ ๐—จ๐—ป๐—ถ๐˜๐—ฒ๐—ฑ ๐—ฏ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ท๐—ฎ ๐—ฏ๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—น ๐—บ๐˜‚๐˜€๐—ถ๐—บ ๐—ถ๐—ป๐—ถ?

Pada awal musim ini Manchester United tidak mempunyai cukup tunai untuk membeli pemain baru. Mereka hanya mempunyai ยฃ74 juta tunai di bank.

Disebabakan tiada wang mereka telah meminjam sebanyak ยฃ200 juta daripada kemudahan kreditnya untuk menampung perbelanjaan.

Kemudahan kredit itu diibaratkan seperti kad kredit di mana United boleh meminjam sehingga ยฃ300 juta jika mereka kekurangan tunai.

๐—ฆ๐—ถ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—จ๐—ป๐—ถ๐˜๐—ฒ๐—ฑ ๐—ฏ๐—ฒ๐—น๐—ถ?

Dengan duit yang dipinjam itu United telah membeli beberapa pemain seperti,

โ€ข Joshua Zirkzee
โ€ข Leny Yoro
โ€ข Matthijs de Ligt
โ€ข Noussair Mazraoui
โ€ข Manuel Ugarte

Kesemua pembelian diatas berjumlah ยฃ219 juta. Dalam masa yang sama United juga menjual beberapa pemain seperti Mason Greenwood, Scott McTominay dan Aaron Wan-Bissaka untuk mengimbangi perbelanjaan.

๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—ธ ๐—ต๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฑ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ด ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด?

Sekarang United berhutang ยฃ230 juta daripada pinjaman kreditnya. Mereka tidak perlu membayarnya sehingga Jun 2027 dan boleh memohon lanjutan jika perlu.

Pada tahun sebelumnya mereka juga pernah berhutang sebanyak ยฃ260 juta dan berjaya mengurangkan hutang itu kepada ยฃ30 juta menjelang akhir musim.

๐—•๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ถ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ต๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—น๐—ฎ๐—ถ๐—ป?

Selain hutang pinjaman kredit, United juga masih berhutang ยฃ319 juta kepada kelab lain untuk pembelian pemain terdahulu. Sekurang-kurangnya ยฃ154 juta perlu dibayar dalam tempoh setahun.

Jumlah ini sentiasa meningkat selepas musim perpindahan ditutup dan kali ini jumlah hutang sebanyak ยฃ154 juta adalah angka paling tinggi dalam tempoh 10 tahun terakhir.

๐—•๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐—จ๐—ป๐—ถ๐˜๐—ฒ๐—ฑ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐˜€ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ต๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด?

Menurut pakar kewangan bola sepak Kieran Maguire, situasi ini tidak boleh diteruskan terlalu lama.

"Sesiapa yang hidup dengan berhutang akan tahu ia akhirnya akan membawa masalah," katanya. "Anda tidak boleh terus membeli sesuatu jika anda tahu anda ada bil yang belum dibayar."

Secara ringkas, United mungkin masih boleh berbelanja sekarang tetapi jika mereka terus bergantung kepada hutang, satu hari nanti mereka mungkin akan menghadapi masalah kewangan yang lebih teruk.


Zuraimi Zukri
 
1000471564.jpg


๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ด๐—ถ๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—ฎ ๐˜„๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฑ๐—ถ๐—ท๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐— ๐—ฎ๐—ป๐—ฐ๐—ต๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ฒ๐—ฟ ๐—จ๐—ป๐—ถ๐˜๐—ฒ๐—ฑ?

Melihat kepada penyata kewangan Manchester United, semua boleh melihat keadaan kewangannya mula merosot ketika pandemik Covid-19. Pada akhir musim 2018-19, mereka mempunyai tunai sebanyak ยฃ308 juta dan jumlah itu jatuh kepada ยฃ52 juta hanya dalam tempoh setahun.

Sebelum pandemik, United mempunyai aliran tunai operasi sebanyak ยฃ264 juta namun selepas itu jumlahnya tidak pernah sampai separuh. Dalam tempoh itu, tanpa kemudahan kredit dan pelaburan dari Sir Jim Ratcliffe, United boleh mencatat aliran tunai sebanyak negatif ยฃ330 juta.

Sepanjang zaman Covid-19, United paling terjejas berbanding kelab lain terutama dari segi pendapatan hari perlawanan. Ia kerana Old Trafford yang boleh menampung 74,310 penonton dan ia merupakan stadium terbesar di England.

Berbeza dengan beberapa pesaing, United tidak menggunakan skim cuti kerajaan. Kelab terus membayar gaji pekerja sambilannya walaupun perlawanan diadakan tanpa penonton. Langkah itu layak dipuji namun kosnya telah menyebabkan kelab mengalami kerugian besar.

Lebih meragukan adalah keputusan keluarga Glazer untuk terus mengambil wang kelab sebanyak ยฃ166 juta dalam bentuk dividen antara 2012 hingga 2022. Ia dilihat sebagai keuntungan peribadi berbanding kelab.

Pembayaran faedah hutang juga memberi beban besar kepada United dengan jumlah keseluruhan hutang mencapai ยฃ790 juta sejak keluarga Glazer mengambil alih kelab itu pada tahun 2005. Jumlah itu semakin meningkat kerana kenaikan kadar faedah global.

Perbelanjaan terbesar dan yang dianggap paling membazir adalah dalam pembelian pemain. United telah membelanjakan ยฃ1.3 bilion sepanjang 10 tahu lepas.

Walaupun United hanya mencapai kejayaan mara suku akhir Liga Juara-Juara - hanya sekali dalam tempoh 12 musim, mereka terus berbelanja sama seperti kelab-kelab elit Eropah.

Selain itu, jumlah ini tidak termasuk ยฃ319 juta yang masih perlu dibayar untuk pemain yang sudah ada di kelab.

Secara keseluruhannya banyak faktor menyumbang kepada kerugian kewangan United dan keputusan yang dilakukan oleh pengurusan kelab menjadi salah satu penyebab utama kepada masalah kewangan kelab itu.


Zuraimi Zukri
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register