owh kalu mcm ni lebih kurang kes aku dulu la. gaji dulu besar tapi kompeni nak kata kecik pun takla sangat cuma public listed. jd aku dapat offer GLC. kira besar jugakla among top glc. offer gaji mmg lagi rendah dari gj aku masa tu tapi aku pikir bab benefit pulak sebb benefit tempat lama sikit2 kena tarik. walaupun dia bagi skit dan lebih jauh aku nak travel aku amik jela.
tapi masalah gaji ni, walaupun gaji kecik tapi kompeni strong dan kukuh dikenali pulak, baik ko pegi jela. sebbnya adalah mcm yang aku pikir dulu:
1) lepas aku masuk GLC ni, dalam resume aku update dah cantik, biasa pemikiran orang nak amik kerja ni, kerja kompeni besar mesti dah biasa buat mcm2. mcm aku bhagian finance dan kompeni yang ada nama senang nak amik.
2) Benefit yg ada aku dapat mmg best, medical, epf lebih, knaikan dah tentu ada, parking, loan low interest, komputer, cuti banyak, cuti haji dan mcm2 lagi la.
bila aku dah masuk kompeni ni baru aku paham knapa dia bagi aku gaji mcm tu. sebb mmg level aku kat kompeni baru dah gaji mcm tu. dah hampir langgar dinding pun. sebb biasa kompeni besar ni depa ada skim gaji ataupun range gaji ikut gred. kalau dia bagi aku ikut gaji dulu, mau ngamuk yang satu level ngan aku, gaji aku lg besar dari depa.wakakaka
tapi selepas 5 tahun, gaji aku dah pun lebih dari gaji lama dan aku rasa kalau aku stay kat kompeni lama pun x dapat mcm ni. sebbnya adalah kompeni besar biasa ada union, ada ca, ada revised gaji. dan dalam masa 5 tahun ni jugak dekat lebih 5 offer dari kompeni lain aku tolak. kalau kompeni aku dulu nak dpt interbiu pun bukan main la susah lg pulak nak offer.huhu
sebenarnya kalau jd isu mcm ni, bukan gaji yg patut ko persoalkan, sepatutnya adalah kekuatan dari segala aspek kompeni baru tu termasuk knowledge, experience dan popularity. wekekeke