BTC USD 61,654.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dikunci dari luar kedai

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpeg

berkenaan kepada Ahli Jawatankuasa Pemuda MCA, Jason Lee (kiri), semalam.
< 1 / 1 >
SEREMBAN – Bukan saja disamun, malah seorang pemilik kedai cenderamata di Jalan Tuanku Munawir, di sini turut dikurung dalam kedai oleh sekumpulan penjenayah dalam kejadian samun, malam kelmarin.

Kumpulan tiga lelaki itu turut melarikan kereta jenis Proton Waja mangsa yang diletakkan di luar kedai.

Dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, mangsa, Jerry Tan, 25, berkata, dia didatangi tiga lelaki berumur lingkungan 20-an di kedainya.

“Ketika saya berada di kedai, datang lelaki itu bertanya sama ada kedai saya ada menjual telefon bimbit atau tidak. Saya jawab tiada, tiba-tiba mereka mengambil gunting terus mengacukan kepada saya.

“Mereka meminta saya menyerahkan barang berharga. Saya mengikut permintaan mereka dan mereka mengambil komputer riba, telefon bimbit, dompet dan kunci kereta sebelum melarikan kereta Proton Waja yang diletakkan di hadapan kedai,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, penjenayah itu mengunci pintu kedai dari luar menyebabkan dirinya terperangkap di dalam kedai.

“Saya menjerit meminta tolong dan tiada siapa yang datang membantu. Selepas 15 minit terperangkap, mujur ada orang awam yang datang membantu saya.

“Saya berasa gembira tidak dicederakan walaupun mengalami kerugian yang banyak,” katanya yang menganggarkan rugi lebih RM40,000.

Berikutan kejadian itu, Jerry membuat laporan di Balai Polis Seremban 2, di sini, sejurus selepas kejadian.
 
dia masih beruntung sebab tidak dicederakan.
 
Kalau jenis menyamun berkumpulan yg dpt hasil sikit ni mmg kerja penyamun berbangsa melayu :eek::eek::eek:
 
Back
Top
Log in Register