BTC USD 60,736.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dikelar teman lelaki kakak

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,370
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,557
Points
721
image.jpg

TANGKAP layar daripada klip video memaparkan mangsa yang parah akibat dikelar oleh teman lelaki kakaknya di Taman Seri Kijang, Pulau
Pinang, semalam

BUKIT MERTAJAM 6 Mac - Akibat berselisih faham dengan teman lelaki ka*kaknya, seorang remaja lelaki berusia 18 tahun cedera parah selepas dikelar pada perut dalam satu pergaduhan di rumah keluarganya di Taman Seri Kijang, Bukit Mertajam di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 malam itu, mang*sa yang merupakan seorang pelajar cedera pada perut, kaki dan tangan dipercayai dikelar menggunakan sebilah parang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, hasil siasatan mendapati, kejadian itu berpunca daripada perasaan tidak puas hati antara mangsa yang tidak menyukai tindakan teman lelaki kakaknya itu me*numpang di rumah keluarganya.

“Suspek yang berusia 20 tahun adalah teman lelaki kakak mangsa dan mangsa memberitahu dia mahu memukul suspek dan kakaknya jika ternampak mereka di rumah itu. Suspek telah membawa parang dan rotan dari rumahnya di Parit Buntar, Perak. Pergaduhan tercetus ketika suspek dan kakak mangsa baru pulang dari rumah keluarga suspek,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau pihak polis yang menerima maklumat berhubung pergaduhan itu segera ke lokasi kejadian sebelum mendapati suspek telah ditangkap oleh bapa mangsa.

“Mangsa didapati mengalami kecedera*an iaitu luka kelar bawah perut sebelah kanan sepanjang 10 sentimeter (sm) dan dalam 2 sm serta luka pada betis kanan dan pergelangan tangan kiri. Polis turut me*rampas barang kes senjata yang digunakan iaitu sebilah parang dan sebatang rotan,” katanya.

Nik Ros Azhan berkata, mangsa yang parah segera dihantar ke Hospital Bukit Mertajam di sini sebelum dirujuk ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut.

“Suspek kini ditahan reman di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah SPT di Bandar Perda, Bukit Mertajam di sini selama tujuh hari bagi siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” kata*nya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/dikelar-teman-lelaki-kakak-1.855302#ixzz5hSFXhjad
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
Back
Top
Log in Register