BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dijel simbah cuka getah

ARIFFX

Legendary Member
gem
Messages
12,041
Paid Membership
Joined
Mar 27, 2008
Messages
12,041
Reaction score
160
Points
123
TEMERLOH: Seorang buruh ladang yang menyimbah cuka getah kepada dua beradik di Felda Jengka 9, Maran, pada 19 Julai lalu, dijatuhi hukuman 16 tahun penjara dan empat sebatan selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Tertuduh, Mohamad Hafiz Ismail, 31, dari Felda Jengka 9 berdepan dua pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas Syafiq Haikal Mat Safa Zaidi, 13, dan adiknya Syaffiy Aiman, 10.


Lelaki terbabit tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika hukuman dijatuhkan dan kelihatan sekadar memahami serta membuat pengakuan bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan kepadanya.


Hakim Dazuki Ali yang menjatuhkan hukuman lapan tahun penjara dan dua sebatan bagi setiap pertuduhan kepada tertuduh, bagaimanapun mengarahkan hukuman berkenaan berjalan serentak dari tarikh dia ditahan.


Mengikut kertas pertuduhan, lelaki terbabit didapati menyebabkan kecederaan parah dengan menyimbah cecair dipercayai cuka getah ke atas Syafiq Haikal pada 19 Julai lalu di jalan berdekatan Felda Jengka 9 antara jam 7.30 malam hingga jam 8.30 malam.


Dia turut menghadapi tuduhan kedua iaitu melakukan perbuatan sama terhadap Syaffiy Aiman pada tarikh dan tempat sama.



Bagi kedua-dua kesalahan itu, buruh ladang terbabit didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan.


Dalam rayuannya, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah meringankan hukuman ke atasnya dengan memberi alasan menanggung seorang ibu menghidap sakit jantung dengan berpendapatan RM300 sebulan hasil bekerja di ladang sawit.
 
simbah je balik cuka getah tu kt dia..biar dia rasa mcm mana budak2 tu rasa..:mad::mad::mad::mad:
 
tu je? kenapa x tambah hukuman lempang 40 juta kali kt muka mamat tu?
 
cepat gila kes ni settle.Kenapa kes2 lain susah benar nak settle.nampak benar...&**&&nya..:eek:
 
ap nak jadi la...anak sndri pn sanggupp #:-S
 
Back
Top
Log in Register