BTC USD 60,797.8 Gold USD 4,365.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Digilis kereta lepas terlanggar batu

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
Klang: Seorang lelaki yang baru pulang dari minum bersama rakan maut selepas motosikal ditunggangi hilang kawalan sejurus melanggar sebuah motosikal lain sebelum digilis kereta yang datang dari arah bertentangan.

Kejadian berlaku jam 2 pagi semalam di Jalan Bukit Kerayong, dekat sini, ketika mangsa, Siva Subramaniam, 20, yang menunggang motosikal Yamaha Lagenda dalam perjalanan dari Kapar ke Jeram sebelum hilang kawalan akibat melanggar batu. Motosikal mangsa kemudian melanggar sebuah motosikal lain menyebabkannya terjatuh atas jalan.


Pada masa sama, sebuah Honda City gagal membrek lalu menggilis mangsa.

Sumber berkata, mangsa yang bekerja sebagai pengimpal di sebuah kedai besi buruk, di sini, mati tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.


“Kejadian disedari sekumpulan remaja yang sedang minum di sebuah kedai berhampiran apabila terdengar dentuman kuat sebelum melaporkan kejadian kepada polis.


“Mayat mangsa yang tersepit di bawah kereta itu dikeluarkan sepasukan anggota bomba dari Pelabuhan Klang menggunakan peralatan khas,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Klang Utara Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan memberitahu laporan mengenainya diterima lima minit selepas kemalangan.


“Sebaik polis tiba, kami mendapati pemandu kereta tidak cedera, tetapi trauma dan terkejut manakala seorang lagi penunggang motosikal yang terbabit dalam kemalangan itu hanya cedera ringan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk dibedah siasat,” katanya.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Digiliskeretalepaslanggarbatu/Article/index_html
 
Back
Top
Log in Register