BTC USD 60,726.8 Gold USD 4,341.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DIGI : Galak Jadi Tauke

i uniq

Active Member
Messages
1,573
Joined
Oct 14, 2008
Messages
1,573
Reaction score
7
Points
35
Galak jadi tauke
Oleh Hafiz Ithnin
[email protected]

DIGI Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) terus mempromosikan kempen data Internetnya, Internet For All apabila melabur RM1 juta menganjurkan pertandingan keusahawanan di kalangan remaja melalui medium media baru, DiGi’s Challenge For Change sejak September tahun lalu.

DiGi’s Challenge For Change ialah inisiatif menarik minat golongan muda menceburi bidang perniagaan terutama pelajar universiti di negara ini.

Ketua Pegawai Pemasarannya, Albern Murty berkata, pertandingan itu membabitkan 117 kumpulan dari 23 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS). Pertandingan itu turut menggalakkan peserta menguruskan perniagaan secara pintar dan mengeluarkan produk berpotensi dikomersialkan.

Katanya, DiGi’s Challenge For Change sudah memasuki tahun ketiga dan ia membabitkan banyak kerjasama kerajaan serta korporat untuk melahirkan usahawan.

“Bagi memastikan ramai pelajar di Malaysia menyertai pertandingan ini, kita telah menjalankan siri jelajah ke universiti seperti Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur.

“Selepas melalui pelbagai ujian dan saringan berkenaan, DiGi memilih 13 finalis dan mereka perlu mengkomersialkan produk secara atas talian dan dalam masa sama, kita menilai dari segi pengurusan perniagaan,” katanya pada majlis mengumumkan pemenang DiGi’s Challenge for Change di Subang Jaya, Selangor, semalam.

Kumpulan IMI Creative dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjadi juara membawa pulang hadiah utama RM10,000, kumpulan SonarTribal dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di tempat kedua untuk meraih RM5,000 dan tempat ketiga, kumpulan X-Change.Com dari Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) berjaya membawa hadiah RM2,000.:)paid
 
wakak..A.Galak jadi tauke..tauke apa agak2?
 
Aik? Melabur 1 juta, hadiah kemenangan 17K jer?
 
galak galak...
aku ingat a galak ....
 
Back
Top
Log in Register