BTC USD 85,009.7 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Diet Cara Rasulullah s.a.w

the best seller

Active+ Member
Messages
4,041
Joined
Jun 3, 2010
Messages
4,041
Reaction score
86
Points
30
Diet Cara Rasulullah s.w.t

SAYA mahu berkongsi ilmu dan pengalaman. Baru-baru ini saya menghadiri ceramah Ustaz Abdullah Mahmood. Ustaz ini memang tak kedekut ilmu. Ada aja tips yang akan diberi kepada sesiapa yang menghadiri ceramahnya. Tidak rugi kita mendengar ceramahnya. Ada sedikit ilmu yang ingin saya kongsi bersama-sama dengan pembaca semua.

Rupa-rupanya tanpa kita sedar, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh main 'balun' saja. Sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan penyakit-penyakit lain apabila kita telah menginjak usia, bermula usia 40-an. Apabila pembaca telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada orang lain pula. Ini pun adalah diet Rasulullah (s.a.w.) juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanan baginda sehari-hari.
Apa kata kita ikut diet ini wahai pembaca, tak payahlah susah-susah makan pil untuk kurus! Insya-Allah kalau pembaca ikut diet Rasulullah ini berbahagialah anda.

1. Jangan makan SUSU + DAGING

2. Jangan makan DAGING + IKAN

3. Jangan makan IKAN + SUSU

4. Jangan makan AYAM + SUSU

5. Jangan makan IKAN + TELUR

6. Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

7. Jangan makan SUSU + CUKA

8. Jangan makan BUAH + SUSU contoh koktel, jangan makan buah-buahan selepas makan nasi, sebaliknya makan buah-buahan terlebih dahulu, selepas itu baru makan nasi.

9. Tidur satu jam selepas makan tengah hari.

10. Jangan sesekali tinggal makan malam. Sesiapa yang tinggal makan malam, dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda.

Nampak memanglah pelik... tapi, cubalah... ia amat berkesan terutama apabila sudah tua nanti. Wassalam.
 
nice info.....terbaeeeekkkk

lg baek kalau disertakan dgn hadis........atau nas...ataupun dapat dari sumber rujukan kitab apa ? (nama kitab?)

apa pun benda yg baek ....aku folllooooow....
 
info berkaitan kesihatan aku suka
 
nice info.....terbaeeeekkkk

lg baek kalau disertakan dgn hadis........atau nas...ataupun dapat dari sumber rujukan kitab apa ? (nama kitab?)

apa pun benda yg baek ....aku folllooooow....

Betul2..Info berguna ni, blh try amalkan, dh lama dh dgr info ni, harap2 saper yg ada nas tlg la gtau.
setiap perkara yg mengatakan dtgnya dr rasulullah S.A.W. (samada nabi S.A.W. ckp atau amalkan) perlu sertakan nas dr sumber yg betul.

Tp kalau berdasarkan kajian kesihatan, kita blh follow je,sbb ia baik utk diamalkan tp x blh kata nabi S.A.W ckp/amal kalau x de nas nanti jd org yg berdusta.

Memang ada byk amalan rasulullah S.A.W dlm hal makan minum. Kalau tgk pada zaman kita skrg, kbykannya x ikut cara nabi S.A.W. Sbb tu la skrg ada mcm2 penyakit.
 
semua jangan ye..yg digalakkan camne?
fitrah manusia..yg 'jangan' tu la nk dibuat.hehe..
 
emm..aku mmg xmakan malam..doktor nsihatkan makan waktu petang sebelum mghrib..huhu..
 
Back
Top
Log in Register