Luqmanul Hakim
CG Top Poster Club

- Messages
- 23,318
- Joined
- Mar 17, 2010
- Messages
- 23,318
- Reaction score
- 4,848
- Points
- 196
Didik keluarga cari reda Allah
ALANGKAH cepat masa berlalu seakan-akan kita tidak sedar Ramadan sudah memasuki pertengahan bulan yang penuh barakah dan rahmat ini.
Sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk meneruskan ibadah dalam bulan mulia ini, apatah lagi belum pasti sama ada Ramadan akan kita bertemu lagi pada tahun depan.
Semestinya peluang ini harus dimanfaatkan kita semua sebaik mungkin. Sebagaimana hadis sahih yang begitu masyhur yang selalu kita dengar di majlis ilmu, sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang menghidupkan Ramadan dengan penuh keimanan dan penuh kesedaran (mengharap ganjaran Allah) nescaya akan diampuni baginya dosa yang lalu.” (riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis ini sepatutnya dihayati dengan penuh rasa insaf bahawa amalan pada bulan puasa ini haruslah ditunjangi dengan amalan penuh keimanan, kesedaran dan penuh pengharapan dalam usaha kita mendapat reda Allah SWT seterusnya mencapai objektif puasa agar menjadi insan yang bertakwa sebagaimana ayat di akhir surah al-Baqarah (la’allakum tattaqun).
Hadis tersebut menunjukkan bahawa hubungan yang cukup intim dan rapat perlu dihidupkan oleh hamba Allah ketika berkomunikasi dan berhubung dengan Allah.
Namun, amat sayang, jika amalan yang kita ingin amalkan pada Ramadan ini hanya dilakukan berseorangan dan melupakan ahli keluarga kita. Sepatutnya, keluarga harus dipupuk dengan sifat mencintai masjid, memupuk budaya membaca al-Quran, apatah lagi di bulan yang penuh ‘tawaran istimewa’ dalam usaha memburu syurga Allah.
Allah juga sudah mengingatkan kita dalam ayat-Nya agar kita menjaga dan mengingatkan ahli keluarga agar membuat apa yang disyariatkan Allah dan menjauhi apa yang dilarang oleh-Nya.
Ini dapat difahami daripada firman Allah: “Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mengingkari (perintah) Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dengan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (Lihat At Tahrim: 6).
Kita sebagai ketua keluarga ataupun sebagai ahli keluarga perlu saling mengingati sesama sendiri daripada sebarang perkara yang boleh menjerumuskan diri ke dalam api neraka.
Hal ini harus kita hidupkan bermula sekarang. Budaya menghidupkan amalan yang boleh mendekatkan diri kepada Allah harus ditekankan, khususnya pada madrasah Ramadan ini.
Teringat hadis sahih yang menceritakan perihal Rasulullah dalam mendidik ahli keluarganya ketika Ramadan, sebagaimana hadis yang bermaksud: “Adalah Rasulullah apabila tiba 10 malam terakhir daripada Ramadan, Baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan ahli keluarganya dan mengikat kainnya.” (riwayat al-Bukhari dan Muslim) Hadis ini membuktikan bahawa Rasulullah terlebih dulu menjadikan ahli keluarga sebagai keutamaan, malah berkongsi sesama ahlinya dalam menghidupkan malam-malam terakhir Ramadan.
Ini adalah satu contoh teladan yang baik daripada Rasulullah yang mungkin jarang dilakukan masyarakat kita. Mereka menyangka cukup bagi suami dan isteri, ayah dan ibu saja melakukan ibadah sedangkan anak dibiarkan membuang masa dengan menonton televisyen, meluang masa bersama rakan di kedai kopi, kota raya, lebih teruk lagi malam mereka diisi dengan keseronokan.
Apa yang digambarkan sebentar tadi sebenarnya sebahagian hakikat adat dan resam yang berlaku dalam masyarakat kita. Masjid hanya dipenuhi warga dan insan yang lanjut usianya, hampir ketiadaan pemuda-pemudi di pertengahan Ramadan ini.
Senario ini dapat dilihat di merata tempat seakan-akan anak muda ini tahu bahawa hayat hidup mereka masih lama lagi, tampak seperti begitu yakin, masih banyak Ramadan yang akan kunjung tiba pada tahun berikutnya.
Dalam usaha kita mencapai objektif untuk mendidik anak untuk kenal masjid atau rumah Allah ini, apatah lagi dalam dunia yang penuh dengan fitnah hiburan dan keseronokan, terdapat pula segelintir atau sebahagian pihak di masjid yang kurang memahami hakikat dan peranan masjid. Ini disusuli dengan kefahaman yang tidak berlandaskan dalil daripada al-Quran dan sunnah yang sahih, tidak cukup dengan itu, dalil harus berpaksikan mengikut kefahaman sahabat Nabi dan umat selepasnya yang dikenali sebagai salafus soleh. Ramadan dan kanak-kanak Ini dapat dilihat di beberapa masjid yang terlalu alah dengan kanak-kanak yang dibawa keluarga mereka ketika menunaikan solat. Mereka mengehadkan saf kanak-kanak ini dengan penuh tegas sekali sehingga diwujudkan saf khas kanak-kanak untuk menunaikan solat.
Lebih menyedihkan lagi ada masjid yang sanggup menyediakan pegawai atau penjaga khas untuk menjaga jemaah sambil memantau individu yang membawa anak kecil dalam saf solat.
Adakah hal ini wujud pada zaman rasul dan sahabat? Adakah mereka dilarang dengan begitu tegas sekali sehingga ada sanggup berkasar dan menengking hanya kerana kita membawa keluarga (anak kecil) ke ruang solat? Lebih teruk lagi penjaga saf itu tidak bersama menunaikan solat jemaah hanya kerana risau anak kecil memasuki saf dewasa.
Hal ini ditakuti kerana salah faham mereka mengenai kemungkinan solat menjadi batal dan cacat jika tersentuh kanak-kanak yang belum baligh atau berkhatan.
Isu ini bertentangan dengan hadis Nabi yang menceritakan mengenai ini. Kisah yang dimaksudkan terdapat dalam hadis berkenan ibn Abbas masih dalam usia kecil. Beliau bersolat bersama Rasulullah dan Rasulullah memegang kepala beliau untuk memperbetulkan kedudukan beliau ketika solat. (riwayat al-Bukhari).
Syeikh Nasruddin Al-Albani dalam kitab takhrijnya berjudul ‘Tamamul Minnah’ menyatakan, tidak menjadi masalah jika kanak-kanak bersama saf dewasa yang masih punyai ruang untuk dipenuhi.
Ini dapat lagi dikuatkan beberapa hadis Nabi mengenai petunjuk solat bersama anak kecil sambil memegang cucu baginda Rasulullah. Imam Nawawi mengatakan bahawa sah solat sambil kendong bayi.
Pergerakan yang sedikit ketika kendong bayi, meletakkannya ketika sujud, dan mengendong semula ketika bangun daripada sujud untuk rakaat seterusnya, tidak membatalkan solat, asalkan perbuatan itu tidak dilakukan secara berturutan. (Lihat Imam Nawawi, al-Minhaj Fi Sharh Sahih Muslim Bin al-Hajjaj Sharh al-Nawawi ‘Ala Muslim).
Kesimpulannya, Islam ini adalah agama yang cukup mudah, disyariatkan segala syariat itu bukan untuk membebankan insan, bukan pula untuk merumitkan kita sebagai hamba-Nya.
Dalam usaha kita mengejar dan memburu malam Lailatul Qadar ini, maka wajib bagi kita menghidupkannya dengan amalan jelas termaktub dalam kitab dalil iaitu al-Quran dan sunnah.
Penulis berkelulusan hadis di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) adalah Timbalan Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Malaysia
sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/DidikkeluargacariredaAllah/Article/index_html
Nota* - minta maaf banyak² jika thread nie astrok, minta jasa baik tuan Super Moderator untuk delete thread nie, terima kasih...