BTC USD 63,660.0 Gold USD 4,469.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Didakwa simbah asid

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Ahmad Taib​

ALOR SETAR 11 Ogos - Seorang warga emas terpaksa bermalam di penjara kerana gagal membayar wang jaminan setelah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan mencederakan seorang pemuda dengan menyimbah cecair dipercayai asid terhadap mangsa di Kuala Kedah, bulan lalu.

Ahmad Taib, 65, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu yang didakwa dilakukan ke atas Khairul Izzat Mohd. Zaki, 22, di hadapan sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Baru, Kuala Kedah, dekat sini pada pukul 5.15 petang, 25 Julai lalu.

Pertuduhan terhadap penganggur itu dikemukakan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Ayu Rohaiza Khazali yang mengendalikan pendakwaan tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh selain memohon tempoh bagi sebutan kes sementara menunggu laporan perubatan mangsa siap.

Peguam, Lim Wei Yong yang mewakili Ahmad pula meminta mahkamah membenarkan anak guamnya itu diikat jamin kerana sudah berusia di samping mempunyai penyakit darah tinggi serta pernah diserang strok kira-kira lima tahun lalu.

“Tertuduh juga mempunyai dua anak yang masih kecil berusia tujuh dan empat tahun serta baru kali pertama dihadapkan ke mahkamah.

“Lagi pun, tindakan tertuduh adalah kerana mahu mempertahankan diri kerana ketika kejadian mangsa datang bersama lebih lapan individu ke rumahnya untuk menghalau dan memukul tertuduh,” katanya.

Hakim Rusita Md. Lazim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula kes pada 13 September ini.

Kegagalan membayar wang jaminan menyebabkan warga emas itu dihantar ke Penjara Alor Setar.

Pada 27 Julai lalu, Utusan Malaysia melaporkan Khairul Izzat melecur pada muka, leher, kedua-dua tangan serta perut, manakala rakannya Mohd Sufri Zulkifli, 19, cedera di leher selepas disimbah cecair dipercayai asid oleh seorang lelaki.
 
Back
Top
Log in Register