BTC USD 62,626.1 Gold USD 4,442.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Diburu penyokong JDT

wokyoh fx

Super Active Member
Messages
7,161
Joined
Aug 25, 2010
Messages
7,161
Reaction score
49
Points
70
image.jpg



PONTIAN - Seorang pemuda mendakwa dia diburu penyokong Johor Darul Takzim (JDT) di sekitar daerah ini yang berang kerana gagal memasuki Stadium Nasional Bukit Jalil, bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala FA, Sabtu lalu, kerana ketiadaan tiket.

Mohd Syazwan Saaim, 25, berkata, dia tidak menyangka tindakannya yang hanya mahu membantu seorang rakan menjaga rombongan penyokong Harimau Selatan dari Pontian yang dikendalikan sebuah kelab penyokong disalah erti.

Menurutnya, dia diarahkan menjaga sebuah daripada empat bas yang terbabit dalam rombongan tersebut.

“Seramai 45 penyokong yang saya jaga di dalam bas itu kebanyakannya penduduk dari sekitar Benut. Selepas mengharungi perjalanan selama hampir lapan jam, tiket perlawanan yang dijanjikan kelab penyokong terbabit tidak diperoleh.

“Selain itu, hanya dua daripada empat bas yang sampai di Stadium Nasional Bukit Jalil, manakala dua lagi tersangkut dalam kesesakan lalu lintas,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Syazwan juga mendakwa, dia ada menghubungi penganjur program untuk bertanyakan status tiket perlawanan tersebut.

Malangnya, dia diberitahu tiket perlawanan tidak dapat diberikan.

“Saya terus memaklumkan perkara itu kepada penyokong, menyebabkan mereka mula berang dan ada juga yang memaki hamun sehingga hampir terjadi pergaduhan.

“Malah, ada yang mendesak supaya wang sebanyak RM90 yang telah dibayar bagi kos pengangkutan dan tiket dipulangkan segera,” katanya.

Mohd Syazwan berkata, bagaimana pun, situasi tegang itu berjaya dikawal dan penyokong terpaksa menyaksikan perlawanan berkenaan melalui layar skrin besar yang diletakkan di luar stadium.

Namun, apa yang dikesalkannya, sehingga kini dia terus dicari penyokong JDT yang menaiki bas dijaga meskipun sudah kembali ke daerah ini.
 
bahaya betul...

nak tolong tapi diri sendiri kene taik...
 
jadi mangsa pulak die..
bahaya.... pasal bola jadi gaduh
 
kes mamat yg roket duit dr bdk2 BOS tu pe cite eks???
 
kena getah dgn 3rd party scammer la ni..kesian bro ni..
 
benut bugis.. pengecut.. tak reti nak faham situasi.. tahunya guna kekasaran sahaja...

JDT tak perlukan supporter seperti gangster. Kesian la sikit kat bro ni..
 
benut bugis.. pengecut.. tak reti nak faham situasi.. tahunya guna kekasaran sahaja...

JDT tak perlukan supporter seperti gangster. Kesian la sikit kat bro ni..

benut bugis tu menda master ?! mohon pencerahan :D:D
 
rmi giler aritue yg xdpt masuk dlm stadium....kes kena kencing tiket xder..adoi....amik kesempatan btol la penganjur2 nie....
 
Back
Top
Log in Register