BTC USD 60,783.6 Gold USD 4,369.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Diberi RM2 tangkap kucing terbiar

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Anggota Jabatan Pertahanan Awam sedang memasukkan kucing yang berjaya ditangkap ke dalam kenderaan pacuan empat roda sebelum dihantar ke pusat penjagaan kucing.
< 1 / 2 >
DUNGUN - Lebih 1,000 penghuni flat Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Desa Bijangga kini lega apabila lebih 30 kucing terbiar yang dipercayai menjadi punca bau busuk najis di ruang anjung, ditangkap dalam operasi khas di flat tersebut, pagi kelmarin.

Operasi anjuran Kelab YPK Desa Bijangga itu bertujuan memastikan kucing terbiar ditangkap sebelum dihantar ke pusat penjagaan kucing, sekali gus dapat mengatasi masalah najis haiwan tersebut yang menjadi igauan penduduk.

Pegawai YPK Dungun, Siti Khatijah Sapei berkata, operasi memburu kucing itu diadakan sempena program gotong-royong membersih kawasan blok A dan B di rumah pangsa kos rendah berkenaan.

Menurutnya, operasi itu turut melibatkan anak-anak penghuni blok dan mereka yang berjaya menangkap kucing akan diberikan upah RM2 seekor.

“Ia adalah program julung kali dianjurkan dan mendapat sambutan menggalakkan.

“Dengan adanya operasi sebegini, kita harap tiada lagi kucing terbiar sehingga boleh mencemari kawasan kediaman penghuni,” katanya.

'Kami dapat cari duit lebih'

Bagi Ammar Suhaimi, 11, dia begitu seronok dapat menyertai program tersebut kerana selain dapat menangkap kucing terbiar, dia juga mendapat ganjaran wang tunai.

“Kalau acara tangkap kucing ini sentiasa diadakan pun bagus juga. Kami budak-budak ni dapat cari duit lebih untuk belanja sekolah,” katanya yang berjaya menangkap tiga ekor kucing.

Selain acara menangkap kucing, penduduk juga turut bergotong-royong membersih surau serta longkang yang dipercayai menjadi punca pembiakan aedes.

Teknik semburan air dengan bantuan teknikal daripada pihak bomba digunakan bagi memastikan air dapat mengalir deras dalam longkang yang sebelum ini tersumbat akibat sisa buangan seperti plastik dan tin kosong.

Bagi penduduk, mereka menyambut baik program gotong-royong seperti ini kerana ia dapat meningkatkan tahap kebersihan kawasan kediaman selain memupuk semangat kerjasama antara penghuni blok kediaman.

Pelihara kesejahteraan penghuni

Pengerusi Kelab Desa Bijangga, Ahmad Mahmood berkata, program tersebut dianjurkan pihaknya untuk memelihara kesejahteraan penghuni.

Bagaimanapun, beliau meminta agar semua penghuni dapat melibatkan diri dengan aktiviti dianjurkan dan tidak mengamalkan sikap mementingkan diri.

“Semua program yang kita anjurkan ini untuk kepentingan bersama, jadi kalau tiada kerjasama, ia tidak akan mencapai matlamatnya. Lagipun jika kawasan tempat tinggal kita bersih, kita pun dapat hidup selesa,” katanya.

Sementara itu, penghuni blok B, Wan Hamiza Wan Jusoh, 33, berkata, tahap kehidupan di kawasan berkenaan jauh lebih baik berbanding beberapa tahun sebelumnya.

Katanya, sejak flat itu diletakkan di bawah kawasan ‘Strategi Lautan Biru Kebangsaan’, banyak perubahan telah dilakukan kerajaan untuk menambah baik taraf hidup penghuni di situ.

“Kita harap semua penghuni dapat memelihara kesejahteraan hidup di sini dengan mengamalkan budaya hidup berkualiti. Segala kemudahan yang disediakan kerajaan kalau kita tidak menjaganya, kita juga yang akan rugi,” katanya.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/diberi-rm2-tangkap-kucing-terbiar-1.299658
 
Kucing comel2 camtu dia orang biarkan liar kat flat... sian kucing...
 
sebelum ni kalau tangkap tikus RM2...kucing pun sama gak
 
cehhh..tmpt2 maksiat yg maha busuk dr kucing2 ni bole plak dibiar b'maharajalela. kucing dicapati, maksiat dilindungi.
 
puncanya dr owner2 kucing, bila dah xnak jaga/bagi makan kucing...
startlah dorng buang kucing merata2....
 
bahaya ni tetiba je hilang kucing aku kang:D
 
kucing terbiar yg kena tangkap tu apa nasibnya...
 
Back
Top
Log in Register