BTC USD 60,554.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DiBayar RM4 Juta

PAS cabar Kickdefella dedah siapa bayar RM4 juta

Dewan Pemuda PAS Kelantan mencabar penulis blog Kickdefella, Syed Azizi Syed Abdul Aziz, mendedahkan siapa yang didakwanya membayar RM4 juta kepadanya untuk mewujudkan persepsi buruk terhadap bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan memastikan PAS kekal memerintah Kelantan.

“Bila dia (Syed Azidi) sebut terima RM4 juta, menjadi tanggungjawab dialah untuk mendedahkannnya. Ia daripada tulisannya. Kalau betul (dakwaannya), dedahkanlah,” cabar ketua penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari.

Selepas dipecat daripada Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) November tahun lalu oleh menantu menteri besar Kelantan, Abdul Ariffahmi Ab Rahman – peneraju PMBK ketika itu - Syed Azidi menjadi tumpuan kerana kerap mendedahkan pelbagai dakwaan 'kepincangan' dalam kerajaan pimpinan PAS itu.

Ahmad Fadhli berkata, pihaknya tidak tahu menahu mengenai dakwaan Syed Azidi dalam blognya semalam.

“Kami Pemuda PAS negeri tidak tahu menahu. Jadi kita akan bincangkan perkara ini dalam mesyuarat Dewan Pemuda yang akan datang.

“Kita tidak tahu perkara tersebut (isu peruntukan RM4 juta), mungkin pihak atasan tahu. Kita tidak tahulah,” kata beliau yang juga setiausaha akhbar menteri besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Ditanya bilakah dewan tersebut akan bermesyuarat, Ahmad Fahdli yang juga seorang pensyarah agama di sebuah kolej milik kerajaan negeri menjawab: “Dalam masa terdekat”.

Ahmad Fadhli yang dilantik sebagai setiausaha akhbar Nik Aziz sejak Februari lalu, diminta mengulas dakwaan Syed Azidi bahawa beliau (Syed Azidi) menerima peruntukan tersebut dalam tempoh tiga tahun bagi pelbagai aktiviti “Operasi Gerak Saraf”.

Menulis dalam blognya semalam, beliau yang juga digelar “Sheikh” di kalangan penulis blog, dilaporkan merujuk kepada kenyataan Ahmad Fadhli dan tulisan seorang lagi penulis blog – Abdul Rahman Talib (Tulang Besi) - yang didakwa menyifatkannya (Syed Azidi) sebagai 'seorang yang kecewa dan membuat pelbagai pembohongan'.

Dalam coretannya berjudul 'Saya yakin Nik Aziz akan kena dakwa – jawapan kepada S/U akhbar MB Kelantan dan Tulang Besi' semalam, Syed Azidi mencabar Ahmad Fadhli menyiasat perbelanjaan wang itu dan membuktikan sama ada ia digunakan bagi tujuan peribadi.

Sementara Abdul Rahman yang lebih dikenali sebagai “Tulang Besi” pula dicabar menyiasat dan mendedahkan nama individu yang membiayai aktiviti yang ditaja itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini ini, Ahmad Fadhli berkata Dewan Pemuda PAS Kelantan tidak akan melayan cabaran daripada seorang “penulis blog murahan”.

m/kini
 
"Saya ada bukti siapa yang memberikan peruntukan tersebut," dakwanya.

omong kosong dr cyber trooper umno
post belum sampai 400... datang CG sajer nak buat taik
anytime boleh cabut lari

klu ada bukti tunjukkan jerr lah
takye main cakap2
 
omong kosong dr cyber trooper umno
post belum sampai 400... datang CG sajer nak buat taik
anytime boleh cabut lari

klu ada bukti tunjukkan jerr lah
takye main cakap2

kau pun perasan gak ek apa yang aku perasan..ramai gak posting yang tak lebih 1k, dok menyalak segala...pelik gak pertambahan mereka umpama cendawan lepas ujan...geng2 mykemut kah?atau.....mynes?ayob? geng2 panas cg dulu?:-?
 
Hangin punya pasal ungkit pasal posting tak sampai 1000 pun jadilah:">
APa UMNO jugak salah . Padahal sesama geng yg gadoh. Dulu bukan main lagi dok puji si kickdafella nih:">
 
kau pun perasan gak ek apa yang aku perasan..ramai gak posting yang tak lebih 1k, dok menyalak segala...pelik gak pertambahan mereka umpama cendawan lepas ujan...geng2 mykemut kah?atau.....mynes?ayob? geng2 panas cg dulu?:-?

Org lain keje cari mkn makmurkan negara...Bukan 24 jam mengadap PC. Bukan ny cyber troooper ke pebenda nya. Juak2 PR je yg kutuk, tuduh mcm2...

Kitog bkn mcm kamu, 24 jam xde mslh dduk bertapa dlm CG ni, pastu bangga dgn post >1k... Sebulan register pun boleh post >1k, dgn post benda x b'faedah, mencarut yg byknya... Byk keje lain blh dibuat.

:)
 
Hangin punya pasal ungkit pasal posting tak sampai 1000 pun jadilah:">
APa UMNO jugak salah . Padahal sesama geng yg gadoh. Dulu bukan main lagi dok puji si kickdafella nih:">

Kalo ikutkan , kamu Federa lagi senior dr fido1... Junior naik tocang coz byk posting. :eek::eek:

Pemuda PAS x tahu & minta Kick dedahkan coz Kick yg mula kan? Apa yg Pemuda PAS tahu?? X kan x wat keje, duduk diam & pandai kutuk aje... Ke leka bangga dgn jawatan sampai lupa nk buat keje sbg Pemuda?. Siasat la...! #:-S#:-S
 
Tolong gunakan bahasa yang elok. Jangan insult each others. Kalau kita dapati ada yang berdegil tindakan permanent ban akan dikenakan tanpa amaran.
 
Org lain keje cari mkn makmurkan negara...Bukan 24 jam mengadap PC. Bukan ny cyber troooper ke pebenda nya. Juak2 PR je yg kutuk, tuduh mcm2...

Kitog bkn mcm kamu, 24 jam xde mslh dduk bertapa dlm CG ni, pastu bangga dgn post >1k... Sebulan register pun boleh post >1k, dgn post benda x b'faedah, mencarut yg byknya... Byk keje lain blh dibuat.

:)

den lima taun dalam ni .. baru nak 1k ..

:p :D
 
pasal posting bape byk pun jadi isu ka
 
5dalang.JPG

Geng 5 dalang RM4 juta

KOTA BHARU - Penulis blog, Kickdefella, semalam mengesahkan telah pun mendedahkan nama lima individu terlibat menyalurkan peruntukan RM4 juta kepadanya untuk operasi gerak saraf bagi mewujudkan persepsi buruk terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan mengekalkan pentadbiran Pas di negeri ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kickdefella atau sebenarnya, Syed Azidi Syed Abdul Aziz berkata, beliau berbuat demikian sewaktu memberikan kenyataan kepada suruhanjaya itu dua hari lalu.

Katanya, senarai ’Geng 5’ tersebut ialah seorang Exco Kerajaan Negeri Kelantan, seorang ahli majlis kepada sebuah kerajaan tempatan di negeri ini, pengarang sebuah akhbar propembangkang, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan dan pemimpin Dewan Pemuda Pas Kelantan.

Menurutnya, peruntukan itu disalurkan melalui syarikat perunding media, Global Media Channel Sdn Bhd (GMC) yang beribu pejabat di Jalan Kota Darul Naim dekat sini dan mula menjalankan operasinya pada Julai 2007.

Syed Azidi berkata, sumbangan terbanyak diperoleh daripada ahli majlis terbabit bermula Julai 2007 sehingga November 2008 yang dianggarkan berjumlah lebih kurang RM2.66 juta.

“Urus niaga ini dilakukan ahli majlis terbabit ini dan pemilik bangunan setelah ianya dipilih saya sendiri antara Mei sehingga Julai 2007.

“Jumlah yang sama juga diberikan peguam ini di antara Mac sehingga Mei 2008 untuk membayar hutang pilihan raya GMC. Kesemua wang ini dibayar kepada seorang pemilik syarikat percetakan,” katanya.

Menurutnya, daripada sumbangan itu, sebanyak RM1.2 juta digunakan untuk membeli sebuah bangunan empat tingkat yang dijadikan pusat operasi GMC.

Bangunan itu diletakkan di atas nama sebuah yayasan yang turut memuatkan sebuah studio kedap bunyi, pusat operasi media dan ICT serta ruang pejabat.

“Sejumlah RM160,000 diberikan secara tunai pada 17 September 2008 kepada salah seorang pengarah syarikat ini dan seorang individu ketika saya berada dalam tahanan polis untuk membayar kos operasi bulanan GMC dan Pas TV manakala baki RM100,000 diberikan kepada saya pada November 2008 untuk operasi GMC,” katanya.

Sebelum ini, Exco Kanan Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa menempelak Syed Azidi di blognya kerana mendakwa menerima wang sebanyak RM4 juta untuk menjalankan operasi gerak saraf bagi mewujudkan persepsi buruk terhadap kepimpinan Abdullah dan memastikan Pas menewaskan Barisan Nasional (BN) di Kelantan.

Namun, Syed Azidi mendakwa Husam mengetahui operasi yang dijalankan oleh syarikat terbabit.

Katanya, penyumbang kedua terbesar ialah dari bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan sebanyak RM1.28 juta yang dibuat melalui sebuah syarikat di antara Mei 2007 sehingga Januari tahun lalu.

Katanya, kesemua wang itu diserahkan di tiga tempat berasingan iaitu di pejabat GMC, kediaman Syed Azidi, di Demit, di sini dan tempat meletak kereta Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

“Untuk permulaan beliau menyerahkan sebanyak RM500,000 untuk pengubahsuaian dan pembelian perabot bagi GMC dan RM150,000 untuk pembelian peralatan ICT secara tunai tetapi berperingkat-peringkat di antara Mei 2007 sehingga Mac 2008.

“Baki RM630,000 lagi untuk operasi dan kerja-kerja GMC diberi secara tunai berperingkat-peringkat dari Disember 2007 hingga Januari 2009,” katanya.

Menurutnya, di antara Jun hingga Ogos 2007 beliau diserahkan wang sebanyak RM350,000 secara tunai dan cek untuk membeli peralatan penggambaran bagi kegunaan operasi GMC oleh seorang pengarang akhbar propembangkang namun tidak pula dinyatakan berapakah jumlah wang yang diterima daripada pimpinan Dewan Pemuda Pas negeri.

“Saya juga menerima wang daripada exco terbabit sebanyak RM40,000 secara tunai di tempat letak kereta hadapan pintu masuk orang kenamaan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra persediaan untuk persediaan mewujudkan GMC di antara Jun hingga Julai 2007,” katanya.

Bagaimanapun, kesemua lima nama terbabit gagal dihubungi semalam bagi mendapatkan penjelasan.

Menurutnya, SPRM juga dikatakan telah menyita sebuah telefon bimbit milik bekas Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan itu kerana mempunyai beberapa pesanan khidmat ringkas (SMS) mengenai penyumbang serta arahan yang diberikan kepadanya.

Suruhanjaya itu juga dikatakan mengambil lima kamera dan beberapa peralatan lain yang dibiayai dari wang tersebut malah agensi itu dijangka akan menyita lebih banyak harta, aset dan dokumen serta akan menahan beberapa individu yang terlibat. - Sinar Harian
 
Back
Top
Log in Register