BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,478.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Diarah keluar stor

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
MASJID TANAH: Selepas menolak pelawaan seorang wanita untuk tinggal di rumah kosong miliknya di Solok Air Batu, di sini, nasib seorang warga emas kini dirundung malang apabila dilanda kontroversi berikutan ada pemimpin masyarakat enggan membenarkannya menetap di stor itu.

Harian Metro cuba mendapatkan reaksi pemimpin terbabit, tetapi beliau nyata berang dengan kerenah Abd Hamid Md Tahir, 55, yang didakwa memberi imej buruk di mata masyarakat akibat tindakannya menetap di stor berkenaan sehingga mendapat liputan meluas akhbar ini.

Menurutnya, warga emas itu seharusnya menetap di rumah kakaknya yang tidak jauh dari masjid berkenaan seperti sebelum ini, malah tidak wajar dia berselisih faham dan membawa diri sehingga menghuni di stor sempit terbabit.

Katanya, kedegilan bapa lima orang anak itu menyebabkan dia menghadapi kesusahan dan kepayahan dalam menjalani kehidupan harian tanpa mendapat perhatian masyarakat.

“Berikutan itu, saya mahu dia meninggalkan stor itu dan kembali ke pangkuan keluarganya secepat mungkin. Jika tidak, dia boleh menetap di mana-mana saja yang dia suka termasuk di rumah penduduk yang mempelawanya tinggal atau di rumah kebajikan berhampiran.

“Saya juga mempunyai hubungan persaudaraan dengannya dan apa yang saya harapkan dia kembali kepada kakak kandungnya bagi memudahkan urusan hariannya walaupun dia mendakwa tidak dipeduli anak,” katanya.

Beliau berkata, segala usaha sudah dilakukan termasuk mendapatkan bantuan bulanan sebanyak RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri sebelum ini, malah pihaknya turut memberi perhatian dan mengambil berat nasib warga emas berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, keengganannya menetap bersama kakaknya menimbulkan kemusykilan kepada beliau dan ahli jawatankuasa lain berikutan tidak mahu bekerjasama dengan saudara kandungnya itu.

Sementara itu, Abd Hamid ketika mengulas kenyataan berkenaan, berkata apa hak pemimpin terbabit mahu mengarahkannya keluar dari masjid berkenaan berikutan jawatankuasa masjid tidak pernah melarang dan membantah hasratnya menetap di situ.

Tambahan pula, katanya, jawatankuasa masjid itu sendiri mempelawanya tinggal di situ sambil boleh menjaga kebersihan persekitaran kawasan masjid bersejarah itu.

Menurutnya, dia tidak akan keluar dari stor itu walaupun diarah pemimpin terbabit sambil enggan bercerita lebih lanjut alasan meninggalkan rumah kakaknya kerana terlalu peribadi ditambah pula anak-anak tidak menghiraukan kehidupan hari tuanya yang penuh kesepian, kesunyian dan kesedihan.

“Biarlah masyarakat memandang rendah kehidupan ini berikutan saya sedar segala ketentuanNya yang terpaksa dihadapi dengan reda dengan apa yang dilalui penghujung usia walaupun tetap mengharap anak-anak datang menjengah,” katanya.

Harian Metro pada Isnin lalu melaporkan derita Abd Hamid yang menghuni stor sempit tanpa kemudahan asas sebaliknya hanya tidur beralas tikar usang dan bantal busuk.

Tanpa sebarang peralatan mewah mahupun cawan dan periuk, lelaki itu menghuni bilik kecil itu selepas mendapat persetujuan daripada salah seorang penjaga masjid dengan diberi upah RM50 sebulan untuk menjaga masjid lama itu, selain turut mendapat bantuan RM300 sebulan.

Dia yang tidak bekerja hanya membersihkan kawasan masjid dan kubur lama serta menanam beberapa batang pokok cili bagi mengisi masa lapang.

Apabila laporan itu tersiar, seorang wanita, Shamsiah Yaakob dari Kuala Lumpur tampil untuk menghulur tawaran supaya menetap di rumah kosong miliknya, tetapi ditolak dengan baik oleh warga emas terbabit.
 
Back
Top
Log in Register