balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Khairul Anwar kini terlantar di hospital akibat kemalangan 20 November lalu.
HULU TERENGGANU - Lujnah Kebajikan Pondok Darul Tauhid dengan kerjasama Gabungan Pelajar dan Bekas Pelajar Pondok Dun Telemong (GBPPT) melancarkan kutipan derma bagi membantu seorang pelajar pondok ditimpa kemalangan jalan raya 20 November lalu.
Ketua Kebajikan Pondok Darul Tauhid, Ahmad Ridhuan berkata, kutipan derma itu bagi membantu meringankan beban kewangan pelajar tersebut, Khairul Anwar Muhammad, 22, dan keluarganya terutamanya untuk menampung kos rawatan.
Menurutnya, pelajar yang tinggal di Kampung Baung ini kehilangan bapa tiga tahun lalu dan merupakan anak bongsu daripada 10 beradik.
"Sebelum kemalangan dia sedang dalam tempoh cuti untuk bekerja bagi menampung kosnya belajar di Pondok Addiniah Langkap, Setiu.
“Ketika menunggang motosikal ke tempat kerja di Kampung Basung mengambil upah memotong rumput, pelajar ini terlibat dalam kemalangan di Kampung Pasir Simpul setelah sebuah kereta dari arah bertentangan terbabas," katanya.
Ahmad berkata, sehingga kini pelajar itu masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu setelah alami kecederaan parah termasuk patah kedua-dua belah tangan, paha dan pinggang serta masalah kerosakan pundi kencing.
“Atas rasa prihatin dan tanggungjawab, pihak Lujnah Kebajikan Pondok Darul Tauhid dengan kerjasama GBPPT terpanggil melancarkan kutipan derma kilat.
"Difahamkan, kos agak tinggi diperlukan untuk tampung kos pembedahan memasukkan besi di bahagian yang patah,” katanya.
Katanya, bagi tujuan tersebut pihak pondok bersetuju menggunakan akaun kebajikan Pondok Darul Tauhid selama sebulan bermula 22 November hingga 22 Disember depan untuk disumbangkan kepada pelajar tersebut.
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Pondok Darul Tauhid bernombor 5630 3706 1076 (Maybank) dan sebarang pertanyaan boleh hubungi 013-9953716.
“Pelajar ini seorang yang baik, ringan tulang dan sering mencurahkan khidmat dalam program anjuran Pondok Darul Tauhid. Demi ilmu agama, dia (Khairul Anwar) membuat giliran dengan abangnya bagi belajar serta bekerja untuk menampung kos belajar di pondok.
“Jika abangnya belajar, dia akan ambil cuti untuk pulang bekerja di samping menjaga ibunya dan begitu juga dengan abangnya,” katanya.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/derma-untuk-pelajar-pondok-1.591320