BTC USD 81,583.5 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Derhaka kepada Ibu Bapa

talibanes

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
12,991
Joined
Aug 18, 2011
Messages
12,991
Reaction score
1,852
Points
191
ibu.jpg


"Allah berfirman, "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah." (al-Ahqaf: 15)

Nabi saw. bersabda, " Redha Allah bergantung pada redha ibu bapa kamu dan murka Allah bergantung pada murka ibu bapa kamu." (HR al-Hakim)

Allah berfirman, "Allah melarang kamu daripada menyembah selain kepadaNya dan menyuruh supaya kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu maka janganlah kamu mengatakan kepada keduanya "ahh" dan janganlah kamu membentak mereka tetapi ucapkanlah kepada mereka dengan perkataan yang mulia. (Al- Isra': Ayat 23)

Nabi saw. bersabda, "Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kalian berbuat derhaka kepada ibu kamu". (HR Bukhari no: 5975 Kitab al-Adab)

Dari Abu Bakrah ra., Nabi saw. bertanya, "Mahukah aku beritahu kalian dosa terbesar dari dosa-dosa besar ?" (1) Mempersekutukan Allah. (2) Derhaka kepada ibu atau bapa. (3) Membuat kesaksian palsu. (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, "Semua dosa akan ditangguhkan pembalasan sampai nanti hari kiamat, kecuali derhaka kepada ibu atau bapa, maka sesungguhnya Allah akan segerakan pembalasan kepada pelakunya dalam hidupnya (di dunia) sebelum dia meninggal dunia." (HR Hakim)

Nabi saw. bersabda, "Ada tiga orang yang tidak akan masuk syurga: 1) orang yang derhaka kepada ibu bapanya. 2) lelaki yang dayus. 3) perempuan yang menyerupai laki-laki." (HR Nasa'i, Bazzar dan Hakim)


 
peringatan untuk anak2..walaupun berlainan agama..lagilah kalu sesama agama..
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Dosa Besar Menderhaka Kepada Ibu bapa

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْكَبَائِرِ قَالَ الْإِشْرَاكُ بِاللَّهِ وَعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ وَقَتْلُ النَّفْسِ وَشَهَادَةُ الزُّورِ

Daripada Anas radliallahu 'anhu berkata; Nabi SAW ditanya tentang dosa-dosa besar. Maka baginda bersabda: "Menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua orang tua, membunuh orang dan bersumpah palsu". (HR Bukhari No: 2459) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Dosa besar ialah kesalahan yang dijanjikan azab yang pedih jika pelakunya tidak melakukan taubat nasuhah hingga diampunkan dosanya oleh Allah.

2. Antara dosa besar tersebut:

a. Syirik kepada Allah
b. Derhaka kepada kedua ibu bapa
c. Membunuh
d. Bersumpah dengan sumpah palsu

3. Setiap anak tidak boleh menyakiti kedua ibu bapaknya, baik dengan perkataan, tindakan mahupun perbuatan, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

4. Berbuat baiklah kepada kedua ibubapa. Firman Allah SWT:

وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

“Dan hendaklah kamu merendahkan diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” al-Isra’:24

Derhaka kepada ibu bapa merupakan dosa besar kedua selepas dosa perbuatan syirik. Semoga kita menjauhi dosa-dosa besar ini.

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

31hb Dis. 2023
18hb Jamadil Akhir 1445H
 
1000784274.jpg


❇️ 𝐇𝐀𝐃𝐈𝐒 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐈𝐍𝐈 ❇️

⚖️ Dosa Besar

Rasulullah ﷺ bersabda:
"Dosa besar adalah syirik kepada Allah, derhaka kepada ibu bapa, membunuh tanpa hak, dan kesaksian palsu." (HR Bukhari)

🚨 Jauhi dosa besar, dekatkan diri dengan Allah.

#IndahnyaIslam
#HadisHariIni
#UmmahFadhilah
 
Back
Top
Log in Register