BTC USD 86,522.6 Gold USD 4,364.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

denggi

mcmn plk kesan karbonat terhadap kesihatan bdn kita......

Itu masalahnya..karbonat hanya sebagai penambah perasa. Sudah tentu karbon dioksida yang disingkirkan oleh badan adalah bahan buangan yg tak diperlukan dan mengambil minuman berkarbonat bermakna menambah bahan buangan dalam badan. Tapi skrg ada air isotonik yg tidak berkarbonat.
 
IMG_20220627_121735_303.jpg

Tanda-tanda penyakit denggi adalah seperti
❗️ Demam kuat yang mengejut
❗️ Demam yang berlanjutan
❗️ Ruam merah di kulit
❗️ Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot sendi-sendi dan biji mata
❗️ Pendarahan di bawah kulit


#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#denggi
#sihatmilikku
 
Ini pnglaman den kne denggi.

Tiba2 demam kat opis ari jumaat pagi, 17/05/24. Badan rasa sejuk walau dah pakai jeket + sweater, aircond tutup. Tgh hari dah rasa kepala berat dan melayang. Makan pon xde selera.

Amik half day, nak pi panel klinik kat sengkang, sampai2 doc dah balik pulok..nurse suh pi beduk. Sampai beduk, palang parking plak xnak angkat, kata autopass den error.

Ujian bertingkek tingkek, so den pon balik la jb, sepanjang perjalanan dgn kepala tgh high tu. Den hanya berselawat,
اللهم صل على محمد و آل محمد
Terus terang den mmg tgh mamai tahap dewa. Hanya teruskan perjalanan sambil selawat dan tawakal.

Alhamdulillah den selamat sampai kerumah, mandi trus tdo. Bgn2 kepala senoneng. Solat pon guna kerusi, takut den tumbang.

Ptg skit den pi klinik, suhu 37.7. amik darah, sel darah putih den 7.5. bermacam2 ubat yg den dapat, sume den makan ikut jadual. Sampai ahad masih sama keadaan den. Dlm sehari tu demam on off byk kali.

So ahad den pi Klinik gomen lak. Suhu 38 Amik darah lagi, sel darah putih den turun jadi 4.5. so doc suspek denggi, tp depa kehabisan kit denggi. Jadi den kene datang semula ari isnin utk amik lg darah.

Darah putih stable, 4.5 juga. Den mintak dia surat utk refer hospital private. Dia kata dia tak wat lak. Pastu dia kata kes den takyah masuk wad. Pastu den nak buat apa, demam tak sembuh2. Camno den nak keje.

Den pon direct pi columbia sendiri. Nak mintak warded. Lps dah check ngan nurse, dia kata nak test influenza. Den takut tak warded, tak pasal kene bayar sendiri haha. So den ckap tunggu warded baru test..dia kata ok.


Den mintak warded isnin 20/5/24 ari selasa 21/05/24 baru dpt warded. Ada kes skit antara takaful den ngan columbia. Agen den bertekak ngan staff columbia 😂. Lantak kome le, janji den dpt warded je. Den patut layak bilik single. Tp nk tunggu lambat. So amik jela katil dua org.

Ari pertama kat hospital (total demam hari ke-5) , amik test influenza ( cucuk idung mcm covid), xray, sample air kencing. Doc cuma ckap mgkn virus, influenza negetif. Demam den masih tak kebah2, mlm x bole tdo. Sejam skali bgn, kesejukkan. Dgn dpt partner pure dari China. Malam tak reti tutup lampu. Gila btoi. Kol 5 pagi baru dia tutup lampu. Selera makan ilang, makan sume suku2 je. Dari hari pertama kene smpai hari ke 5 tu.

Hari ke-2 dihospital. Pagi2 buta kene amik darah utk test denggi plak. Kebabooom, positif denggi. Dpt la sudah jawapan penyakit yg den alami. Alhamdulillah demam sudah semakin ok pada total jumlah hari ke-6 ni. Bdan tak sejuk, cuma tiap kali bgn dari katil, kepala pusing. Dan selera makan masih takdak lg.

Nnt den hapdet lg.. masih sedang menjalani pemulihan di hospital. Esok pagi kne amik darah lg.
 
Den tgh lalui fasa selera makan tak brp ada lagi..

Dan badan rasa sakit2..tp masih bole jalan, drive, ride.. kira ok dah la tu. Tgk brp lama amik masa utk pulih seperti sedia kala.
 
aku kene denggi langsung tak boleh bangun, tak boleh bukak mata, tak makan tak minum
sbb makan or minum sikit terus muntah, muntah plak mmg sakit giler la so aku mmg tak makan and minum
 
aku kene denggi langsung tak boleh bangun, tak boleh bukak mata, tak makan tak minum
sbb makan or minum sikit terus muntah, muntah plak mmg sakit giler la so aku mmg tak makan and minum
Denggi ni nyamuk sama spesis je kan? Ke ada lain2 jenis gak.

Kesan dia yg ikut individu punya antibodi ek?
 
Back
Top
Log in Register