BTC USD 86,592.4 Gold USD 4,156.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dengan nama Allah kami mula membaca

potensipips

Active Member
Messages
1,515
Joined
Mar 6, 2011
Messages
1,515
Reaction score
201
Points
33
Dengan nama Allah kami mula membaca

Dengan nama Allah kami mula membaca,
Segala rahmat bagi tuhan kami,
Rahmat dan keselamatan,bagi nabi kekasih kami.

Ya Allah tuhan kami,
Engkau tujuan kami,
RedhaMu yang kami cari,
Di dunia dan di akhirat kami.
Wahai yang maha pengasih,yang maha penyayang,
Wahai yang maha berkuasa,yang maha suci,
Wahai yang maha sejahtera,yang maha terpecaya,Wahai yang maha memelihara,yang maha perkasa.

Wahai yang kehendaknya tidak diingkari.
yang memiliki kebesaran,
Wahai yang maha mencipta,
yang mengadakan dari yang tiada,
Wahai yang membuat bentuk,yang maha pengampun,
Wahai yang maha perkasa,yang maha pemberi.

Wahai yang maha pemberi,yang maha pembuka,
Wahai yang maha mengetahui,yang maha menyempitkan,
Wahai yang maha melapangkan,yang merendahkan,
Wahai yang maha meninggikan,yang memuliakan.

Wahai yang menghinakan,yang maha mendengar,
Wahai yang maha melihat,yang memutuskan hukuman,
Wahai yang maha adil,yang maha lembut,
Wahai yang maha mengetahui,yang maha penyantun.

Wahai yang maha agung,yang maha pengampun,
Wahai yang maha menerima syukur,yang maha tinggi,
Wahai yang maha besar,yang maha memelihara,
Wahai yang maah memelihara,yang maha mencukupkan.

Wahai yang maha luhur,yang maha mulia,
Wahai yang maha mengawasi,yang maha memperkenankan,
Wahai yang maha luas,yang maha bijaksana,
Wahai yang maha mencintai,yang maha mulia.

Wahai yang membangkitkan,yang maha menyaksikan,
Wahai yang maha benar,yang maha mewakili,
Wahai yang maha kuat,yang maha kukuh,
Wahai yang maha melindungi,yang maha terpuji

Wahai yang maha menghitung,yang maha memulakan,
Wahai yang maha mengembalikan,yang maha menghidupkan,
Wahai yang maha mematikan,yang maha hidup,
Wahai yang maha berdiri sendiri,yang maha menemukan.

Wahai yang maha mulia,yang maha tunggal,
Wahai yang maha esa,yang maha diperlukan,
Wahai yang maha kuasa,yang sangat berkuasa,
Wahai yang mendahulukan,yang mengakhirkan.

Wahai yang pertama,yang terakhir,
Wahai yang maha nyata,yang maha tersembunyi,
Wahai yang maha memerintah,yang maha tinggi,
Wahai yang maha dermawan,yang maha menerima taubat.

Wahai yang maha mengancam,yang maha pemaaf,
Wahai yang maha melimpahkan kasih,yang maha menguasai,
Raja yang maha berdaulat,pemilik keluhuran dan kemuliaan.

Wahai yang maha adil,yang maha menghimpun,
Wahai yang maha kaya,yang memberi kekayaan,
Wahai yang maha mencegah,yang memberi derita,
Wahai yang memberi manfaat,yang maha memberi cahaya.
Wahai yang maha memberi petunjuk,pencipta pertama,
Wahai yang maha kekal,yang maha mewarisi,
Wahai yang maha tepat tindakannnya,yang maha penyabar,
Yang memulakan,yang maha agung,itulah sebutannya.
 
Attachments

  • 31.5 KB Views: 108
tak silap aku , perkataan bismillah bermula ketika nabi sulaiman mengutus surat kepada puteri balqis ...ada disebutkan dalam al quran

27_30.png

Sesungguhnya surat itu, dari Sulaiman dan sesungguhnya (isi) nya: 'Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. (surah an naml ayat 30)
 
DENGAN nama ALLAH......moga kita sentiasa zikir..dan asma Allah sentiasa berdengung di dalam hati,,,
 
tak silap aku , perkataan bismillah bermula ketika nabi sulaiman mengutus surat kepada puteri balqis ...ada disebutkan dalam al quran

27_30.png

Sesungguhnya surat itu, dari Sulaiman dan sesungguhnya (isi) nya: 'Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. (surah an naml ayat 30)

tak boleh thanks pulak..thanx share pasal ni
 
tak silap aku , perkataan bismillah bermula ketika nabi sulaiman mengutus surat kepada puteri balqis ...ada disebutkan dalam al quran

27_30.png

Sesungguhnya surat itu, dari Sulaiman dan sesungguhnya (isi) nya: 'Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. (surah an naml ayat 30)

Islam telah wujud sekian lama..
Masyarakat jahilliyah pun sudah mula melakukan tawaf tetapi kekalutan pada masa itu menyebabkan Nabi s.a.w kebingungan sehingga terturunnya ayat yg pertama.
 
Islam telah wujud sekian lama..
Masyarakat jahilliyah pun sudah mula melakukan tawaf tetapi kekalutan pada masa itu menyebabkan Nabi s.a.w kebingungan sehingga terturunnya ayat yg pertama.
aku ada tengok halaqah tv9 , bahawa islam tu dah lama wujud sejak dari nabi adam dan hawa , daripada adam maka terlahirlah keturunan berpasangan begitu banyak sekali ...katanya dari pada adam juga lahirnya seorang nabi syekh,dan selepas itu nabi idris dan sesudah itu nabi nuh ...ustaz tu kata lagi sejak nabi syekh
dan nabi idris wujud dibumi ini,umat manusia semua taat kepada allah ..dan apabila nabi nuh lahir ..umat manusia semakin menjauh diri daripada allah ..mereka menjadikan orang orang soleh untuk di puja puja di kaabah ..dalam surah nuh ayat 23 ada menceritakan nama nama orang soleh yang mereka puja puja selain daripada allah iaitu Wadd, dan Suwaa', dan Yaghuth, dan Ya'uuq, serta Nasr.

"Dan (ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: `Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, dan Suwaa', dan Yaghuth, dan Ya'uuq, serta Nasr.
 
Last edited:

terima kasih infonya:)cgrock:)cgrock
 
Back
Top
Log in Register