BTC USD 60,704.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dengan budak bolehlah kau...

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
xpix_gal1.pagespeed.ic.Gw9kHsdzSR.webp


Kuala Lumpur: Gara-gara didakwa terlanggar motosikal diparkir hingga tumbang, seorang kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU) bisu, bermasalah pendengaran dan jantung berlubang berumur lapan tahun dipukul pemilik motosikal berkenaan iaitu seorang lelaki berusia 49 tahun dalam kejadian di Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pekan Batu 5, Jalan Ipoh, di sini, kelmarin.

Mangsa, Muhammad Azmeen Mustama ditemui ibunya, Rosmiha Karim, 45, dalam keadaan ketakutan dan menangis di koridor flat itu jam 5.20 petang.


Rosmiha yang ditemui di Klinik Otorinolaringologi (ORL) Hospital Kuala Lumpur (HKL) ketika membawa mangsa mendapatkan rawatan pakar berkata, pada mulanya dia terdengar bunyi kekecohan di pekarangan bawah flat dan disangkakan orang bergaduh.

“Ketika itu saya, suami dan anak sulung berehat di ruang tamu rumah kami di tingkat satu. Walaupun menyangka bunyi kecoh itu bunyi orang bergaduh, tetapi saya rasa tak sedap hati sebab anak bongsu saya tiada di rumah.


“Saya menjenguk dari atas dan terdengar suara lelaki memarahi seseorang yang lain, namun tak jelas siapa. Kemudian saya turun dan alangkah sedih melihat anak istimewa saya menyorok di koridor dalam keadaan takut dan menangis teresak-esak.


“Dengan menggunakan bahasa isyarat, anak saya memberitahu dipukul di kepala serta telinga kiri dan terdapat bekas kemerahan di bahagian itu,” katanya.

Katanya, seorang jiran wanita kemudian datang kepadanya menyatakan dia melihat kejadian itu, tetapi tidak berani membantu kerana lelaki yang memukul kanak-kanak itu bengis.


Rosmiha berkata, dia bimbang kejadian itu boleh menyebabkan kecederaan serius kepada anaknya kerana tempat dipukul pernah dibedah dua kali akibat masalah pendengaran.

Menurutnya, Muhammad Azmeen juga penghidap jantung berlubang dan dibedah di Institut Jantung Negara (IJN) pada 2006 untuk dipasang alat khas menutup lubang di jantungnya.


Sehubungan itu, Rosmiha dan suaminya, Mustama Chanan Din, 62, membuat laporan di Balai Polis Jinjang.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu berkata, pihaknya menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan masih menunggu laporan penuh daripada hospital.


sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2013072301215120130723012151/Article/index_html
 
dengan budak pun nak berkira,aku x rasa mamat tu bengis tapi selenge
 
harap umur je 49tahun,perangai mcm budak2 mat rempit..
 
Salaam.

Kesian, setengah abad dah umur tapi perangai....



Kita anak sedara mengamuk pun kita senyum jer.

Budak2 kan...belum ada akal.

Sayang kanak2.
 
8 tahun vs 49 tahun.

aku budak nakal sangat neh cubit je sampai nangis.

takde lar sampai pukul macam bergaduh.
 
cari je brader yang pukul budak tu. pukul dia balik sampai patah2. Bebudak pun nak ngamuk sesuka hati. Akai tadak ka?
 
umor 49 pon masih takde akal. bengap punya orang
 
20 tahun lagi...budak tu umur 28, org tu 69( tua bangka jentik pun rebah)...ko gi balas dendam plak
 
Back
Top
Log in Register