BTC USD 63,305.0 Gold USD 4,446.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dendam balun alu lesung

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KOTA BHARU: Seorang duda menerima lebih 20 jahitan di kepala dan mulut selepas dihentak dengan alu lesung batu oleh adik tirinya ketika mengambil wuduk di bilik air rumahnya di Kampung Bagus, dekat Rantau Panjang, malam kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 7.30 malam itu, mangsa, Mokhtar Alwi Che Ismail, 43, sedang bersiap untuk solat Maghrib sebelum didatangi adik tirinya berusia 28 tahun yang menyerangnya menggunakan objek keras itu.


Akibat kecederaan parah di kepala dan mulut, mangsa dikejarkan ke Hospital Pasir Mas sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan lanjut.

Adik mangsa, Nafsiah, 39, berkata, ketika diserang, abangnya hanya mampu menjerit kesakitan sebelum jeritan didengari ibunya, Asmah Abdullah, 60, yang sedang menunaikan solat Maghrib. Katanya, apabila selesai solat Maghrib, ibunya yang tinggal di rumah bersebelahan terkejut melihat keadaan abangnya yang berlumuran darah. “Saya langsung tidak menyangka kejadian itu akan berlaku kerana hubungan abang dan adik tirinya selama ini baik. “Bagaimanapun saya difahamkan adik tiri abang sanggup menyerang menggunakan alu lesung batu kerana tidak berpuas hati kerana perselisihan faham,” katanya ketika ditemui di HRPZ II, semalam.


Menurutnya, abangnya baru pulang ke rumahnya seminggu lalu selepas beberapa hari tinggal bersama ibu saudaranya di Pasir Mas.


“Abang berpisah dengan isterinya sejak 17 tahun lalu dan tinggal bersendirian di rumahnya yang terletak bersebelahan dengan rumah ibu.

“Saya mengetahui abang dipukul ketika berada di rumah di Ketereh. Sehingga hari ini saya masih terkejut dengan kejadian itu,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Menurutnya, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah dengan menggunakan benda berbahaya.


“Berhubung kejadian itu, kita sudah menahan seorang lelaki berusia 28 tahun bagi membantu siasatan kes berkenaan,” katanya.



sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Dendambalunalulesung/Article/index_html
 
Alamak Salah Tajuk n Artikel lagi si TT nie.
 
tu la pasal...
tajuk x kena ngn artikel ni.. hehehe
 
senyummmm....tak perlu kata apa-apa....senyum...
 
aku ingat kena pukul sebab sijil sakit palsu yg kantoi....alohaa
 
Back
Top
Log in Register