BTC USD 60,796.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Den Wahab undi di Bagan Datuk

my360cam

Active Member
Messages
1,625
Joined
Oct 6, 2017
Messages
1,625
Reaction score
65
Points
30
image.jpg


Pelakon Den Wahab , 55, tidak ketinggalan melaksanakan tanggungjawab mengundi pada PRU14 di Pusat Mengundi Madrasah Manbail Ulum di Sungai Nipah di Parlimen Bagan Datuk, pagi tadi.

Menurut Den walaupun menetap di Kuala Lumpur, dia memilih mengundi di Bagan Datuk kerana terlibat dalam pelbagai urusan perniagaan yang menyebabkannya sukar mengundi di ibu negara.

“Saya mula berniaga di sini awal tahun 2000 tetapi saya buat keputusan mengundi di sini sejak dua PRU lepas iaitu pada 2008 dan 2013.

“Saya telah berada di sini selama 10 hari atas urusan kerja dan sememangnya mengikuti perkembangan politik di sini,” katanya selepas mengundi di sini sekitar jam 10.30 pagi tadi.

Den Wahab atau nama sebenarnya Zaharuddin Abdul Wahab yang alamat perniagaannya di Kampung Sungai Nipah berkata setiap pengundi perlu mengenali calon yang bertanding sebelum membuat keputusan untuk memilih.

Beliau hadir mengundi bersama isterinya Norasyikin Bustamam, 45, dan anak perempuannya Batrisyia Baqis Zaharuddin, 23.
 
Back
Top
Log in Register