eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUALA LUMPUR: Dilihat sekali imbas, ia tidak ubah seperti gincu berjenama mahal, namun agak mengejutkan apabila produk berwarna keemasan itu sebenarnya penyembur cecair bius yang digunakan khusus membuatkan lelaki mampu beraksi sepanjang malam di ranjang.
Bagaimanapun, cecair bius dipercayai diseludup dari luar negara itu disifatkan pengamal perubatan sebagai amat berbahaya berikutan ia boleh mengakibatkan mati pucuk dan kemandulan kepada lelaki.
Difahamkan, kesan cecair itu menyerang terus pada saraf kemaluan lelaki berpunca daripada kepekatan kimia lignocaine yang disalah guna bagi tujuan seks.
Sumber Kementerian Kesihatan berkata, cecair bius berkenaan yang sebelum ini digunakan khusus untuk pembedahan kecil termasuk berkhatan, disalah guna pihak tertentu untuk menghasilkan ‘cecair nikmat’ ketika bersetubuh.
Menurutnya, cecair itu dipercayai dikilangkan di China dan dikesan diseludup ke negara ini sebelum dijual sama ada melalui kaedah jualan langsung atau di kaki lima.
Difahamkan, pihak pengilang haram sengaja memasukkan lignocaine ke dalam botol kecil untuk dipasarkan dalam bentuk penyembur sebelum diisi dalam kotak supaya kelihatan lebih eksklusif.
“Siasatan mendapati produk seakan-akan gincu yang boleh menyemburkan cecair bius apabila ditekan itu dijual dengan harga mencecah RM100 di pasaran.
“Kebanyakan pelanggan yang dipujuk membeli produk berkenaan diperdaya kononnya cecair penyembur itu dihasilkan daripada ekstrak tumbuhan tanpa kesan sampingan,” katanya.
Bagaimanapun, kementerian percaya ia diseludup dari luar negara selain turut dijual pakej ‘dua dalam satu’ bersama gula-gula seks mengandungi kimia sildenafil untuk mendapatkan kesan keseronokan lebih maksimum.
“Berikutan itu, beberapa siri serbuan sudah dilakukan di beberapa premis bagi merampas cecair bius berkenaan. Penjualan ubat bius berkenaan menyalahi peraturan Kementerian Kesihatan yang melarang penjualan ubat bius secara terbuka kerana ia dikategorikan racun berjadual kawalan.
“Malah, operasi sama pernah dilakukan di sebuah kilang di Tampin, Negeri Sembilan, selepas dikesan turut mengeluarkan gula-gula seks secara haram sebelum ini,” katanya.
Siasatan mendapati kebanyakan cecair berkenaan yang berfungsi melambatkan ejakulasi menjadi pilihan kebanyakan lelaki yang menghadapi masalah pancutan awal selain tidak yakin terhadap kemampuan seksual diri.
Menurutnya, cecair bius berkenaan disembur ke kemaluan lelaki menyebabkan bahagian itu kebas dan menghilangkan kesan sensitif pada kulit luar buat sementara waktu.
“Bagaimanapun, penggunaan bius dalam kepekatan tinggi boleh memberi pelbagai kesan sampingan kepada pengguna termasuk mengganggu pembentukan hemoglobin sekali gus menyebabkan kekurangan darah merah dalam tubuh pengguna.
“Penggunaan ubat bius itu juga boleh menyebabkan sakit kepala, pitam, lemah dan pucat apabila darah tidak dapat membawa oksigen diperlukan ke seluruh badan,” katanya.
Sumber itu berkata, cecair itu juga boleh menyebabkan sistem pernafasan tidak menentu, tekanan perasaan selain penyakit alahan yang teruk.