BTC USD 86,123.1 Gold USD 4,158.53
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Deleted wrong pos

sel2 otak gagal berhubung selepas view thread TT...
 
pelik aku cg ni, thread macam ni tak pulak kena delete, tapi kalo ko bukak thread nak bagi info pasal scammer atau kena scam scammer dari cg atau hampir kena scam dr scammer cg cepat aje kena delete, pastu kena infract, bile ditanya kenapa delete di suruhnya bace PERATURAN, syarat nak bukak thread scammer mesti mangsa dari scammer di cg, mesti ade thread pasal kena scam la itu la ini la, kalo ko kena scam luar cg tak boleh bukak thread kat sini ape punye peraturan la, patut ler scammer ramai lepak kat cg ni.

silap haribulan statement macam ni pun kena infract atau ban, alasan sebab kutuk cg kutuk mod.... ceh!
 
tt ni copy emel saja kot...story tu panjang lagi hah

Perempuan itu beritahu tunang saya suaminya
SEMBANG - SEMBANG

[email protected] | 09 Mei 2015 1:14 AM

Manis di mulut tidak sama dengan apa yang terkandung di dalam hati terutama bagi mereka yang cuba menjerat kasih seorang wanita. Ia biasanya berlaku kepada lelaki yang bijak menggoda dan ‘mengayat’ gadis untuk jatuh cinta kepada mereka.

Pun begitu tidak dinafikan ada cinta yang benar-benar lahir daripada hati yang ikhlas dan jujur untuk dicintai dan mencintai. Lantaran itu, setiap gadis atau wanita perlu berhati-hati apabila digoda lelaki, bimbang cinta yang datang tidak telus dan ada agenda yang tersembunyi di sebaliknya.

Seperti mana yang dialami oleh Ema (bukan nama sebenar) untuk dikongsi dengan pembaca. Kita ikuti cerita Ema.

“Saya berusia 24 tahun, seorang eksekutif di sebuah bank. Setahun lalu, saya berkenalan dengan seorang lelaki berusia awal 30-an, Izhar (bukan nama sebenar), seorang pegawai pemasaran di sebuah syarikat swasta.

“Hubungan kami mendapat restu keluarga dan kerana cinta saya yang mendalam terhadapnya, saya menerima lamarannya untuk menjadikan saya suri hidupnya.

“Dia seorang lelaki yang baik, penyayang dan mengambil berat. Keluarga amat menyukainya kerana kebaikan dan kesopanannya itu terutama apabila bertemu dengan orang tua.

“Tempoh pertunangan adalah setahun, maknanya kami sepatutnya bernikah hujung tahun ini. Saya telah membuat persiapan ke arah itu sedikit demi sedikit kerana tidak mahu kelam kabut di saat akhir.

“Pada masa yang sama, saya cuba mengenal hati budinya secara mendalam, tentang apa kesukaannya, sikapnya dan keluarganya yang menerima saya sebagai ahli keluarga mereka.

“Sepanjang tempoh kami bertunang, saya tidak nampak dia curang terhadap saya. Setiap hujung minggu kami berjumpa, keluar bersama menonton wayang, makan-makan dan sesekali balik ke kampung saya.

“Pendek kata, saya tidak nampak kelemahannya sebagai tunang dan saya yakin dia adalah calon suami yang terbaik Allah berikan kepada saya.

“Tapi takdir Allah tidak siapa dapat menolak. Satu hari saya dikejutkan dengan panggilan telefon daripada seorang wanita yang mendakwa isteri Izhar.

“Dia membuat panggilan dari utara tanah air. Saya amat terkejut dengan panggilan tersebut dan tidak percaya apa yang disampaikan oleh wanita itu.

“Saya yakin dia tersalah orang. Puas saya cuba menyakinkan yang dia, tunang saya bukan suami orang tetapi dia berkeras mengatakan Izhar adalah suaminya.

“Dia juga tahu semua perkara tentang saya, pekerjaan saya dan bila kami bertunang dan akan menikah.

“Penjelasannya menjadikan saya semakin risau. Saya perlu jumpa dia untuk pengesahan. Jika benar Izhar suaminya, saya inginkan bukti.

“Kami tetapkan temu janji untuk bertemu di satu tempat. Dia berjanji akan membawa bukti yang tunang saya adalah suaminya.

“Selepas mendapat khabar itu, saya menangis sepuas hati. Air mata saya macam empangan pecah. Berjam-jam saya berkurung dalam bilik sebab tidak mahu keluarga tahu masalah saya.

“Saya jadi keliru, perlukah saya beritahu Izahar dan keluarga atau saya diamkan dahulu perkara tersebut. Akhirnya, saya mengambil keputusan mendiamkan hal itu dan akan cuba menyelesaikannya sendiri.

“Saya mengajak teman baik saya untuk menemani saya bertemu wanita yang mendakwa dia isteri Izhar. Tapi saya minta teman saya itu tidak datang bersama saya, sebaliknya duduk berhampiran tempat kami bertemu.

“Hari yang dijanji pun tiba. Alhamdulillah, saya dapat mengawal perasaan dalam pertemuan itu kerana wanita itu juga datang secara elok. Nampak jelas keikhlasan di dalam matanya.

“Orangnya kecil molek, manis dipandang dan menjaga penampilan. Kami bersalaman dengan mesra. Saya tidak tahu kenapa saya tidak ada rasa marah kepadanya.

“Sebelum saya mula berkata-kata, dia menghulurkan gambar perkahwinannya dengan Izhar sebaik sahaja saya memulakan isu yang hendak kami selesaikan.

“Terketar-ketar saya dibuatnya kala menatap gambar itu. Memang sah itu gambar Izhar yang sekarang menjadi tunang saya.

“Menurut wanita itu yang saya namakan Miza (bukan nama sebenar), mereka sudah bernikah setahun lalu. Izhar tinggal di sini dan dia di utara, sebab masih belum dapat bertukar ke sini.

“Kata Mira lagi dia mendapat khabar tentang pertunangan kami daripada anak saudara Izhar yang tidak sampai hati melihat Izhar menipu saya dan dia.

“Mira juga mempelawa saya mengunjungi rumahnya kerana Izhar akan pulang sebulan sekali ke sana. Lalu saya teringat, Izhar selalu memberi alasan tidak dapat keluar dengan saya hujung bulan kerana terpaksa balik kampung untuk bertemu keluarganya.

“Saya setuju dengan pelawaan itu kerana saya mahu membuat perhitungan dengan Izhar mengenai masa depan kami.

“Sebaik sahaja tiba di rumah, saya memaklumkan berita itu kepada ayah dan mak serta keluarga. Saya tidak mahu bersembunyi apa-apa daripada mereka kerana ini soal masa depan saya.

“Walaupun kecewa, saya reda jika jodoh saya tidak ada dengan Izhar. Saya tidak mahu menghancurkan hati Miza yang ternyata seorang isteri dan wanita yang baik. Berdosa saya jika menyakiti hatinya.

“Ayah dan mak terkejut yang amat sangat. Abang mengamuk dan mahu bertemu Izhar untuk selesaikan masalah itu, tapi ayah mahu ikut cara saya, biar ada bukti dan kita selesaikan mengikut adat.

“Saat yang ditunggu akhirnya tiba. Saya dan keluarga berlepas ke rumah Izhar di utara tanpa pengetahuannya. Tetapi saya telah pastikan yang dia balik kampung minggu itu untuk bersama Miza.

“Terkejut Izhar apabila melihat rombongan kami sampai di rumahnya. Keluarganya juga ada bersama. Ayah saya mahu isu kami diselesaikan segera.

“Izhar mengaku dia menipu kerana dia amat mencintai saya dan mahu mengahwini saya dengan cara baik.

“Ayah membantah. Hati saya juga sudah tawar. Akhirnya bersaksikan keluarga kedua-dua pihak, ayah memulangkan cincin pertunangan saya kepada Izhar.

“Dia bukan sahaja menipu saya dan keluarga tetapi menipu isteri dan keluarganya dengan pertunangan kami.

“Keluarganya juga terkejut kerana mereka langsung tidak tahu menahu mengenai pertunangan saya dan Izhar, sebab dia baru sahaja bernikah dengan Miza.

“Keluarga saya sangat marah dengan tindakan Izhar. Saya langsung hilang kata-kata dan hanya air mata menjadi teman setia.

“Saya kesal dengan apa yang terjadi. Saya kecewa sebab Izhar telah menipu kami sekeluarga. Pada masa yang sama, saya kasihankan Miza. Dia tidak bersalah.

“Mujur dia berterus-terang dengan saya, jika tidak entah bagaimana masa depan saya nanti. Saya bersyukur Allah telah tunjukkan kebenarannya lebih awal sebelum saya menjadi isterinya.

“Apapun pun saya ambil iktibar atas kejadian ini. Biar malu sekarang daripada malu dan menanggung derita sepanjang hayat. Saya berdoa, saya akan pulih daripada kejutan ini secepat mungkin dan membina hidup baru.

“Kata mak, Allah menguji saya kerana mahu memberi lelaki yang lebih baik untuk saya. Pesanan mak adalah satu doa, mudah-mudahan Allah makbulkan doa saya dan mak!

“Kepada anda di luar sana, hati-hati apabila memberi hati kepada lelaki. Periksa latar belakang mereka terlebih dahulu supaya tidak menjadi seperti saya,’’ pinta Ema menamatkan cerita.

Saya amat bersimpati dengan apa yang berlaku kepada Ema tetapi saya puji sikapnya yang tenang dan matang dalam menangani masalah ini.

Inilah sikap yang harus ada pada semua wanita yang dilanda masalah. Bangkit dan teruskan kehidupan secara positif. Terima semua yang berlaku dengan hati terbuka kerana ujian itu mengajar kita menjadi lebih cekal untuk terus hidup.

Ema sangat bertuah kerana mempunyai ibu bapa dan keluarga yang sentiasa di sisinya memberi sokongan.

Mudah-mudahan Ema akan dilindungi dan diberkati hidup dunia dan akhirat.

Menamatkan catatan, pesanan saya, cinta tidak semestinya sampai ke jenjang pelamin, kerana ada juga cinta yang sekadar singgah untuk menguji kesabaran manusia dalam menilai erti kejujuran dan ketelusan dalam sebuah perhubungan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup...ng-saya-suaminya-1.89577#sthash.wNu8Ch2B.dpuf
 
Back
Top
Log in Register