BTC USD 81,102.2 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Article Discussion Deleted thread

x perlu pandai masak... biar lelaki je tolong masakkan..... hebat... cik makcik kakak mak nenek mulai dari skrg biar lelaki yg take over keja di dapur....ini tangungjawab kami sbgai lelaki.... hahahahaha
 
aku ok je...aku lagi penting kan bini selalu berhias dpn aku...masak2 ni xde hal la
 
Salam sume CGrians....saje nk kongsi2...hehe :D:D:D
sbb tgk kt luar tu ramai sgt org pertikai pasal pompuan yg xpandai masak ni....
so, aku kongsikan sikit pe yg bole.....

:D:D:):):D:D


20100921-chilipeppers_200_200.jpg


Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.

Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.


Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.
Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.
Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.
Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.
Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.

Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

sumber
aku tak kisah hehehe ....

lauk bleh beli luar :)paid
 
pengalaman saya,

sebelum menikah , mak mertua selalu usik2, "bedah (bukan nama sebenar) tuh xreti masak tau" ... dia pun memang ngaku xreti masak ..

sehinggalah hari perkahwinan (sebelah saya), mak mertua siap bisik kepada saya (cakap benda yang sama) sebelum dia balik rumah tinggalkan anak dia di rumah orang tua saya ... memang betul dia xreti masak (reti goreng2 ja ... hehe)

bila dah jadi isteri, dia belajar slow2 ... kl dia pening, dia akan call mak dia @ makcik dia, bg resepi secara talian hayat ...

sekarang nih, perghhhh ... meletop ... isteri saya cakap, memasak nih senang ja asalkan kena rajin la ... saya tgh berguru dengan bini saya la ni ...
 
cara menambat suami ialah melalui masakan....jangan salahkan suami kalau 'makan' luar...
 
air tangan bini adalah ubat yg paling mujarab utk tambat hati suami..
air tangan ibulah membuatkan anak taat pd ibunya..
 
cara menambat suami ialah melalui masakan....jangan salahkan suami kalau 'makan' luar...

ramai je aku tgk bini pandai masak,laki still 'makan' luar??sama la gak,bini kat umah pnya la cntik,pandai berhias,baik plak tu,laki still 'tmbh cawangan', cer komen sket??:eek::eek::eek:
 
saya tak tau la nak komen macam mana, belum kawin lagi la katakan. hihi.

kalau isteri pandai masak tu kan satu kelebihan. sedap, jimat, bersih, sihat, suami makin sayang, dll...:)
 
Salam, pandai memasak tu merupakan satu proses yang perlu dipelajari bukan oleh wanita sahaja tapi lelaki pun kena pandai jugak.. tapi kalau wanita tak pandai memasak agak janggal sebab orang2 tua selalu berpesan kalo nak jaga suami jagalah dari pemakanannye..

So masak is important.. tapi bagi suami pulak janganlah cepat marah.. biar pandai menerima apa yang ada pada si isteri.. beri lah galakan.. atau hadiah macam buku resepi ke.. atau hantar isteri ke kelas memasak.. jadi ianya bukan satu masalah besar ok

tapi kalau isteri malas jugak nak masak ehem berilah laluan pada suami nak kawen laen huu:-?

hahaha.....terbaikkk ni.... :)cgrock
 
bagi aku xsalah wanita xpandai masak.teringat aku ada 1 program ceramah kat tv3 xsilap aku dl,tetamu undangan Ustazah Asni Abu Mansor dgn suami dia Ustaz Mohd Nasir Rustam Al-Hafiz.ustazah Asni ni mmg xpandai masak lngsung,so di awl perkahwinan dorang ni laki dia mengakui dia yg amek tugas memasak,malah mengajar ustazah asni ni masak smpaila ustazah asni ni pandai masak.Ustaz tu...da tentu2 blh jd imam,blh jer terima isteri dia yg ustazah tu xpandai masak,blh je ajar bini dia masak??pk2 kanla,jgn ego sgt.xpandai msak xsalah,asalkan ada kemahuan utk blaja memasak..

dia belajar n dah pandai..ni masalahnya sampai ke tua tak nak belajar n tak reti masak..sebab dia kata tak penting pompuan reti masak
 
Back
Top
Log in Register