Sindir dengan hina jauh beza tu bang. Aku kata pasal pandang hina, sindir tu biasanya dia tak hina orang tu, cuma dia nak ingatkan je. Hina ni dah tahap melampau. Dah jatuh tahap riak sebab dia solat. Sedangkan solat tu peribadatan antara kita dengan Allah saja, bukan nak menunjuk dan meriakkan diri dengan memandang hina pada orang yang tak solat.
Kalau sindiran itu boleh menyakitkan hati dan perasaan orang yang disindir, apa pulak hukumnya? sedangkan Allah sendiri berfirman supaya kita menyeru kepada kebaikan dengan cara berhikmah. Menyindir dan menghina tu adakah berhikmah?. Kalau kau sendiri pun bila orang lain nak suruh orang buat baik dengan cara memaki hamun dan menghina, kau rasa boleh terima ke?
Jangan lupa, sifat manusia ni berubah-rubah. Hari ni kau riak dan pandang hina pada orang yang tak solat, besok2 siapa tahu kau pulak yang jadi macam dia dan dia jadi lebih baik dari kau. Masa tu mana nak letak penghinaan yang dah kau berikan pada dia sebelum tu?.. Hari ni kau kata soalan aku budus dan cepumas.. Alhamdulillah. Besok2 aku doakan semoga Allah bukakan mata hati kau untuk lihat apa yang aku nampak sebenarnya. Satu jari kita menuding pada orang lain, ada 4 jari lagi menuding kembali pada kita. Satu orang kita hina kat dunia ni, berapa ramai pulak yang akan hina kita di akhirat kelak.
Orang yang solat betul biasanya dia akan lebih mengasihi rakan seagamanya dan inginkan supaya rakannya juga akan menjadi lebih baik dari diri dia. Bukan menghina rakan seagama dan merendah-rendahkan orang yang tak melaksanakan perintah Solat. Bukan solat yang menentukan kita masuk syurga atau neraka. Kehendak dan keredhaan Allah sahaja yang mampu menyelamatkan kita dari api neraka.
Bab syukur pulak yang aku belajar bukan 5 kali sehari tapi sentiasa kena bersyukur.
Fikir-fikirkan.