BTC USD 83,785.0 Gold USD 4,283.53
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[ delete]

beres boh,kelate duk mano?kelik ngundi dok ni?kawe duk KB tu jah,meh la jupo,ambo belanjo pun takpo,nok jugok kenal cg:)

Kawe takut juppo demo. Hehe. :D. *gura jah.

Kelate kat Tanah Meroh.. Dok ngundi. Terima kasih lah sudi jemput juppo tuh. InsyaAllah, ada jodoh,lain kali kita bertemu. :)
 
bagi saya, ada penyokong umno dan pas ni ego! Lebihkan parti daripada islam. Tegur tak boleh. Itu tak boleh. Yang betul, mereka saja. Inilah melayu! Kalau berselisih sekali, selama lamanya berselisih! Macam mana nak berkembang? Sokong melayu kononnya, nuh! Banyak melayu yg susah. Sokong islam konon, ilmu fardhu ain pun tak tahu. Eh, berlagak kah saya? Sedangkan ada lagi yang berlagak parti merekalah yg bagus!! Dahulukan islam, baru parti!

ok mari kita berdebat secara merendah diri

aku nak tanya, apa maksud bro dahulukan Islam baru parti?
adakah seseorg itu yg jadi ahli PAS(contoh), dikatakan dahulukan parti dari Islam?
adakah sesorg yg tak sempurna pengetahuan Islam tidak boleh langsung berpolitik?
adakah seseorg itu wajib mendalami ilmu agama 100% terlebih dahulu baru dia layak bercakap tentang politik?

ataupun bleh sedara terangkan apakah itu sebenarnya 'dahulukan Islam baru parti'? :o:-?
 
Sebab ada orang rasa cara tak kena, macam berlagak ataupun sebagainya. Tidak apalah, saya terima. Saya delete apa yg saya tulis.

Ajak orang berdebat itu berlagak rupanya...berdebat antara parti dan Islam. Mana dulu yg penting itu berlagak rupanya. Mungkin cara saya salah.

Apa yang saya nak tekannya, berpolitiklah dengan cara Islam. Itu sahaja. Perjuangan ini tidak cukup dengan hanya menyokong dengan semangat tetapi perlukan Ilmu.

Ugama ini tertegak dengan 4 perkara.

Pertama : Umara' yang adil.
Kedua : ilmu ulama'.
Ketiga : Sedekah orang kaya.
Keempat : Doa orang miskin.

InsyaAllah, Allah swt akan bantu. Yakin pada Allah swt, maka cara kotor kita takkan buat. Insyaallah ye. :)

Diorg taksub sgt dgn parti politik bro... Nak buat mcmana...
 
ok mari kita berdebat secara merendah diri

aku nak tanya, apa maksud bro dahulukan Islam baru parti?
adakah seseorg itu yg jadi ahli PAS(contoh), dikatakan dahulukan parti dari Islam?
adakah sesorg yg tak sempurna pengetahuan Islam tidak boleh langsung berpolitik?
adakah seseorg itu wajib mendalami ilmu agama 100% terlebih dahulu baru dia layak bercakap tentang politik?

ataupun bleh sedara terangkan apakah itu sebenarnya 'dahulukan Islam baru parti'? :o:-?

Pada pengamatan aku, kebanyakan penyokong parti politik hari ini suka caci maki, fitnah menfitnah, dan benci membenci.

Seandainya kita dahulukan Islam daripada parti. Maka, nilai-nilai Islam kita dahulukan. Beradab dan tatasusila. Sebab kita sama-sama orang Islam.

Jangan kita bergaduh dan bersangka buruk kerana " Kau UMNO, Aku PAS." " Aku UMNO, kau PAS!"

Lihatlah fenomena yg berlaku sekarang. Macam-macam. Nak kata ikut adab Melayu pun tidak. Nak kata ikut cara Islam pun tidak. Bukan semualah tetapi segelintir.

Salahkah dahulukan Islam,Ugama dan Ilmu????

# Islam wajibkan suruh mengaji dulu. Riwayat ibu majah " Menuntut ilmu itu wajib atas setiap muslim". Takda suruh buang politik. Politik politik jugak tetapi jangan taksub dan boleh buat pecah belah. Harap Allah swt bagi kefahaman.

Soalan saya, boleh ke kita caci maki seseorang sebab dia berbeza Parti dengan kita dari sudut Ugama? :)
 
tt ore t.merah...
Patut pun guna gambar bangunan tepi restoran selera tepi sungai....

Apa pun gudluck....
Mungkin kita pernah bertemu tapi x kenal....
 
tt ore t.merah...
Patut pun guna gambar bangunan tepi restoran selera tepi sungai....

Apa pun gudluck....
Mungkin kita pernah bertemu tapi x kenal....

Restoran selera tepi sungai sedap-sedap makanan dia. Masa ambik gambar bangunan tu, bangunan ni penuh dengan orang,nampak muslimat ramai.. Ada ceramah kot. Nak masuk, tapi tak berani sebab tak diundang. Hehe. :D
 
tt ni wahabi ke?dalam thread bukan main pun pang,tapi last sekali terkena pada batang hidung sendiri.try buka thread tt pasal wahabi.

mungkin juga kot,
nie aku ambil dan copy paste kat thread nie pasal apa yang tt type tentang ciri ringkas wahabi.

Dari Sudut MANHAJ:

01. Berlebih-lebihan pada mengkritik mereka yang tidak sehaluan dengan mereka baik ulama terdahulu mahupun sekarang.

02. Menganggap bahawa hanya mereka sahajalah yang benar dan merekalah sahajalah pembawa manhaj salaf yang sebenar.

03. Bersikap keras kepala dan enggan menerima kebenaran walaupun dibentangkan beribu-ribu hujjah. Bagi golongan Wahabi dalil mereka yang menentang mereka semuanya lemah atau telah dijawab.

04. Amat gemar berdebat walau di kalangan masyarakat awam.

05. Terlalu fanatik kepada fahaman dan tokoh-tokoh yang mereka diiktiraf mereka seperti Muhammad Abdul Wahab, Abdul Aziz bin Baz, Nasir al-Albani, Muhammad Soleh al-Utsaimin, Soleh Fauzan dll.

06. Mudah mengatakan bahawa ulama terdahulu sebagai silap ataupun sesat dll.

07. Mendakwa mereka mengikut manhaj salafi pada urusan aqidah dan fiqh walaupun hakikatnya mereka amat jauh sekali dan tidak memahaminya.

08. Cuba untuk menyatukan semua pihak atas fahaman mereka lantas menyebabkan perpecahan umat.

09. Sebahagian mereka juga bersikap lemah lembut pada kuffar dan berkeras pada umat Islam.

10. Menyesatkan dan memfasiqkan sesiapa yang bercanggah dengan mereka serta melebelkan dengan pelbagai gelaran.

11. Seolah-olah menyamatarafkan hadis dhoif dengan hadis maudhuk lantas mendakwa mereka hanya mengikut hadis yang sahih selain kritikal terhadap penerimaan riwayat dan taasub dengan penerimaan atau penolakan Nasir al-Albani semata-mata.

12. Membuat khianat ilmiah samada pada penulisan atau pada pantahqiqan kitab-kitab lama terutamanya.
 
aku ade bace dan selidik pasal wahabi sikit2 ...

baru aku tahu permasalahan utama wahabi nie...

mengenai AKIDAH.
 
Back
Top
Log in Register